Kenapa Datuk Misbun Sidek Letak Jawatan Jurulatih Perseorangan Badminton Negara?

PARIT BUNTAR, 2 Jan. - Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada pihak terlibat berhubung peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek sebagai jurulatih perseorangan badminton negara.

Beliau yang terkejut dengan laporan itu berkata ketika dihubungi, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan kepadanya bahawa tidak ada alasan diberikan Misbun.

"Jadi, apabila tiada alasan kemungkinan Misbun mempunyai alasan tersendiri. Saya akan dapatkan maklumat daripada BAM, kebetulan pula Presidenya (Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh) berada di luar negara. Saya akan tunggu laporan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Ahmad Shabery diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang memetik Pengurus Besar BAM, Kenny Goh sebagai mengesahkan Misbun meletakkan jawatan menerusi satu surat bertarikh 31 Disember yang dihantar melalui e-mel ke pejabat BAM.

Goh bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.