Isu pembelian kapal selam Scorpene tidak perlu dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan, kata Menteri Pertahanan dan naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Adalah difahamkan bahawa kerajaan pusat telah membayar sejumlah RM6.7 bilion untuk membeli kapal selam buatan Perancis itu, sementara RM574.8 juta telah disalurkan kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik penuh Abdul Razak Baginda , seorang teman karib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Pertahanan.
Dan jika sekiranya Datuk Ahmad Zahid mengatakan pembelian kapal selam tersebut telah dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan, buktikan kepada umum yang proses tersebut telah dilaksanakan secara telus dan tidak ada satu sen pun yang disalurkan kepada pihak ketiga.
Dan kalau ianya dilakukan dengan cara yang telus dan jujur, kenapa takutkan SPRM dan tidak membenarkan mereka menyiasat?
Jikalau kerajaan pusat tidak mahu SPRM menyiasat dan mendakwa dirinya telus dan jujur, siapakah akan percaya? Manakah buktinya yang menunjukkan segala-galanya berjalan dengan teratur dan mengikut undang-undang.
Kami ingin menegaskan bahawa jika sekiranya kerajaan pusat BN ingin membuktikan bahawa pembeliam kapal selam tersebut benar-benar telus, tunjuk kepada umum akaun pembelian kapal selam tersebut dan segala proses tersebut perlulah diaudit oleh satu badan bebas atau jawatankuasa peringkat parlimen.
Akan tetapi, kami yakin mereka tidak akan berbuat demikian dan akan terus bersembunyi di sebalik Akta Rahsia Rasmi bagi mengelakkan perbuatan keji mereka diketahui umum.
0 comments:
Post a Comment