Ada Video: Dewan Rakyat Kecoh, Pakatan Tak Sertai PSC Lynas - Usaha PM Haji Najib Perbodohkan Rakyat Gagal Lagi....



Usul berkaitan penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk mengkaji isu kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, menghangatkan Dewan Rakyat, pagi ini.

Selepas perbahasan itu, ahli parlimen pembangkang yang tidak sependapat dengan rakan BN mereka.


Mereka mendakwa, tindakan kerajaan menubuhkan PSC itu hanya cubaan menutup keburukan terhadap pusat nadir bumi milik syarikat Australia itu.

"Kami harap dapat ambil bahagian (dalam PSC), tetapi tiada makna...

"Kalaupun PSC isytihar ia berbahaya, pentadbiran BN akan memanipulasi situasi itu," kata Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) kepada pemberita di lobi Parlimen.

Sebelum itu, ketika perbahasan, Harakahdaily melaporkan Dr Hatta Mohd Ramli (PAS-Kuala Krai) yang mencelah hujah Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mempersoalkan tentang keperluan penubuhan PSC memandangkan terdapat kenyataan daripada bakal pengerusi PSC, Datuk Seri Khalid Nordin berkenaan projek itu.


"Hari ini kita berbincang tentang keperluan projek Lynas, tapi sudah ada kenyataan daripada menteri bahawa penubuhan PSC adalah untuk mengubah tanggapan negatif rakyat terhadap projek tersebut.

“Belum apa-apa lagi, sudah ada kenyataan. Jadi, untuk apa PSC ditubuhkan kalau memang kerajaan hendak teruskan juga projek ini?"
soal beliau.

Perbahasan terus hangat apabila ahli parlimen BN dan Bebas cuba mengaitkan ketiadaan pakar nuklear daripada PAS, iaitu Dr Che' Rosli Che' Mat (PAS-Hulu Langat) di dewan hingga menimbulkan kekecohan.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hanya berdiam diri sehingga beberapa tempoh sebelum meminta wakil rakyat duduk di tempat masing-masing.

"Jika benar PAS ikhlas, saya cabar PAS mencalonkan Ahli Parlimen Hulu Langat untuk disenaraikan sebagai ahli jawatankuasa yang akan ditubuhkan. Jika tidak disenaraikan, ianya dianggap sandiwara semata-mata," kata Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) ketika berbahas.

Dalam pada itu, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) mendakwa penubuhan PSC ini hanya untuk memberikan gambaran indah-indah, sedangkan Lynas ini penuh dengan masalah.

Selain itu beliau meminta segala yang berkaitan projek itu di Gebeng, Kuantan dihentikan sehingga satu keputusan mengenai penubuhan PSC ini diputuskan.

Manakala, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), ketika berbahas melahirkan kekecewaan apabila rakyat Malaysia hanya tahu mengenai projek itu setelah hampir 95 peratus projek berkenaan selesai.

"Inilah kerajaan yang mengutamakan rakyat apabila projek sudah 95 peratus siap, baru rakyat tahu mengenainya.
 Itupun melalui laporan New York Times," kata beliau. -mk


Pakatan Rakyat tidak akan sertai PSC Lynas

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Pakatan Rakyat memutuskan untuk tidak menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi mengkaji isu Lynas setelah mendakwa jawatankuasa itu tidak memberikan ruang kepada mereka untuk menyatakan pendapat.

Keputusan itu berikutan kekecewaan mereka apabila kerajaan tidak memenuhi syarat yang dicadangkan, iaitu kerajaan perlu mengeluarkan arahan henti kerja, tarik balik permit kerja sementara (TOL) dan hentikan 'import rare earth concentrate'.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, yang jelas kecewa dengan ucapan penggulungan menteri, berkata beliau mengharapkan penubuhan PSC ini akan menjadi satu platform bebas bagi memahami masalah rakyat.

Malangnya, kata beliau melihat dari perbahasan dan penggulungan menteri, harapan tersebut tidak akan menjadi kenyataan.

"Kita bersedia untuk terlibat dalam PSC, tetapi melihat kepada apa yang berlaku hari ini, kita tidak boleh bergantung kepada badan itu untuk menjadi satu platform kepada rakyat," tegas beliau pada sidang media, di lobi parlimen, hari ini.

Sebelum itu, ahli parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan setelah kecewa dengan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika penggulungan perbahasan mengenai penubuhan PSC.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata Pakatan Rakyat terpaksa menolak PSC memandangkan penubuhannya tidak memberikan sebarang makna kepada rakyat, khususnya rakyat Kuantan.

"Kita memang mahu berkongsi segala maklumat, tapi nampaknya ia tidak menjadi kenyataan. Memang hari ini merupakan hari yang paling sedih kepada rakyat Malaysia," 
kata beliau.

Terdahulu, perbahasan tentang penubuhan PSC ini menjadi hangat apabilakebanyakan ahli parlimen kerajaan berucap seolah-olah menyokong projek Lynas, yang dibina di Gebeng, Pahang sebelum sidang berhenti rehat tengahari tadi.

Kemudiannya, selepas dewan kembali bersidang pada sebelah petang, kekecohan terus berlaku apabila ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Nazri.

