KUALA TERENGGANU – ‘Billboard’ Melayu Bangkit yang mengiklankan program ‘rasis dan menghasut’ anjuran NGO-Umno lenyap dari pandangan sejak pagi ini.
Kehilangan billboard pada saat akhir menjelang program yang dijadualkan esok menjadi misteri, kerana menurut seorang saksi, billboard tersebut masih ada, semalam.
Ketua Polis negeri Terengganu ketika dihubungi pihak media menafikan mengeluarkan apa-apa arahan kepada mana-mana pihak supaya menurunkan billboard tersebut.
Bagaimana pun Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, sehingga kini, program ‘Melayu Bangkit’ itu tetap diadakan, walaupun Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah membuat satu laporan meminta polis menyiasat program itu yang didakwa melanggar akta hasutan.
Sebaliknya, Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat Terengganu (GERTAK) yang menjadi penganjur bersama program mengenang kembali peristiwa 13 Mei, Razali Idris berkata pihak polis yang mengarahkan beliau menurunkan billboard itu.
Katanya, pihak polis telah memanggil beliau semalam, dan memointa beliau menurunkan billboard tersebut.
Justeru, dua kenyataan yang bertentangan tentang kehilangan billboard tersebut turut mejadi misteri, samada pihak polis atau Razali yang berbohong.
Sementara itu, Buletinonline dimaklumkan, semua soalan-soalan yang akan diajukan kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir adalah ‘soalan-soalan bocor’.
Ia adalah kerana, pihak penganjur menolak semua soalan yang akan diajukan sekiranya dihantar lewat, selepas jam 3 petang hari ini, 12 Mei.
Selain mendapat bantahan dari parti-parti dalm Pakatan Rakyat, program rasis lagi menghasut ‘Melayu Bangkit’ telah dibantah oleh sekutu Barisan Nasional MCA.
Presidennya, Chua Soi Lek telah mengarahkan ahli-ahli MCA menjauhi dan memboikot program tersebut yang disifatkan beliau sebagai mengenang kesusahan, kesengsaraan dan kesedihan peristiwa 13 Mei, 1969, yang begitu menyayat hati.
0 comments:
Post a Comment