4 Mahasiswa Ditahan Polis Di DUN Galas.. Kenapa Yer?

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Mohammed Abdullah Sha'ani berbual dengan empat mahasiswa dari GAMIS iaitu (dari kiri) Muhammad Syahrul Deen Ahmad Rosli, Mohamad Rijaludeen Mohamad Anwar, Ahmad Syukri Abdul Razab dan Mohd Yusof Hadhari Saidon selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Sabtu malam. - Foto THE STAR Oleh MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

Seramai empat orang pelajar daripada kumpulan "Jentera Mahasiswa PRK Galas" hari ini ditahan selepas membuat satu sidang media di Gua Musang.

Kumpulan seramai 200 orang itu tiba pagi ini di Gua Musang sebagai pemerhati dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

NONEKeempat-empat pelajar berkenaan ditahan pada kira-kira jam 1.50 hari ini ketika mengedarkan risalah di bandar lama Gua Musang.

Wakil dari kumpulan terbabit Shukri Kamaruddin berkata, pihak polis yang mendekati kumpulan mahasiswa terbabit telah mengarahkan kesemua mereka supaya pergi ke IPD Gua Musang.

Selepas rundingan selama kira-kira 15 minit, anggota polis berkenaan hanya membawa empat orang pelajar bersama mereka, katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Kesemua yang ditahan merupakan anggota Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) iaitu Syukri Razak, Mohd Syahrulden Ahmad Rosdi, Mohd Yusof Hadhari serta Mohd Rijaluden Mohd Anwar.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.