Gadis Ni Baru Umur 15 Tahun Tapi Dok Gila Kat Laki Orang La Pulak, Sanggup Lari Ke Rumah Lelaki Ini... Apa Dah Jadi Dengan Budak Pompuan Zaman la Nie???

Di lokasi berhampiran kedai serbaneka 7-Eleven 
di Taman Tas, Kuantan inilah Nornabila ditemui malam kelmarin.

KUANTAN – Seorang gadis berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Koperasi, Jerantut pada Isnin lalu ditemui berhampiran sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Taman Tas di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azid Ismail berkata, Nornabila Mat Yaacob yang dipercayai hilang kerana mengikut kekasihnya yang sudah beristeri sehingga ke Kuantan ditemui oleh keluarganya pada pukul 10 malam.

“Ibu pelajar terbabit sebelum itu menghubungi teman lelaki anaknya itu dan dimaklumkan Nornabila berada di Kuantan.

“Keluarga Nornabila dari Jerantut pergi ke Kuantan dan menemui remaja itu berhampiran kedai 7-Eleven di Taman Tas selepas dihantar ke situ oleh teman lelakinya,” kata beliau di sini semalam.

Jarak antara rumah remaja itu dengan lokasi dia ditemui ialah kira-kira 163 kilometer.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan, pelajar terbabit pernah hilang dari rumah sebelum ini bersama lelaki sama yang berusia 20-an.

Akhbar semalam melaporkan Nornabila atau lebih mesra dipanggil Kakak didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama rakannya, Nor Syazwani Mazlan, 15, pada pukul 8.30 malam Isnin lalu. 

PRU 13 Makin Dekat.... PAS Di Bawah Tahap Keupayaan Sebenar... BN Makin Jauh Ke Hadapan Untuk Hadapi PRU 13

Saya bersetuju dengan ingatan diberikan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Kelantan (JPN) Wan Nik Wan Yusuf supaya ahli parti itu jangan berada di zon selesa Pas akan kekal memerintah Kelantan dengan mengambil kira Kelantan kini sudah empat penggal di bawah teraju Pas.

Katanya pujian terhadap Pas terutamanya dari musuh sebagai jerat untuk memerangkap Pas, jadi jangan mudah terpedaya dengan perangkap itu.
Ingatan Wan Nik itu sesuatu yang tepat ada kebenarannya serta perlulah diambil perhatian serius oleh semua pihak dalam parti Islam tersebut.

Hakikat tidak boleh dielakkan, walaupun ramai meletakkan Pas akan dapat dan yakin mempertahan negeri Kelantan pada PRU 13, tetapi ada juga yang menaruh kebimbangan mengenai keupayaan Pas.
Kalau tidak silap, saya sendiri sudah menulis beberapa kali secara ringkas memberi peringatan bahawa UBN bersedia untuk menawan Kelantan kali ini. Cara Umno menggerakkan jenteranya dilihat ada kesungguhan pada parti itu.

Pas tidak boleh merasa sedap dengan mengambil budaya Umno yang suka cah keting dalam setiap pilihan raya. Mungkin kali ini orang Umno akan mengenepikan seketika budaya itu kerana mereka mempunyai azam tinggi untuk takhluk Kelantan. Ingat budaya dan pendekatan politik senantiasa berubah.

Baru-baru untuk kesekian kalinya saya pulang ke Kelantan dan sempat membuat tinjauan di beberapa buah daerah. Dalam tinjauan sukarela itu apa yang dapat saya simpulkan Pas seakan belium bersiap sedia lagi dari segi logistik untuk berdepan dengan Umno.

Walaupun boleh dikatakan semua kawasan sudah menaiki bendera, menggantungkan sepanduk dan sebagainya termasuk kerap mengaturkan ceramah kelompok, mengadakan forum tetapi ia jauh daripada memuaskan berbanding dengan usaha UBN yang dilihat lebih sistemetik.

Dalam pengamatan saya setakat ini hanya kawasan Jeli sahaja Pas nampak serius dan ghairah. Kebetulan di pihak UBN juga begitu. Jadi perlawanan (fighting) kini hanya berlaku di Jeli. Jeli memberi simbolik akan pertewasan Pas dengan Umno.

