Kedai Emas Di Pekan Tanah Merah Pendang Dirompak, Seorang Penjenayah Ditembak Mati

PENDANG 4 Julai - Seorang perompak terbunuh selepas terkena tembakan seorang pengawal keselamatan dalam satu kejadian rompakan sebuah kedai emas di pekan Tanah Merah, dekat sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, tiga lagi rakan perompak itu sempat melarikan diri bersama sejumlah barang kemas.

Beliau berkata, penjenayah itu mati akibat terkena dua das tembakan di bahagian tubuhnya dan dia ditinggalkan begitu saja selepas rakan-rakannya tidak terdaya untuk mengheretnya masuk ke dalam kenderaan yang digunakan oleh mereka.

“Sehingga kini, polis masih berusaha mengenal pasti identiti perompak yang mati kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayatnya,” katanya di sini hari ini. - Utusan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.