Terkini!! Bekas MB Kedah Sahkan YAB Ustaz Azizan Sebagai Ulamak.. Tapi Kenapa Depa Tak Mahu Ikut?? Ini Persoalannya.. Jom Terjah!!


MB Kedah tidak patut kata orang ‘beruk’
Mahdzir Khalid
PEDU - Datuk Seri Mahdzir Khalid menyelar kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang seperti beruk atas pokok cermai."

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu berkata, sebagai Menteri Besar, Azizan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Dia (Azizan) kata Ketua Pemuda Gerakan ‘beruk atas pokok cermai’, mana boleh kata macam tu.

“Jangan cakap orang seperti itu sebab dia tu seorang ulamak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Inilah Gambar Penduduk Kemaman Yang Membantah Penghinaan Terhadap Hukum Hudud Oleh Presiden MCA.. Jom Terjah!!!


SALAH seorang sahabat mengirimkan sekeping gambar perhimpunan sekumpulan penduduk di Kemaman membantah penghinaan terhadap Hukum Hudud oleh Chua Soi Lek di perhimpunan agung MCA tempoh hari.

Menurut pengirim, beliau mengambil gambar perhimpunan ini ketika dalam perjalanan pulang kerja, sekitar pukul 6 petang semalam. Penduduk membawa banner dan poster yang mengecam presiden MCA serta Umno yang hanya senyap meskipun penghinaan ini dilakukan di depan batang hidung Najib Razak, presiden Umno.

Live: Merdeka Rakyat Batang Kali - Ceramah DS Anwar



Siri Jelajah Merdeka Rakyat hari ini yang bermula dari Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur, 
pagi tadi akan diakhiri dengan ceramah mega bertempat di pusat bandar Batang Kali, 
Hulu Selangor malam ini.

Antara penceramah yang akan hadir termasuk Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, 

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden KEADILAN, 
Azmin Ali, ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Naib Presiden 
KEADILAN, N Surendran.

Ikuti siaran langsung tersebut dengan menekan pautan di bawah.

Selamat menonton.

SUMBER: JALAN PULANG



PKNS Dapat Kelulusan Kementerian Kewangan.. Pasaipa DS Noh Omar Dok Bising2 Lagi?? Jom Terjah!!


TANJUNG KARANG - Tindakan kerajaan negeri menggabungkan lima aset komersial Perbadanan Kemajuan negeri Selangor (PKNS) untuk dipindah milik kepada sebuah anak syarikat milik penuh PKNS telah mendapat persetujuan daripada Perbendaharaan Negara. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Timbalan Pengurus Besar (Korporat) PKNS Datin Paduka Norazlina Zakaria sudah memperjelaskan isu tersebut termasuk kelulusan pihak Kementerian Kewangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.