Kuliah Anwar: Masjid terima surat tunjuk sebab



Sebuah masjid di Ampang menerima surat tunjuk sebab daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana membenarkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan kuliah Maghrib bulan lalu.

Ahli parlimen kawasan tersebut, Zuraida Kamaruddin berkata, Masjid Jami'atul Huda di Ampang Jaya menerima surat tersebut daripada Jais minggu lalu dan diminta menjawabnya dengan segera.

Sehubungan itu, beliau yang juga ketua Wanita PKR mengutuk keras tindakan Jais tersebut.

Difahamkan, surat tersebut kini dalam perhatian nazir masjid berkenaan Basri Kali. Beliau bagaimanapun ketika dihubungi enggan mengulas perkara tersebut.

Manakala usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan Jais setakat ini juga belum berhasil.

Ketika dihubungi semalam, Zuraida berkata, Anwar yang dalam perjalanan berceramah di Hulu Kelang memberikan kuliah di masjid berkenaan setelah singgah bersolat.

Sebelum ini, Zuraida pernah mendakwa Jais menyenaraihitamkan namanya, termasuk mengeluarkannya sebagai ahli panel daripada sebuah forum keagamaan di Klang pada 22 Januari lalu.

Zuraida antara pemimpin politik yang menghadiri kuliah bekas mufti Perlis Dr Asri Zainul Abdibin ketika beliau diserbu Jais kerana mengajar agama tanpa kuliah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.