“Kami menggesa Ketua Polis Negara supaya mendakwa mereka (pengganas) di mahkamah jika terdapat bukti yang menyokong dakwaan bahawa mereka merancang untuk memusnahkan kuil itu.
“Jika tidak terdapat bukti terhadap jenayah yang didakwa itu, maka mereka yang bertanggungjawab mereka-rekakan dan menyiarkan kenyataan palsu untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam itu hendaklah dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
“Berita itu dipetik daripada 'sumber perisikan' yang tidak mendedahkan nama mereka dan ini merupakan taktik yang sering digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) dan Mossad Israel untuk menyebarkan propaganda hitam dalam media bagi memburuk-burukkan lagi imej Islam dan para penganutnya,” kata Mohamed.
'Pengganas' itu didakwa kononnya mempunyai hubungan dengan Al Qaeda dan Jemaah Islamiah, organisasi yang dilabelkan oleh Amerika Syarikat sebagai pertubuhan pengganas Islam.
Mohamed berkata menurut sumber itu, lebih menarik lagi sasarannya adalah kuil Hindu yang menjadi tempat suci bagi orang India dan kuil Buddha bagi orang Cina.
Berita yang amat membimbangkan ini, katanya, melainkan disokong oleh bukti yang konkrit, akan menimbulkan ketegangan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Beliau juga memberi contoh - Detachment 88 - yang diwujudkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Australia dengan menyediakan peruntukan dan latihan untuk pegawainya.
Atas alasan untuk memerangi keganasan, Mohamed berkata ia hanya merupakan alat kerajaan asing untuk mendakwa orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan maruah ummah dan kedaulatan negara Indonesia.
Sejak kebelakangan ini berbagai-bagai isu timbul. jika dilihat ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran negara hari ini. banyak isu panas yang melibatkan pemimpin tertinggi yang belum selesai, nak dikambur dengan nyiru tidak kesampaian sebab dah jadi bangkai gajah. inilah sebenarnya yang menjadi mimpi ngeri pemimpin-pemimpin umno dan bn. apa pun hanya masa yang menentukan segala-galanya. Jika kekal dikerusi empuk rasa lega, jika tidak kekal, jawablah dan terimalah akibatnya. nak seronok tak selamanya kita seronok, nak sedih tak selamanya kita bersedih. renung dan fikir sendiri wahai pemimpin.
ReplyDelete