GST: Hampa Kalut, Rakyat Bukan Tak Reti Tapi...



Rakyat perlu faham GST sebelum dilaksana

IPOH: Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, menyangkal penangguhan pembentangan Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada sesi Parlimen yang bermula minggu ini, berpunca daripada tekanan pihak tertentu terutama pembangkang.

Sebaliknya beliau berkata, kerajaan berusaha memberi peluang dan ruang kepada rakyat memahami pelaksanaan GST dengan sebaik mungkin.
“Dalam dunia ini kita mempunyai pelbagai aliran. Ada yang menyokong kerajaan dan sebaliknya. Justeru, aliran pembangkang kita biarkan dengan cara mereka. “Kita tidak perlu menghiraukan mereka (pembangkang) kerana yang penting ialah melaksanakan prinsip dan falsafah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perpustakaan Desa Rancangan Perumahan Tersusun Jelapang Baru, Manjoi, di sini, semalam.

Ahmad Husni berkata, pelaksanaan GST memerlukan persetujuan semua pihak membabitkan sektor kerajaan, rakyat dan juga swasta.

“Kita perlu mendapatkan input dan persetujuan semua pihak terutama rakyat. Jika semua input belum mencukupi ia tidak boleh dilaksanakan.

“Justeru, kita perlu memberi ruang dan peluang kepada orang ramai serta bergantung kepada penerimaan mereka sebelum GST dilaksanakan,” katanya.
Katanya, kerajaan tidak menetapkan satu tempoh masa tertentu mengenai pembentangan perkara itu, sebaliknya ia bergantung kepada perbincangan dan penerimaan orang ramai.

“Biar mereka (rakyat) memahami keseluruhan pelaksanaan GST, baru ia dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.

“Sekarang ini pun, kita sudah mengadakan pelbagai perbincangan dengan pihak swasta dan secara keseluruhannya mereka memberi sokongan. Cuma, kita kurang menerima sokongan daripada orang ramai dan perkara itu akan diatasi melalui pelbagai program diatur,” katanya.

GST yang dicadang dikuatkuasakan pada suku ketiga tahun depan, bermatlamat melebarkan asas cukai dan mengurangkan defisit negara. Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Parlimen pada Disember lalu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.