Update hingga 11.15 pagi! GAMBAR2 TERKINI!!! Laporan Langsung Menjelang Perhimpunan BERSIH 3.0



11.15am Masjid India - Jumlah orang ramai semakin bertambah di luar bangunan BSKL.

11.15am Masjid Negara - Empat trak polis meninggalkan kawasan tersebut.

11:13am Jalan P Ramlee - Peserta Himpunan Hijau berarak dari KLCC ke arah Jalan Raja Chulan.

Mereka melaungkan "Bersih" dan beberapa peserta membantu memudahkan aliran trafik.
Dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

10.55am Masjid Negara - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara dan diberikan sambutan wira oleh orang ramai.

10.54am KLCC - Beberapa orang ditangkap di sini selepas orang ramai, dianggarkan 10,000 orang, mula berarak ke arah Masjid Jamek.

Mereka memecah benteng polis di Jalan Ampang. 

10.53am Masjid India - Para anggota Unit Amal menerajui kira-kira 5,000 peserta untuk melepasi benteng polis di persimpangan di luar Public Bank, berhampiran hujung utara Dataran Merdeka.

10.51am Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.

KLCC - 5,000
Jalan Sultan - 4,000
Masjid Jamek - 2,000
Masjid Negara - 1,000
Berhampiran Dataran Merdeka - 3,000

10.40am: KLCC - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak.

Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia.

10:40am: Masjid Negara - Datuk S Ambiga dilihat  berjalan ke arah stesen lama keretapi lama sekarang.

10.34am Setakat ini, tidak kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di pusat bandar. Juga tidak kelihatan trak meriam air setakat ini.

10.31am Tweet dari PDRM - 8 objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi.

Sementara itu, polis KL mengumumkan di Facebook bahawa mereka telah menutup 58 jalan di bandaraya KL bermula dari jam 6 pagi sehingga notis selanjutnya.

10.20am: Masjid Negara - Kira-kira 100 orang mendengar ucapan di halaman masjid tersebut.

10.19am
 Brickfields - Peserta mula mengedarkan belon dalam bentuk permainan popular komputer - Angry Birds.





  





LAPORAN LANGSUNG

Ibunegara hari ini menjadi tumpuan menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang berlangsung mulai jam 2 petang ini. Berikutan adalah laporan langsung mengenai perkembangannya mulai pagi ini.

10.16am Dataran Merdeka - Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ.

10.15am Bangsar  - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc.

10.05am
 Brickfields - Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai.

Menurut sesetengah peserta, mereka sama ada bermalam di hotel berdekatan atau ikut orang ramai apabila tiba di KL Sentral.

"Saya tidak tahu bagaimana nak ke di Brickfields. Saya hanya ikut yang lain apabila saya keluar dari stesen kereta api." kata Kelly Tui.

10:03am JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata.


9.57am Central Market - Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka.

9.40am Dataran Merdeka - Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan.

Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU.


9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu.

9.37am KLCC - Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas.

Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi.


9.36am
 Jalan Sultan - Sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membentuk benteng manusia di Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat untuk menghalang orang ramai daripada menuju ke Yan Keng Benevolent Dramatic Association di mana penggambaran video muzik untuk lagu tema 'Protect Jalan Sultan' akan diadakan pada jam 10 pagi, oleh pengarah filem Pete Teo.

9.35am: Masjid Negara - Jalan menuju ke Jalan Sultan Hishamuddin dari Jalan Travers ditutup.

Terdapat kira-kira 500 peserta berhimpun di sini bersama dengan Unit Amal PAS yang berpakaian merah hati. Lebih ramai datang dari arah stesen KTM untuk menyertai mereka.

Kira-kira 50 anggota polis dan sebuah trak polis dilihat berada di situ.
9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta
9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.
9.32am: kemaskini pengangkutan awam - Tweets dari RapidKL, perkhidmatan seperti biasa, semua jalan menuju ke bandaraya KL ditutup.

"Bas akan menurunkan penumpang di stesen LRT berdekatan dengan bandaraya KL. Tiada bas masuk ke dalam bandaraya KL."
9:30am Jalan Sultan - Di pasar mini KK, Dr Wong Fort Ping, 57, mula menyanyikan lagu Negaraku, dan kemudiannya diikuti ratusan peserta.

Wong kemudian memberitahu orang ramai bahawa beliau turut menyertai perhimpunan BERSIH pertama dan kedua dan memetik kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy.

9.36am: Jalan Tun Perak - Seorang lelaki, yang bersama Saw, menyanyi di hadapan orang ramai, dan mendapat tepukan gemuruh.

Terdapat kira-kira 500 peserta di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak Jalan Raja-Jalan Parlimen.

Seorang lelaki kurang upaya kelihatan memberikan ucapan kepada sekumpulan lagi peserta yang duduk berhampiran di persimpangan tersebut. 

9.25am Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning.

Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan 'Free Education'.

Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak.

Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula.
9.21am Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada kenderaan.

Ramai yang duduk di sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan.

9.20am
 Masjid Jamek LRT - Sekumpulan peserta BERSIH yang berpakaian kuning, berkumpul di luar stesen LRT, ada yang duduk di tepi jalan.

