Kenapa PM Bertengkar Dengan Individu Tidak Dikenali di Kuil Srinivasa Perumal, Puchong?

Lawatan exco kerajaan negeri Teresa Kok ke kuil Sri Srinivasa Perumal di Puchong - yang terkenal dengan aksi 'bakar diri' - disambut kegamatan perang mulut berhubung 'perebutan' kawasan itu.

TinjauanKomunitikini pagi tadi mendapati pertengkatan itu berlaku antara pengerusi pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Puchong PM Nagamuthu dengan seorang individu berbangsa India yang tidak dikenali.

Difahamkan, pertengkaran itu ekoran lelaki terbabit mahu mempertahankan tiga bahagian kuil - iaitu stor makanan, tandas dan tangki air - di Pusat Bandar Puchong itu daripada dirobohkan untuk diserahkan bawah pentadbiran sekolah.

Kuil dan sekolah terbabit hanya terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, hingar-bingar selama 10 minit itu berakhir tanpa sebarang kekerasan dan tindakan yang tidak diingini.

Walaupun tindakan itu dilihat cuba mendapatkan perhatian Teresa sebagai exco kanan Selangor, ADUN DAP itu yang diiringi ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo tidak mempedulikannya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.