Budak 3 Tahun Mati Dihempap Televisyen

JOHOR BAHRU 19 Jan. – Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun meninggal dunia selepas dihempap televisyen berukuran 24 inci di rumahnya di Bandar Putra, Kulaijaya, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt. Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 malam ketika mangsa, Cyndi Yeo, sedang menonton berseorangan di dalam bilik belakang di rumah tersebut.

"Kejadian disedari bapanya, Yeo Sung Wah, 38, yang terdengar bunyi sesuatu benda terjatuh di dalam bilik berkenaan dan disusuli jeritan anak perempuannya itu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, Sung Wah yang ketika itu berada di ruang tamu terus bergegas ke bilik berkenaan lalu menemui anaknya yang tertiarap dihempap televisyen tersebut.

Katanya, Sung Wah yang merupakan seorang peniaga terus membawa Cyndi ke Hospital Kulai dan kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada pukul 12.20 malam tadi selepas kecederaan teruk di kepala.

Cyndi katanya, dipercayai tertarik wayar televisyen tersebut menggunakan kakinya yang menyebabkan televisyen itu terjatuh dari rak sebelum menghempap kanak-kanak itu.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.