Jalan menuju ke Jalan Tun Perak dan Bangkok Bank ditutup kepada semua kenderaan. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di kawasan itu. Kelihatan tiga trak polis dan sebuah van.
9.15am MASJID NEGARA 500 orang berkumpul di perkarangan masjid.

9.18am Pasar Seni - Kira-kira 100 anggota polis berbaris di belakang benteng di Lebuh Pasar Besar.

Orang ramai yang berada di depan sekatan jalan bertambah kepada 100 orang. Mereka menonton aktivis mengadakan persembahan muzikal.
920am MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT
9.15am KLCC - Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup.

Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai.

Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang.

Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan "Stop Lynas".

Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk.
9:14am JAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal.

9.00am JLN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan.
Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat.

9.09am KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas.

859am MASJID INDIA Penyokong mula penuhi tempat & bersarapan. Ada juga berdekatan Jalan TAR. 150 polis mengawal. 
8.55am SIMPANG MRR1 ke Jln Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk
851am JLN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen.
8.48am PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran ditutup, pemandu dilencongkan ke Jln Dang Wangi. 150 polis berkawal.

840am
 JLN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya.
8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka.

8.30am
 JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.

8.24am
 JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.

Updated: BERSIH 3.0 - [LIVE STREAMING] Siaran Langsung.... Gambar2 Akan Diupdate Setelah Battery DSLR Kembali Pulih....





Video perkembangan semasa lintas langsung terus daripada Dataran Merdeka dan kawasan-kawasan sekitar Kuala Lumpur. Hanya klik PLAY pada mana-mana siaran 'ON AIR' pilihan anda. Selamat menonton.


Video streaming by Ustream





Jika tiada siaran lintas langsung, anda klik button [refresh] pada pelayar-pelayar yang ada di atas atau kembalilah ke website ini selepas beberapa ketika kerana tiada masa khusus untuk siaran berlangsung sebelum pukul 2 petang kerana siaran akan berlangsung secara terus menerus. Namun, pastikan jam 2 petang anda sudah berada di website ini kembali untuk mengikuti "The Official Live Streaming Bersih 3.0".

gambar bersih 3.0
Pada jam 11.45 malam 27 April 2012, peserta Bersih 3.0 2012 telah memenuhi Dataran Merdeka.l!

anonymous join bersih 3.0


gambar terkini bersih 3.0
Ore Mudo Tok Sir Ko BN!!!

gambar bersih 3.0 di kuching sarawak


Untuk berita, perkembangan, maklumat serta pengumuman terkini berkenaan dengan Himpunan Bersih 3.0 anda boleh klik pada mana-mana link di bawah yang membawa lintas langsung terus menerus daripada Kuala Lumpur setiap masa dan ketika.

Hidup Islam! Hidup Rakyat! Hidup Bersih! ~:)

Kredit|Hijabul Crewz

LIVE BERSIH 3.0: Helikopter PDRM Dah Berlegar Di Udara....


Bermula jam 7.57 minit pagi tadi sehingga sekarang pemantau unit udara PDRM mula berkeliaran di ruang udara KL, sememang lumrah tugas mereka.... HEBAT Rakyat Malaysia yang mahukan perubahan. 

TAHNIAH....

Ingat kita bukan nak tawan Dataran Merdeka .... 

Cuma nak duduk dekat sahaja ... 

Semua arahan Polis setakat ini dipatuhi.


Yang Belum Sampai Lagi Inilah Laluan yang ada Roadblock


BERSIH 3.0 ROADBLOCKS :

JALAN KEPONG (IN FRONT OF THE POLICE STATION)



SELAYANG (NEAR THE NEW WARTA SUPERMARKET)



NKVE - PLUS HIGHWAY (BETWEEN PUTRA HEIGHTS TO SUBANG INTERCHANGES)



SEREMBAN HIGHWAY NEAR DESA PETALING 9NEAR THE HUGE FURNITURE SHOP)



JALAN IPOH (NEAR TEMPLER'S PARK & 5TH MILE)



JALAN KUCHING (AFTER SEGAMBUT ROUNDABOUT)



JALAN AMPANG (NEAR GREAT EASTERN MALL)



FEDERAL HIGHWAY (NEAR VOLVO)



OLD KLANG ROAD (NEAR THE PETALING POLICE STATION)



INTERSECTION ROAD NEAR LAKE GARDEN



JALAN DAMANSARA (NEAR UN BUILDING)

LIVE!!! Gambar2 & Video - Updated: Sejarah Tercipta!!!! Himpunan BERSIH 3.0 Hari Ini Sudah Bermula



BERSIH 3.0 bermula jam 2.30 ptg. Tetapi jam 1 pagi ini, sudah ramai peserta BERSIH yang tiba.

Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH, tetap akan meneruskan perhimpunan duduk bantah, tetapi akan mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka, lapor malaysiakini.











"Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran," kata pengerusi bersamanya, Datuk S Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini.

Perintah mahkamah itu diserahkan kepada Ambiga pada jam 12.08 tengahari ini, melarang beliau, kumpulan dan orang awam daripada Dataran Mereka.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dari mahkamah majistret Kuala Lumpur. Perintah itu dipohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi.






















Kredit: Greenboc
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.