SEPANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengerahkan sebuah pesawat ke Laut China Selatan bagi menyiasat objek terapung yang dilapor dikesan oleh satelit China, tatkala operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 diperhebat.
“APMM sudah mengerahkan pesawat Bombardier untuk menyiasat dakwaan penemuan serpihan oleh satelit China,” kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi Twitter hari ini.








