Yusmadi ambil alih Bayan Baru daripada Zahrain



KUALA LUMPUR : Berikutan tindakan lompat parti oleh Ahli Parlimen (AP) Bayan Baru dan Nibong Tebal baru-baru ini, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Dr Mansor Othman berkata, beberapa struktur di kedua-dua Parlimen itu akan dirombak semula.

"Bagi Parlimen Bayan Baru, isu-isu dasar yang perlu dibawa ke peringkat Dewan Rakyat akan diserah kepada Yusmadi Yusof iaitu Ahli Parlimen Balik Pulau," kata beliau dalam suatu kenyataan media baru-baru ini.

Di samping itu, kata Dr Mansor, hal-hal berkaitan khidmat masyarakat akan diserah tanggungjawab kepada tiga Adun di bawah parlimen Bayan Baru, iaitu Adun Batu Maung, Adun Pantai Jerjak, dan Adun Batu Uban.

"Kami yakin tiga Adun ini akan beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat berdasarkan 'track record' mereka yang cemerlang. Selain itu, rakyat juga boleh kirim aduan ke Pusat Khidmat Keadilan Cabang Bayan Baru yang telah ditukar dari pejabat lama ke kawasan baru dan dinaiktaraf perkhidmatannya

Nibong Tebal diserah kepada Anwar Ibrahim

"Bagi Parlimen Nibong Tebal pula, parti membuat keputusan bahawa isu-isu dasar yang perlu dibawa ke peringkat Dewan Rakyat akan diserah kepada Ketua Umum Keadilan sendiri; Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh," tambah beliau lagi.

Menurut Dr Mansor lagi, Maktar Shapee selaku Ketua Cabang Keadilan Nibong Tebal merangkap Adun Sungai Bakap turut dilibatkan sama dalam rombakan ini.

"Tugas ini akan diselaraskan secara bersama dengan Tuan Law Choo Kiang, exco kerajaan negeri yang juga Adun Bukit Tambun. Selain itu, tugas ini juga akan turut dibantu Ahli Parlimen Batu Kawan Prof Dr P Ramasamy dan Adun Jawi Tan Beng Huat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.