SELEPAS lebih seminggu tidak sedarkan diri, tepat jam 12:45 tengah hari ini, Ahmad Soleh Rahimi, 7 tahun. anak bongsu kepada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusuf telah dijemput Allah s.w.t. kembali ke sisinya.
Ahmad Soleh dimasukan hospital sejak dua minggu lepas seminggu di wad biasa dan seminggu di ICU kerana menghadapi masalah buah pinggang. Seminggu lalu beliau tidak sedarkan diri dan di tempatkan di ICU dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan.
Jenazah Ahmad Soleh kini dalam perjalanan ke Tanah Merah, Kelantan dan akan dikebumikan di sana sebelum tengah malam ini. Mayat yang dibawa dengan CRV dengan diringi Siti Zailah, bersama suami dan beberapa orang anakanya berlepas jam 3:00 petang tadi.
Suasana sedih menyelubungi di bilik mayat ketika saat jenazah dibawa ke kenderaan untuk pulang ke Kelantan. Beberapa orang waris waras terdekat Siti Zailah dan suaminya yang berada di Kuala Lumpur hadir untuk memberi penghormatan terakhir.
Tiada pemimpin atau ahli Parlimen lain yang kelihatan di perkarangan rumah mayat. Begitu juga pemimpin Pas yang lain kecualilah Badrul Amin Bahrum dan seorang pimpinan Muslimat Pas. Badrul Amin dikatakan tiba awal dan turut memandi dan menyembahyangkan jenazah.
Siti Zailah ketika ditemui redha atas apa yang berlaku. "Kak Lah redha dengan pemergian Ahmad Soleh. Dan sudah berpuas hati dengan rawatan diberikan. Sebelum ini dia telah membisikkan kepada Kak Lah yang beliau seakan meninggalkan Kak Lah dan adik beradiknya yang lain selama-lamanya," cerita Zailah sebak.
Beberapa hari sebelum tidak sedarkan diri Ahmad Soleh yang berada di darjah satu sekolah Kebangsaan Seri Suria Tanah Merah meminta maaf daripada ibunya.
"Sewaktu dia sedar dia sudah meminta maaf kepada Kak Lah, Kak Lah kata kenapa adik minta maaf, adik tak ada apa-apa dosa,"
Menurut Zailah, Ahmad Soleh sering sakit menyebabkan selalu tidak dapat hadir ke sekolah. Bagaimana pun anak bongsu ini, ada satu keistimewaan di mana dia sering minta dipasangkan CD bacaan al-Quran setiap kali beliau ingin melelapkan mata.
Cerita Zailah kalau tidak dipasang CD al Quran atau bacaan doa seolah dia tidak dapat melelapkan mata. Zailah juga menceritakan bagaimana satu malam anaknya itu meminta dia membuka suis lampu, dan setelah melihat keadaan sekeliling Ahmad Soleh memberi tahu ibunya yang dia melihat suasana syurga.
Dalam pada itu Zailah dan suaminya mengucapkan terima kasih kepada sahabat handai yang turut memberi penghormatan dan menguruskan pengembumian jenazah anak mereka. "Terima kasihlah semuanya,..," kata Zailah dengan linangan air mata dan menahan sebak di dada.
Tahziah kepada Puan Siti Zailah dan seluruh keluarganya. Al Fatihah.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan6 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
0 comments:
Post a Comment