KUALA LUMPUR : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) sebenarnya belum memfail sebarang saman terhadap kerajaan negeri walaupun sudah membuat pengumuman kepada media.
Rutin bercakap kepada media sebelum membuat tindakan, memang menjadi tabiat kebanyakan pimpinan Umno Barisan Nasional dulu kini dan selamanya.
Ugutan saman itu timbul berikutan kerajaan negeri mengambil semula tanah di Serendah berikutan YBK tidak melunaskan premium tanah berbelas-belas tahun lamanya.
YBK sebaliknya memberi alasan, kononnya membangunkan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sedangkan tanah itu terbiar selama ini.
"Dia dikatakan memfail, dia buat pengumuman telah memfailkan apa yang dipanggil ‘sue’ kepada kerajaan negeri tetapi membuat pengumuman kepada media," kata Khalid pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.
Bagaimanapun, Khalid berkata, kerajaan Selangor sudahpun bersiap sedia jika saman itu diteruskan, dengan melantik peguam bagi proses pembelaan kes saman yang dikemukakan YBK itu.
“Kerajaan negeri melantik Edmund Bon dari Chooi & Co untuk mewakili kerajaan negeri dalam kes saman YBK. Kita juga ada Penasihat Undang-undang Kerajaan Selangor,” katanya lagi. -TVS-
saman saman boleh dengar belakang tabir..
ReplyDeletekalau boleh audit akaun sendiri dulu..audit luar..