David Teo Selesaikan Kontroversi Tentang Bonus - Shaheizy Sam Berpuashati

david teo

David Teo berpendapat ada pihak yang cuba timbulkan kontroversi

Shaheizy Sam berpuas hati dengan apa yang dia dapat ketika majlis pemberian bonus tersebut. Begitu juga dengan lain-lain penerima, seperti Bob (Ismail Bob Hashim) yang mendapat sebuah kenderaan, juga yang lain-lain

Itulah jawapan Ketua Pengarah Operasi Metrowealth, David Teo bila diajukan mengenai khabar angin yang mengatakan Shaheizy Sam bakal meninggalkan Metrowealth kerana tidak berpuas hati dengan bonus yang diberikan.

Apabila ditanya tentang mekanisma pemberian bonus tersebut, David Teo tidak mahu menjelaskan kerana mengganggap itu adalah rahsianya dengan penerima dan taktik dia menjalankan bisnes.

Yang penting kedua-dua belah pihak berpuas hati dengan bonus yang diterima daripada syarikat produksi tersebut. David Teo menetapkan bahawa filem yang melepasi target box office (RM4 juta) layak untuk menerima bonus tahunan.

Lagi yang peliknya menurut David Teo isu tidak puas hati itu disampaikan oleh orang lain dan bukan penerima sendiri. Nampaknya macam ada pihak yang cuba menghuru harakan keadaan, mungkin sebab jeles dengan Shaheizy Sam yang menerima sebuah rumah mewah dari Metrowealth.


Sumber: LimauAis

Bahaya Kebocoran Di Loji Nuklear : Lebih 51 Ribu Penduduk Dipindahkan


Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano, mengesahkan berlaku letupan dan kebocoran radiasi di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi.

“Kami sedang mengkaji punca letupan itu dan situasinya dan kami akan membuat pengumuman kepada orang ramai apabila mendapat maklumat lanjut,” katanya di Tokyo.

Sebelum itu pada kira-kira jam 3.30 waktu tempatan, satu letupan kedengaran di sebuah loji nuklear di Sendai, Jepun yang menimbulkan kebimbangan reaktor itu akan musnah dan menyebabkan bahan radioaktif tersebar.

japan tsunami and earthquake 2011 nuclear power plant fukushima no 1Menurut Tokyo Power Electric Co yang menguruskan Loji Fukushima Dai-ichi di Sendai menyatakan tidak pasti letupan di loji berkenaan yang menyebabkan satu dindingnya runtuh, mengandungi reaktor nuklear.

Bagaimanapun mereka mengesahkan empat pekerja tercedera akibat kejadian itu.

Paparan TV Jepun menunjukkan salah satu dinding bangunan terbakar hangus dengan hanya meninggalkan rangka besinya.

Jurucakap kerajaan, Yukio Edano menyatakan semua penduduk dalam lingkungan 10 kilometer dari loji berkenaan patut dipindahkan.

NONEWalaupun berdepan dengan kemusnahan, wakil Suruhanjaya Keselamatan Nuklear Jepun Ryohei Shiomi berkata ia tidak akan merebak dari lingkungan 10 km dan kebanyakan 51 ribu penduduk di sekitar telahpun dipindahkan.

Pasukan keselamatan Jepun termasuk lebih 50 ribu tentera dikerah membantu bagi memastikan kemalangan dan kebakaran dapat diatasi serta menyelamatkan mangsa akibat bencana alam paling teruk dalam tempoh 140 tahun ini.

Kadar rasmi kematian setakat jam 5 petang waktu tempatan ialah 413 dengan 784 disahkan hilang dan 1,128 tercedera.

Bagaimanapun media tempatan melaporkan lebih dari 1,300 terbunuh.

NONE200 hingga 300 mayat dijumpai di pantai Sendai, bandar paling hampir dengan pusat gempa bumi semalam.

Lebih 215 ribu rakyat kini berlindung di 1,350 pusat pemindahan di lima wilayah berbeza.

Impak sebenar masih tidak dapat dikenal pasti.

Kemusnahan teruk dilaporkan di wilayah Miyagi kerana gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter semalam dan tsunami yang memusnahkan pelbagai kawasan terutamanya di bandar Sendai dan kawasan timur Jepun.

Terkini!!! Pelakon Lelaki Terkenal Malaysia Di Urut Batin Oleh Tukang Urut Thailand



PARA pelakon dan karyawan sewaktu pelancaran filem itu di Annexxe, Pasar Seni, Kuala Lumpur baru-baru ini.


FAIZAL Hussein antara pelakon tempatan yang terus mendapat kepercayaan daripada pengarah dan penerbit termasuklah bagi melakonkan watak hero dalam filem biarpun sudah 39 tahun terbabit dalam bidang lakonan.



Meskipun terpaksa bersaing dengan ramai pelakon dan hero baru tetapi dia yang mula berlakon ketika usianya lima tahun menerusi filem Darah Panglima terus membuktikan keunggulan di layar perak.



Malah, Faizal juga mempertaruhkan komitmennya yang tinggi termasuklah sewaktu penggambaran filem terbaru lakonannya berjudul Bunohan yang dijalankan di Kelantan dan selatan Thailand baru-baru ini.

Menurut pelakon berusia 44 tahun ini, dia sebagai Ilham sanggup melakonkan adegan urut batin dalam Bunohan bagi menghidupkan jalan cerita filem itu.




“Dalam adegan itu, saya betul-betul diurut oleh seorang tukang urut dari Thailand untuk tujuan urut batin. Urutan itu dilakukan ke seluruh badan saya termasuklah pada bahagian alat sulit saya bagi menjayakan adegan itu.



