Isu sebat: Tengku Abdullah sedia bertemu Kartika


KUANTAN 26 Jan. – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersedia menerima mengadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor berhubung isu penangguhan perlaksanaan hukuman sebatnya.

Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagaimanapun bertitah, baginda belum menerima permohonan secara rasmi daripada model itu setakat ini.

"Kita tidak mahu isu ini berpanjangan... mungkin ada hikmah bagi kita mencari penyelesaiannya,” titahnya selepas menyampaikan pengurniaan insentif Sukan SEA di sini, hari ini.


Baginda bertitah demikian ketika mengulas mengenai perlaksanaan hukuman ke atas Kartika, 32, yang belum dilaksanakan selepas dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai tahun lepas setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Tengku Abdullah bertitah, isu tersebut perlu ditangani secara bijaksana serta dengan penuh keinsafan berikutan ia satu isu yang sensitif.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.