Fauzi Nawawi Lega Isterinya Sudah Boleh Keluar Wad... Doktor Nasihat Supaya Berehat Tapi Nak Berlakon Juga

PETALING JAYA: Pelakon Lisdawati dibenarkan pulang dari Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, tengah hari, Khamis selepas ditahan sejak tiga hari lalu.



Menurut Lisda, doktor telah menasihatinya menjaga pemakanan serta mendapatkan rehat secukupnya. Bagaimanapun, pada keesokan hari (Jumaat), Lisda terpaksa menyambung penggambaran drama di bawah arahan Erma Fatima iaitu Aku Bukan Mariam.



"Alhamdulillah, saya kembali sihat dan akan mula aktif berlakon semula. Cuma saya akan memberi lebih perhatian dalam penjagaan makanan agar jangkitan usus saya tidak berulang.



"Kemudian pada 20 Februari ini, saya akan ke Mekah untuk menyambung penggambaran drama Aku Bukan Mariam dan pada masa yang sama saya dan kru akan menunaikan umrah," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.



Tambah Lisda, dia merahsiakan berita kemasukannya ke wad daripada pengetahuan Fauzi Nawawi kerana enggan mengganggu konsentrasi suaminya itu yang sedang melakukan penggambaran di Kedah.



"Saya memang tak mahu ganggu dia. Risau pula bila nanti dia terkejar-kejar ke hospital dan pastinya dia akan memandu kereta dengan laju. Ini akan membahayakan dirinya.



"Selamat dia tak marah kerana merahsiakan darinya. Apa-apa pun, alhamdulillah, saya boleh bekerja semula dan sekarang ini saya sedang membuat urusan-urusan yang tertunggak,” katanya.


Dua hari lepas, Lisda telah ditahan di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru ekoran jangkitan usus.


Bagaimanapun, Fauzi tidak dimaklumkan mengenai kemasukannya ke hospital itu kerana Lisda enggan suaminya berasa susah hati.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.