“Biarpun adegan itu tidak dipaparkan dengan jelas tetapi pengarah filem, Dain Iskandar Said mahu menggambarkan watak Ilham, seorang pembunuh upahan sedang menjalani urut batin untuk tujuan kecergasan.



“Saya dengan rela hati di urut batin kerana saya tahu Dain mempunyai sebab-sebab tertentu untuk adegan tersebut,” katanya sewaktu ditemui di majlis pelancaran Bunohan di Annexxe, Pasar Seni, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Bunohan terbitan produksi Apparat dan diedarkan oleh Astro Shaw merupakan sebuah filem berlatarbelakangkan sebuah kampung di Tumpat, Kelantan.



Faizal yang juga anak pelakon veteran, Allahyarham Hussein Abu Hassan berkata, dia tidak menganggap lakonannya dalam adegan seperti itu menjatuhkan maruahnya, sebaliknya ia diolah dengan gaya arahan yang berhemah.



“Adegan itu digambarkan secara samar-samar. Dain mahu menunjukkan urut batin memang diamalkan dalam masyarakat kita untuk menguatkan hubungan seks. Dalam konteks watak Ilham ia untuk kecergasan.



“Selain itu, Dain mungkin mahu memaparkan tentang elemen budaya setempat iaitu keunikan urut batin kepada masyarakat luar.



“Ini kerana Bunohan juga akan diedarkan di luar negara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.


“Selain itu, elemen sukan tomoi dan penggunaan senjata seperti kerambit atau lawi menambahkan lagi keunikan budaya yang berasal dari selatan Thailand. Ini adalah antara tarikan dalam filem ini,” ujarnya.



Bunohan dijangka ditayangkan di pawagam seluruh negara penghujung tahun ini, juga memaparkan sosio budaya masyarakat Melayu terutamanya di Kelantan dan selatan Thailand.


Tambah pelakon yang seangkatan dengan Rosyam Nor itu, dia turut berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah berlatih bercakap dialek Kelantan untuk menjiwai watak Ilham.



“Sebelum turun ke lokasi penggambaran, saya terpaksa mengikuti kelas dialek Kelantan, belajar menggunakan lawi dan bersilat untuk adegan-adegan pertarungan. Saya juga diajar cara-cara memandu bot.



“Dain seorang pengarah yang teliti. Peluh yang mengalir di dahi saya pun, dia ambil berat. Kalau kurang setitik, saya yakin dia akan tambah menjadi cukup supaya ia kena dengan ekspresi dalam adegan yang saya lakonkan itu,” ungkapnya.



Berpengalaman berlakon sebanyak 22 buah filem dan lebih 30 drama televisyen, Faizal berpuas hati selepas menonton sedutan Bunohan. Dia menyifatkan filem itu sarat dengan elemen seni dan budaya masyarakat negara ini.



Sebagai pelakon yang masih laku dalam industri lakonan tanah air, Faizal sedikit pun tidak berkecil hati apabila turut dikaitkan dengan jolokan hero tua seperti yang pernah dilabelkan ke atas Rosyam yang juga sepupunya itu.



“Saya tidak kisah dengan label hero tua. Yang penting, saya terus diberi kepercayaan berlakon oleh para penerbit dan pengarah. Atas kepercayaan itulah, saya sanggup memberi sepenuh komitmen dalam lakonan saya.


“Pada masa sama, saya juga akan terus berlakon filem dan drama. Ada yang bertanya kenapa saya tidak memberi tumpuan kepada bidang pengarahan selepas lama berlakon? Saya kata, banyak lagi watak yang belum saya lakonkan.



“Melalui bidang lakonan saya berpeluang mencuba banyak pengalaman baru termasuklah dalam Bunohan. Ia bukan sahaja mampu menarik minat penonton tetapi keunikan jalan ceritanya membuatkan semua pelakon Bunohan merasa teruja,” katanya lagi.



Selain Bunohan, Faizal pernah membintangi filem 2 Alam pada 2010, Jalang (2009), GK3 The Movie (2005), Pontianak Menjerit (2005), MX3 (2003), Janji Diana (2003), Gerak Khas The Movie 2 (2002), KL Menjerit (2002), Getaran (2001) dan Leftenan Adnan (2000).



Filem-filem lain lakonannya berjudul Sate (1997), Siapa Dia (1996), Litar Kasih (1996), Fantasi (1993), XX-ray (1992), Kanta Serigala (1990), Tuah (1990), Bayangan Maut (1990), Tak Kisahlah Beb (1989), Gila-Gila Remaja (1986), Bujang Selamat (1985) dan Senja Merah (1982).

Gambar2 - Jepun Dilanda Gempa Bumi Terburuk: Tsunami Setinggi 4 Meter: Kematian Mencecah 32 Orang


Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

NONELaporan menyebut jumlah kematian akibat malapetaka itu telahpun mencecah 32 orang.

Laporan televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun,

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, menurut stesen NHK.

Jumlah kerosakan sedang dinilai dan tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian yang diperolehi setakat ini.

NONEGempa bumi itu dilaporkan berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.

Susulan itu, satu amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Dilaporkan, gempa susulan turut berlaku dalam tempoh tiga jam selepas itu.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.

Berikut ringkasan perkembangan itu:

Tsunami setinggi setinggi 10 meter dilaporkan melanda pelabuhan Sendai dengan ombak yang merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.

Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo dilaporkan turut mengalami kebakaran.

NONESetakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara terputus.

Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

NONEMenurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.

Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.


- Agensi

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.