Semakan Kehakiman: Kes Datuk Sosilawati - Dua Pekerja Ladang Dihukum Penjara 20 Tahun Berbanding 7 Tahun Sebelum Ini

sosilawati

Datuk Sosilawati Lawiya dibunuh dengan kejam


SHAH ALAM: Dua pekerja ladang, K Sarawanan, 20, dan U Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain selepas Mahkamah Tinggi membuat semakan kehakiman terhadap hukuman mereka.

Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki memutuskan demikian selepas berpendapat kesalahan yang dilakukan mereka sangat serius.

Pada 15 Oktober tahun lalu, Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas empat tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Sarawanan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001 Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat Banting pada 30 Ogos tahun lalu, manakala Suresh didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada tarikh yang sama.
- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.