Tempat Untuk Datuk Zaid Tetap Ada Walaupun Beliau Kalah - Azmin

Naib Presiden PKR Azmin Ali memberi jaminan sekiranya beliau menang dalam pertandingan merebut jawatan nombor dua dalam parti itu, akan masih ada tempat dalam parti untuk pesaing utamanya Datuk Zaid Ibrahim.

azmin ali pc in parliament 020709 02Menurut Azmin, ini kerana PKR merupakan sebuah parti yagn sentiasa memberikan ruang kepada semua orang, termasuk anggota baru seperti bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

"Beliau juga ada kekuatannya utuk membantu parti.

"Percayalah, sekiranya saya diterima oleh anggota (PKR) sebagai timbalan presiden, Datuk Zaid juga akan diberikan peranan penting untuk meneruskan khidmat beliau dalam PKR, untuk mengukuhkan parti, (dan) menyediakan parti untuk menyertai pilihan raya yang akan datang," katanya.

Dalam pemilihan PKR hujung tahun ini, Azmin sebagai calon popular untuk jawatan timbalan presiden dijangka bakal ditentang hebat Zaid sebagai pencabar utama.

Setelah 78 cabang bermesyuarat setakat ini, Azmin mendahului dengan 43 pencalonan, Zaid mendapat 21 pencalonan, manakala seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub pula mendapat 10 pencalonan.

Dalam wawancara dengan
Malaysiakini di Bangsar semalam, Azmin bagaimanapun berkata peranan pasti kepada Zaid bagaimanapun perlu dibincangkan secara dalaman dalam parti terlebih dahulu.

"Kalau saya putuskan (sendiri), sahlah presiden itu boneka. Saya tidak boleh buat keputusan secara peribadi, memang tidak pernah kita buat keputusan sendiri dalam parti," katanya.

Selama ini pun, tambahnya, bukan saja Zaid, terdapat juga pemimpin lain diberikan peranan penting dalam PKR seperti bekas menteri kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng yang dilantik sebagai anggota biro politik selepas menyertai parti itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.