Takziah..Hashim Embi Kembali Keramatullah




PETALING JAYA: Bekas pembaca berita terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Chek Hashim Embi, 66, meninggal dunia pada pukul 10.57 pagi tadi akibat kanser prostat.

Sebelum ini Datuk Chek Hashim dirawat di Hospital Sri Manjung, Perak dan selepas itu ditempatkan di rumah Suhaila, anak keduanya.

Beliau hanya bergantung kepada sistem sokongan hidup dan alat bantuan pernafasan.

Hashim memulakan kerjayanya di RTM pada tahun 1965 sebagai Pembantu Siaran RTM Pulau Pinang.

Pada tahun 1982, beliau ditugaskan sebagai penyampai berita televisyen selama kira-kira 20 tahun sebelum dilantik Pengarah Penyiaran RTM Negeri Pahang pada 1999.

Beliau telah berkhidmat di RTM selama 35 tahun.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Che Mahani Haji Abdul Rahim, 64, dan empat anak iaitu Rizal, 39, Suhaila, 36, Razif, 32, dan Syuhada, 25.

Jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Madah, Manjung dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Teluk Pencalang, Pasir Panjang, Perak selepas solat Asar hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.