Pengundi Hantar Petisyen desak Zahrain kosong kerusi


Ahli parlimen Bayan Lepas yang keluar PKR baru-baru ini dan menjadi calon Bebas, menerima kejutan hari ini apabila menerima petisyen yang mengandungi 2,108 tandatangan, mendesaknya mengosongkan kerusinya sebelum Dewan Rakyat bersidang mulai esok.

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tsin berkata, tandatangan itu dikutip dalam tempoh dua hari dari kalangan pengundi di sekitar pasar Bayan Baru dan Tapak Pesta di Sungai Nibong, Pulau Pinang.

DUN Pantai Jerejak terletak di bawah Parlimen Bayan Baru.

"Ramai yang merasa tertipu dengan tindakan Zahrain keluar parti, jadi kita terpaksa menghantarr mesej ini kepadanya," kata Sim yang juga timbalan ketua Angkatan Muda PKR Pulau Pinang.

"Saya diberitahu yang Zahrain terperanjat dan pucat sewaktu menerima petisyen tersebut, tetapi beliau tetap menerimanya," katanya.

Zahrain keluar PKR pada 12 Februari lalu selepas mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng sebagai "seorang diktator dan perkauman."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.