Keadaan kereta perisai selepas terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar, Khamis. - fotoBERNAMA
IPOH: Dua anggota tentera terbunuh dan dua lagi cedera parah selepas kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) yang dinaiki mereka terbalik di KM232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dekat Kuala Kangsar, kira-kira 40km dari sini.
Jurucakap polis berkata pemandu itu dipercayai hilang kawalan terhadap kereta tersebut yang melanggar pembahagi jalan dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang Khamis.