Pelajar IKM Parah Terlibat Nahas Bas Di Gua Tempurung

IPOH, 11 Dis — Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometre 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng hari ini.

Ketiga-tiga pelajar berusia antara 19 dan 23 tahun itu kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

Kejadian pada pukul 6 petang itu membabitkan bas yang dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri majlis makan tengah hari Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) di Cameron Highlands.

Bas terbabit membawa 41 penumpang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan anggota keluarga mereka serta lima pemandu.

Kesemua mereka hanya mengalami luka ringan, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Mohd Aminuddin Abdul Rahim ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata bas itu dipercayai terbabas ketika mengelak sebuah bas lain ketika menuruni kawasan Gua Tempurung dalam keadaan hujan lebat.

“Kemungkinan brek yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan pemandu bas gagal mengawal kenderaan itu menyebabkannya terbabas ke dalam longkang dan terbalik,” katanya. — Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.