Ketika ditanya tindakan susulan Pakatan Rakyat ekoran keputusan tersebut, Fuziah berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk bertindak selepas ini.

"Biarlah rakyat yang memutuskannya," kata beliau.

Turut serta pada sidang media itu ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; dan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat.

DAP sebelum ini membuat keputusan untuk tidak menyertai jawatankuasa itu kerana ia hanya akan menjadi fait accompli (yang telah diputuskan) atau alat untuk menghalalkan loji nadir bumi syarikat Australia itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, PSC juga akan menjadi alat Barisan Nasional untuk memaksa orang awam menerima loji Lynas tanpa mempedulikan soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan rakyat.

“DAP akan mencadangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat supaya tidak membenarkan BN menggunakan penyertaan PR untuk menghalalkan loji Lynas, bagi memastikan PR tidak akan terlibat dengan apa-apa bencana alam sekitar yang mungkin berlaku pada masa depan,
” katanya dalam satu kenyataan semalam.
 -HD



Pembangkang Boikot Sertai PSC Lynas

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak berpuas hati apabila usul penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi mengkaji mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) mendapat undi sokongan majoriti, Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai tanda protes.

Majoriti wakil rakyat pembangkang diketuai Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) dilihat keluar daripada dewan sejurus selepas Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee mengumumkan usul penubuhannya diluluskan Dewan Rakyat.

Kesemua wakil rakyat pembangkang itu kemudiannya mengadakan sidang media di lobi Parlimen.

Malah kumpulan wakil rakyat itu sebulat suara menyatakan pendirian memboikot penyertaan mereka dalam jawatankuasa berkenaan.

"Kami kecewa kerana kerajaan tidak menyatakan dengan jelas terma dan rujukan khusus mengenai objektif penubuhan jawatankuasa tersebut.

"Melalui kertas usul yang dinyatakan kerajaan mengenai PSC Lynas, hanya dinyatakan bahawa penubuhannya sekadar mahu meneliti isu keselamatan, jumlah keanggotaan serta tempoh yang diberikan kepada jawatankuasa itu," katanya pada sidang di lobi Parlimen di sini,Selasa.

Sementara itu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, walaupun pada awalnya pembangkang menyambut baik kewujudan jawatankuasa itu namun begitu selepas mengkaji pelbagai perkara,pihaknya kini tidak akan menyertainya.

"Kita mahu jawatankuasa ini bersikap adil dengan memberi penekanan kepada soal keselamatan rakyat, namun melihat kepada reaksi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), kita tahu bahawa projek ini tetap akanditeruskan.

"Kita sudah jangkakan projek ini akan diteruskan, mengapa lagi kita mahu menyertai dan kita tahu apa saja yang kami (pembangkang) bangkitkan tidak akan diberi perhatian," katanya yang juga Ahli Parlimen Batu.

Terdahulu ketika membentangkan usul berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata penubuhan jawatankuasa itu bertujuan meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek tersebut.

Jawatankuasa berkenaan yang diberi tempoh selama tiga bulan akan dianggotai oleh sembilan Ahli Parlimen iaitu lima daripada Barisan Nasional (BN), tiga mewakili pembangkang dan seorang wakil Bebas. 
-mstar

Kejam!!! Inilah Gambar2 Seorang Lelaki Dibakar Hidup2 - Meraung Tapi Tiada Siapa Yang Tolong, Sekadar Melihat Sahaja


Di bawah menunjukkan gambar lelaki yang dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan gangster.. Sebab dibakar aku sendiri pon xtau..tp memang ngeri la.. Orang ramai tidak dapat membantu dan hanya mampu melihat..

Lelaki Dibakar Oleh Kumpulan Gangster
Lelaki Dibakar Oleh Kumpulan Gangster
Lelaki Dibakar Kumpulan Gangster

Akhirnya mangsa telah rentung dalam keadaan yang menyayat hati..:(


Panas Berapi!!! (Ada Video) Justin Bieber Dipukul Teruk Sehingga Berdarah.. Inilah Gambar2nya


Bintang pop remaja terkenal masa kini, Justin Bieber dikenali kerana muka baby face yang telah membuatkan ramai gadis tergila-gila dengannya . Tetapi dalam foto terbaru, Justin Bieber mengejutkan peminat apabila muncul dengan berlumuran darah itu, dipukul dan dalam penampilan lelaki yang sukar. Penyanyi berusia 18 tahun itu dilihat lencun dengan darah kerana dia tumbuk di muka oleh seorang peninju gagah perkasa.




Imej itu walaupun hanya sekali, namun shoot yang luar biasa yang diambil oleh jurugambar Tony Kelly yang terkenal di dunia fesyen untuk majalah Complex. Berpakaian dalam pakaian yang bergaya, Bieber digambarkan sebagai seorang yang terjejas teruk dan kemudiannya memuntahkan darah.



Lagi berita hangat mengenai Justin Bieber dan artis Hollywood lain, klik sini

Jenuh Kempen La PM Haji Najib: BN Hanya Akan Menang Di Johor, Melaka & Pahang Sahaja Pada PRU 13 Nanti - Ramalan Bekas Menteri


Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.

daim zainuddinKali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.

Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.