GERHANA MATAHARI SEPARA HARI NI..



Pada hari ini Jumaat, 15hb Jan 2010, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.

Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.

Kiraan waktu gerhana dari lokasi bandar-bandar utama di malaysia adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM
Fasa Maksimum (41% 28.6% Matahari Tertutup):4:26 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM

Kota Bharu
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:03 PM
Fasa Maksimum (47% 34.5% Matahari Tertutup):4:31 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:45 PM

Langkawi (Kuah)
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 2:54 PM
Fasa Maksimum (52% 39.7% Matahari Tertutup):4:27 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:46 PM

Kuching
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:34 PM
Fasa Maksimum (23% 12.2% Matahari Tertutup):4:34 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:27 PM

Miri
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:43 PM
Fasa Maksimum (24% 12.9% Matahari Tertutup):4:41 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:33 PM

Kota Kinabalu
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:47 PM
Fasa Maksimum (24% 13.5% Matahari Tertutup):4:44 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:35 PM

Nota: Kiraan dibuat berdasarkan waktu standard Malaysia. Perisian Skymap Pro (versi 8). Laman web Solar Eclipse Calculator
Ada sedikit kekeliruan terhadap data peratusan matahari tertutup di atas. Nilai sebelum ini adalah berdasarkan tafsiran salah terhadap eclipse magnitude dan bukannya eclipse obscuration.
Nota: Waktu kejadian yang dipaparkan di laman web NASA adalah berdasarkan Universal Time (UT). Untuk tukar ke waktu Malaysia, sila tambah 8 jam.

Cara melihat gerhana

Seperti yang selalu diingatkan, jangan SEKALI-KALI melihat Matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta.

Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera).

Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection).

Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperi baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda!

Suasana ketika Gerhana Matahari Separa.

Disebabkan matahari teramat cerah, tidak banyak kesan yang dapat dirasa atau dilihat ketika fasa gerhana. Mungkin paling jelas ialah suasana sekeliling akan kelihatan 'kurang' terang berbanding biasa. Namun, anda perlulah mempunyai skil observasi yang tinggi untuk benar-benar dapat melihat perbezaan cahaya ketika fasa gerhana.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.