Pegawai Operasi Balai Bomba Jalan Tun Razak, Fazil Yahaya, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 6.35 pagi dan sampai di tempat kejadian pada 6.38 pagi.
"Lima jentera iaitu sebuah dari Balai Bomba Jalan Raja dan empat dari Balai Bomba Jalan Tun Razak termasuk sebuah jentera tangki air dan sebuah jentera tangga putar bersama 20 anggota dikejarkan ke tempat kejadian," katanya di sini.
Fazil berkata, api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 7.05 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
"Apabila bomba sampai di tempat kejadian, api telah marak dan tiada sesiapa dalam premis tersebut.
"Kita dapat kawal api daripada merebak ke tingkat bawah tetapi perabot yang ada di tingkat bawah turut rosak akibat terkena air yang dicurahkan untuk memadam kebakaran," katanya.
Beliau berkata, keseluruhan kerugian dianggarkan kira-kira RM730,000.
- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment