Bapa Awah Dirang Dibebaskan... Tapi Diusir Ke Filipina, Jom Terjah..Kenapa?


Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan polis supaya membebaskan bapa mangsa pembunuhan kejam, Nurul Nadirah Abdullah untuk diusir ke negara asalnya, Filipina, atas kesalahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Sehubungan itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya akan merujuk lelaki yang ditahan di Bandar Seri Alam pada 8 Mac lalu itu kepada pihak Imigresen untuk tindakan lanjut.

"Dia diusir kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri," .

Gulingkan Kerajaan : S/U Umno Selangor Dakwa NDI Sediakan Buku Manual Bagi Jatuhkan Kerajaan Cara Tidak Demokratik....


Sebelum ini Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed mendakwa Anwar turut mendapat bantuan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI) menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR dan menggulingkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.


Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama - fitnah sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Cuba korang baca apa pula kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center pasal buku NDI kat bawah ni..

Merdeka Center: Buku NDI 'bukan bahaya'

SHAH ALAM - Buku panduan terbitan National Democratic Institute for International Affair (NDI), yang didakwa digunakan oleh PKR bagi menerapkan kempen kebencian untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui cara yang tidak demokratik bukan sesuatu yang 'membahayakan keselamatan" sehingga perlu dirisaukan oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahiam Suffian berkata, buku panduan itu digunakan di kebanyakan negara dan beberapa parti komponen BN juga menggunakannya untuk menghadapi pilihan raya.

"Saya pernah tengok kandungan buku panduan ini. Tidak ada apa-apa yang membahayakan keselamatan, malah ketika memberi ceramah kepada sebuah parti politik BN, saya juga ada melihat buku panduan ini digunakan," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Katanya, buku panduan itu pada asalnya diterbitkan dalam bahasa Rusia oleh NDI dan kemudian diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, PKR menafikan dakwaan Umno bahawa pihaknya menggunakan buku panduan pilihan raya, agensi asing yang menerapkan 'kempen kebencian' untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik.

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan buku panduan yang digunakan oleh parti itu hanya menerangkan cara-cara sebuah jentera parti dan calon yang bertanding menghadapi pilihan raya.

Menurutnya, buku panduan itu tidak mempunyai unsur-unsur negatif seperti didakwa Umno.

Setiausaha Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan penggunaan buku itu bertujuan untuk menerapkan ‘kempen kebencian’ terhadap pemimpin negara dengan membangkitkan isu tidak relevan.

Antara kandungan buku itu, termasuk menyebarkan dakyah bahawa kononnya tiada kebebasan media dan beragama di Malaysia.

Nik Nazmi berkata, Umno tidak seharusnya memandang rendah keupayaan rakyat menilai baik dan buruk tindakan yang dilakukan oleh sesebuah parti.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya memandang serius dan memantau penggunaan buku panduan pilihan raya NDI itu.

Katanya, pemantauan yang dilakukan lebih kepada keselamatan rakyat dan negara.

Ibrahim berkata, kandungan buku panduan NDI yang dimaksudkan boleh dimuat turun dari laman web pertubuhan bukan kerajaan itu.

"Malah kita pun boleh mendapat pelbagai jenis buku panduan pilihan raya dari portal buku atas talian Amazon.com.

"Kandungan buku panduan NDI lebih berstruktur, jadi ia akan diubah mengikut keadaan sesebuah negara, ada perkara yang sesuai untuk sesebuah negara seperti Amerika Syarikat, tidak sesuai di Malaysia, sebab sistem politik berbeza," katanya lagi.

"Bagi saya ia tidak ada apa-apa keistimewaan pun," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau ada melihat buku panduan yang digunakan oleh PKR, Ibrahim berkata, "tidak."

"Saya tidak pasti," katanya apabila ditanya sama ada kemungkinan PKR telah mengubah suai kandungannya berbanding kandungan asal.

"Bagi saya buku panduan ini sesuatu yang biasa. Tidak perlu KDN pantau kerana ia hanya akan membuang masa dan tenaga, tidak ada yang perlu dirisaukan," kata beliau.


