Seorang lagi penerbit televisyen - kali ini darrpada TV2, RTM mendakwa campur tangan politik dalam penerbitan dokumentarinya berhubung laporan empangan Bakun. Dalam rencana di blognya, penerbit dokumentari itu, Chou Z Lam, mendedahkan rancangan itu diarah tidak disiarkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya. "Pengarah berita RTM, Datuk Jumaat Engson berkata dokumentari itu ditarik balik kerana ia mempunyai elemen yang sensitif yang mungkin memudaratkan BN pada pilihan raya kecil Sibu akan datang dan juga pilihan raya negeri Sarawak,” kata Chou. Chou se Dakwaan Chou (kanan) itu timbul kurang seminggu selepas penerbit ntv7, Joshua Wong meletakkan jawatanya kerana mendakwa terdapat campur tangan politik yang melampau dengan kerjanya. Dokumentari sembilan bahagian Chou adalah untuk rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2 dan bermula Isnin lalu sehingga 7 Mei menerusi slot waktu 12.20 petang hingga ke 12.30 petang. Dua episod pertama bermula Isnin lalu. 'Rakyat didahulukan' atau 'politik didahulukan'? Episod seterusnya yang dijadualkan hari ini yang memaparkan impak sosial pembinaan empangan Bakun di kawasan pribumi di Belaga yang terpaksa dipindahkan ke Sungai Asap dan Sungai Koyan pada tahun 1998 dihentikan. "Ini adalah contoh campur tangan kerajaan dalam berita semasa dan selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor,” kata Chou. Chou berkata tindakan itu amat bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menekankan kepentingan rakyat didahulukan. "Jika pilihan raya kecil Sibu dan pilihan raya Sarawak adalah punca dokumentari itu ditarik balik, RTM sebenarnya melaksanakan 'politik didahulukan',” katanya. Chou berkata beliau cuba membawa perkara itu ke perhatian timbalan menteri, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Heng Sai Kee agar beliau dapat membantu membatlkan arahan berkenaan. Chou juga merayu kepada Ibrahim (kanan) untuk mempertimbangkan semula larangannya itu demi kredibiliti RTM dan kepentingan penduduk pribumi di Sarawak. Ketika dihubungi Malaysiakini, ketua pengarah penyiaran itu menafikan bahawa beliau yang membuat larangan berkenaan. “Saya tidak membuat arahan itu...awak sepatutnya tanya kepada Chou,” katanya dengan ringkas. | ||||
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
April
(343)
-
▼
Apr 28
(9)
- Kejadian Sebenar diceritakan Saksi: Di Sebalik Ke...
- Penerbit TV2 RTM Dakwa Campurtangan Politik - Lapo...
- MP Klang Mempersoal Tindakan SPRM Dilihat Melindun...
- Kenyataan Akhbar YB Nasir Berhubung Soalan Bidang ...
- Dengarlah Rintihan Seorang Ibu : Insiden Remaja M...
- Ramainya Orang HEBAT Yang Sertai PKR dalam Masa Te...
- KTMB Lancar Gerabak "Wanita Sahaja Sepanjang Masa"...
- Zaid Ibrahim Akan Memfailkan Petisyen Pilihan raya
- Wong Ho Leng DAP, Lwn Robert Lau Hui Yew BN, Di Sibu
-
▼
Apr 28
(9)
-
▼
April
(343)
alah kalau PR memerintah negara ni pun PR akan buat benda yang sama,berita baik2 siarkan,berita buruk2 pasal PR"senyap2 sudah"jadi x yah lah korang nak mengata orang...dah banyak perkara korang kutuk kerajaan last2 korang yang terbukti lebih teruk dari kerajaan...
ReplyDeletealaaaa bro jgn emosi la bro......sesiapa pun yg akan memimpin/memerintah akan buat mcm tu tapi jgn la melampau sgt ...tu je...bak kata org tua tua buat baik berpada pada buat jahat jgn sekali
ReplyDelete