Panas Terkini!!! Polis Rampas Dua Barangan Peribadi YB Hj. Nizar Dalam Serbuan Mengejut... Jom Terjah!!!




SHAH ALAM - Dua barang peribadi berupa telefon bimbit dan komputer riba bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dirampas oleh polis Johor, semalam.

Dalam mesej Twitternya pagi tadi, Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, memaklumkan telefon bimbit dan komputer ribanya diambil polis Johor ketika serbuan dibuat di tiga pejabat operasinya dan kediamannya di Sungai Rokam, Ipoh.

Dalam mesej yang dipaparkan kira-kira jam 11.46 pagi itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut memaklumkan bahawa dua pejabat khidmatnya masing-masing di Bukit Gantang dan Manjong diserbu.

Inilah Kilang Helikopter Mil Mi Russia Terbesar Di Dunia (10 Gambar).. Jom Terjah!!

Disinilah helikopter terbesar dunia dibina

Mil Mi ialah syarikat helikopter Russia yang membina helikopter terbesar di dunia iaitu Mil Mi 26 Halo. Helikopter ini mampu mengangkut kargo seberat 20 000 Kilogram ataupun 90 orang penumpang. Helikopte ini juga terkenal kerana ia digunakan dalam operasi kecemasan letupan loji janakuaasa nuklear Chernobyl. Mil Mi 26 dibina di Rostov-on-Don dan didalam kilang yang sama helikopter tempur Mi-24 dan Mi-28 juga dipasang. Mari kita lihat rupa didalam kilang ini di bawah.

 

Panas Berapi: Dikhabarkan Pelakon Veteran Datuk Aziz Sattar Dalam Proses Bercerai, Benarkah?? Jom Terjah!!!

Seniman, Datuk Aziz Sattar, 87, menafikan beliau kini dalam proses bercerai dengan isterinya, Datin Hashimah Delan, 54, seperti dilaporkan sebuah portal hiburan, semalam.

Beliau yang ketika ini berada di Sabah atas urusan kerja, ketawa ketika ditanya mengenai status perkahwinannya itu.

"Hubungan kami masih baik dan tidak ada masalah. Itu semua (berita penceraian) hanya khabar angin dan kami masih bahagia sehingga sekarang.

"Saya harap tiada pihak yang mempercayai khabar angin tersebut dan lebih baik mereka doakan kebahagiaan saya dan keluarga," katanya kepada Sinar Harian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.