Sinar Harian

Gambar Tuan Guru Nik Aziz Masa Muda Remaja

Muka mereka yang beriman ni, kalau kita pandang , hati kita pun akan terasa tenang dan bahagia. Sebab Nur dan Cahaya keimanan Allah dah kurniakan kepada mereka atas ketaatan mereka dengan perintah Allah dan melakukan segala yang Allah suka. Tak kira hensem atau tidak, tapi dimuka orang beriman ni seperti ada sesuatu yang buat kita nak tengok muka dia sepanjang masa kan? Agaknya bagaimanalah rupa Rasulullah SAW. Pastinya lebih indah dari segala galanya.

Kali ni aku nak kongsi tunjukkan gambar Tuan Guru Nik Aziz semasa muda remaja. Sangat kacak dan hensem kan? Memang muka orang orang beriman. 

image

Boleh lawati BlogTokGuru. Klik pada banner dibawah . 

Ada Video: Bekas Menteri Nie Buat Hal Pulak... Jenuh Nak Tepis La... Bersediakah Pakatan Rakyat Untuk Putrajaya???




Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa BN menggunakan wang untuk meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya.

NONEAbdul Kadir berkata beliau juga tidak pernah menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan dengan sekumpulan pemimpin Umno bahagian Kulim-Bandar Baru pada 19 Februari lalu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan seorang pemimpin Umno bahagian tersebut, Mat Saad Osman yang mendakwa Abdul Kadir menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan tersebut.
Mat Saad juga menuntut Abdul Kadir supaya menyaman portal berita berkenaan kerana menyiarkan berita tersebut.
Abdul Kadir bagaimanapun berkata, beliau tidak pernah menafikan kenyataannya itu dalam pertemuan berkenaan.
"Apa saya kata, saya tak nafi langsung. Setiap apa yang saya kata, mana boleh nafi.

"Tak perlu saman, tak perlu tarik balik... Sekarang semua orang cari (Mat Saad), marah dekat dia," kata Abdul Kadir lagi dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
Portal The Malaysian Insider pada 17 Januari lalu memetik Abdul Kadir sebagai berkata perbuatan "membeli undi" itu dikenali sebagai taktik "bom."
kuala terengganu by election vote buying in hotel 160109Dalam laporan itu juga, Abdul Kadir dipetik sebagai berkata bahawa beliau sendiri telah mengalami pengalaman itu dan telah memberikan "RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi."
Bernama pada 10 Mac pula melaporkan, Abdul Kadir didakwa telah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah berkenaan dibayar kepada pengundi di kawasan Kulim-Bandar Baharu supaya mengundi BN pada pilihan raya lalu.
Abdul Kadir dalam sidang medianya hari ini bagaimanapun menjelaskan bahawa perkara itu dilakukan di sebuah negeri yang enggan dinyatakannya.
Mengimbau kembali peristiwa berkenaan yang didakwa berlaku pada 40 tahun lalu, Abdul Kadir yang menjadi exco Pemuda Umno ketika itu berkata beliau membantah amalan tersebut.
Tindakannya itu juga disokong secara "senyap-senyap" oleh mantan perdana menteri Tun Abdul Razak serta Tun Dr Ismail, kata Abdul Kadir lagi.
"Sebab dari awal kita tahu tidak elok... Jadi kita tak perlu panjang cerita ini, tak payah buat apa yang dilakukan sebelum ini," katanya.

Kadir berkata, beliau turut berasa sensitif apabila rakyat di kawasannya dikaitkan dengan "sebarang perkara yang tidak baik".

Kadir menyifatkan ahli-ahli Umno termasuk rakyat tanpa mengira kaum ataupun fahaman politik di kawasannya "ibarat manusia intan permata dan tersangat mulia".

"Kami di Kulim Bandar-Baharu tidak pernah dan tidak perlu membayar wang untuk membeli undi sama ada semasa pemilihan parti ataupun semasa pilihan raya umum.

"Ini saya tegaskan bersungguh-sungguh," katanya," katanya sambil menegaskan sepanjang penglibatan beliau dalam tempoh 30 tahun di bahagian itu, tidak pernah menggunakan duit untuk tujuan berkenaan.

"Bukan susah nak jadi popular, kita berkhidmat sepanjang masa, ikhlas dan tak perlu beri (rasuah) duit," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.