Sudah 64 tahun: Sampai Bila UMNO Mahu Tipu Rakyat?


Sampai bilakah UMNO hendak menipu rakyat jelata?

Setiap kali tiba 11hb Mei, mereka akan menyambut “ulangtahun penubuhan” mereka. Hari ini, mereka kata mereka sudahpun 64 tahun. Mungkin kebanyakan ahli UMNO sememangnya mudah lupa. Tetapi rakyat jelata masih ingat.

UMNO yang ditubuh pada 11 Mei 1946 sudah ditamatkan riwayatnya oleh mahkamah pada 4 Feb 1988. Sesuatu pertubuhan yang diistihar terbatal oleh mahkamah maka setakat itu sahajalah berakhirnya pertubuhan itu dan terpahatlah dalam sejarah tarikh mula dan tarikh akhirnya.

Apa yang berlaku selepas itu ialah manipulasi Mahathir. Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. UMNO yang kini diterajui oleh Najib Razak adalah UMNO yang ditubuhkan oleh Mahathir.

Supaya ahli dan orang ramai lupa perubahan yang dirancangnya, Mahathir telah memiripkan UMNO Baru dengan yang lama dalam pelbagai aspek. Selain mengguna nama UMNO yang sama, beliau juga mengguna lambang dan bendera yang mirip asal dengan sedikit perubahan.

Kemudian, perkataan “Baru” digugurkan dari UMNO Baru supaya sama dengan UMNO yang telah dibatalkan.
Ketika Mesyuarat Agung pertama parti baru itu, Mahathir membuat keputusan agar sambutan ulangtahun parti baru dibuat pada 11 Mei dan bukannya pada bulan Februari, tarikh UMNO Baru didaftarkan.

Akhirnya ahli UMNO Baru (kebanyakannya masih kecil 22 tahun lalu – terutama bagi mereka dalam Pemuda dan Puteri) terlena dengan perancangan Mahathir – malah tidak tahupun beza kedua-dua entiti yang berlainan ini [Kalau tidak percaya, sila periksa nombor pendaftaran di Pendaftar Pertubuhan (ROS)].

Segala yang dirancangnya menjadi. Dengan pembatalan UMNO Asal dan penubuhan UMNO Baru, Mahathir telah dapat menguasai penuh UMNO yang baru ditubuhnya dengan menyekat mana-mana penderhakanya di peringkat awal ini. Dan ianya termasuk Pak Lah yang ketika itu mnyebelahi Ku Li. Sebab itulah Mahathir dapat berkuasa penuh dengan kuku-besinya selama 15 tahun selepas itu.



*Artikel ini telah dikemaskini dari artikel asal oleh Ibrahim Baba yang bertajuk “Ulangtahun UMNO ke-62 atau baru ke 20?”, disiarkan di laman portal KLPos.com pada 14 Mei 2008.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.