Bakal Calon BN Di DUN Merlimau... Sejauh Manakah Kebenarannya?? Kita Tunggu....

Meskipun belum ada sebarang hint diberikan oleh pimpinan tertinggi BN berkenaan siapakah calon PRK DUN Merlimau, nampaknya sudah ada "cakap-cakap" yang menggambarkan bahawa BN akan mencalonkan seorang wanita yang berpengalaman. Berdasarkan kepada trend di Tenang yang kini lebih memihak kepada calon kaum hawa berbanding calon daripada kaum adam, justeru BN cuba menggunakan tektik tersebut bagi menarik masyarakat di N27 Merlimau kerana PKR berkemungkinan besar akan meletakkan calon lelaki iaitu Ketua Muda PKR Saudara Shamsul Iskandar.


Ummi Hafilda atau gelaran manjanya Umi merupakan adik kepada Ahli Parlimen Gombak (PKR) yang merangkap Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam politik tanah air khususnya ketika peristiwa penahanan DSAI dan beliau boleh dikatakan seorang yang mengetahui segala rahsia besar di dalam PKR itu sendiri.

Apa pun sama-sama kita nantikan pengumuman yang akan diadakan nanti ini.

HIDUP UMMI!!!! HIDUP UMMI!!! HIDUP UMMI!!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.