Siapa 'Tentera Semut' Yang Didakwa Menyelinap Masuk Ke Perhimpunan Agung Umno?

Parti pembangkang dikesan telah menghantar wakil untuk mengikuti perjalanan mesyuarat di perhimpunan agung Umno yang berlangsung, kata setiausaha kerja parti itu Datuk Abdul Rauf Yusof.

Umno bagaimanapun tidak dapat mengenalpasti jumlah "tentera semut" berkenaan yang datang ke perhimpunan berkenaan, katanya lagi.

"Kita tidak terima sebarang maklumat tentang pencerobohan tapi saya dimaklumkan bahawa pihak pembangkang telah menghantar wakil-wakil sebagai tentera semut untuk menyeludup ke dalam perhimpunan agung Umno.

"Tapi bagi Umno kita terima siapa saja yang datang mendengar keikhlasan hati kita memperjuangkan nasib anak bangsa dan negara," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, golongan berkenaan bebas untuk mengikuti perjalanan mesyuarat melalui siaran litar tertutup yang yang disediakan di luar dewan tersebut.

1 comments:

  1. sudah makan cabai melaka, rasa pedas sampai bengang telinga. manusia ni apabila dah kelam kabut, bayang-bayang sendiri pun dia takut. perasan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.