Bendera dan segala macam bahan kempen kedua-dua buah parti sudah mula bercacakan di tepi-tepi jalan berselekoh dan berkibar saling selar menyelar antara satu sama lain. Sudah ada bendera yang di pacak atas pokok dan mereka 'berbadi' tinggi. (Tahukah apa erti berbadi?"

Bermula di sempadan Tanah Merah di Jedok sampailah ke sempadan dengan Gua Musang di Jelawang. Bendera dan banting kedua-dua parti merampas mana-mana ruang yang ada.

Apandi Mohamadbersama timbalannya Abdullah Yaaacob yang terpaksa berdepan dengan gergasi Umno nampaknya menggerakkan jentera pilihan raya melakukan perang saraf ke atas Mustapa Mohamed. Beberapa kawasan khasnya di Air Lanas yang diwakili Abdullah Yaacob mengatasi kekuatan UBN. Manakala UBN pula menonjol di bandar Jeli, Bukit Nangka. Ada kemungkinan Mustapa akan bertanding dua kerusi dan kerusi state ialah di Air Lanas.

Di Kuala Balah kedudukan hampir sama rata. Sebuah bendera Pas berukur besar digantung merentangi tengah jalan raya menujukkan bulanPurnama bakal menyengetkan Dacing di situ.
Kedua pemimpin Mustapa (UBN) dan Apandi (Pas) nampaknya berlawan secara psikologi lebih awal. Keduanya ingin menjatuhkan antara satu sama lain. Apandi 'berdendam' setelah dua kali dikalah Mustsapa tahun 2004 dan s008. Beliau mengira kali ini gilirannya untuk menebus kekalahan ditangan Mustapa. Apandi pernah mengecewakan Mustapa pada tahun 1999.

Walaupun dia tahu sukar untuk menjatuhkan menteri yang mendapat pelbagai kemudahan serta menunjukkan prestasi cemerlang di Jeli tetapi itu tidak pernah menjadikan Apandi berputus asa untuk menebus maruahnya.

Sudah tentu sejarah manis tahun 1999 berjaya mengalahkan Mustapa serta pembebasannya dari tuduhan rasuah akan dijadikan azimat bagi terus berlawan dengan Mustapa. Kali ini Apandi berlawan dengan Mustapa dalam keadaan dia putih bersih.

Dalam pada itu kawasan paling lemah dilihat ialah Rantau Panjang. Bukan saja dipihak Pas tetapi dipihak Umno juga. Masalah ini mungkin berlaku kerana keadaan masih berteka teki siapakah yang bakal mewakili parti masing-masing. Mereka yang dijangka diletakkan calon tidak berani untuk 'bertaruh' menggerakkan parti kerana bimbang tidak akan dipilih.

Dipercayai perang saraf antara Pas - Umno ini akan bertambah hebat seminggu dua lagi. Ia akan menjadi hebat bila mana kedua-dua parti telah menentukan calon masing-masing. 

Umno dijangka akan membuat keputusan muktamad mengenai siapa yang akan diturunkan dan tidak pada awal April ini. Mustapa dijangka akan memberi tahu mereka yang bakal menjadi calons secara sulit berperingkat-peringkat.

Demikian juga dengan Pas. Separuh lagi nama-nama khasnya untuk bertanding di kerusi Dun belum diberitahu atau dimaklumkan kepada batang tubuh. Pesuruhjaya Pas negeri Nik Abdul Aziz Nik Mat masih meneliti secara lebih terperinci tentang tokoh-tokoh yang akan diturunkan.

Seperti mana saya ramalkan sebelum ini beberapa orang Adun Pas sudah hampir pasti tidak akan diturunkan semula baik kerana faktor peribadi maupun atas kerelaan sendiri untuk tidak bertanding kerana sudah beberapa penggal menjadi wakil rakyat. Dalam pada itu Pas sudah memuktamadkan kedudukan mana-mana wakil rakyat yang akan dipindah ke kerusi parlimen. 

-http://www.msomelayu.blogspot.com/

16 Soalan Panjang Nak Mampus... Tapi Jawapan Pendek Sangat.. Jom Terjah!!!

Kembalilah pada Allah, InsyaAllah dapat.(=

Soalan panjang, jawapan pendek:

1. Awek saya selalu paksa saya ke shopping complex beli belah. Dia beli tapi saya yang kena bayar. Tak bayar kang majuk lak. Camana ni?

Jawapan: Putuslah.

2. Pakwe saya langsung tak pedulikan saya. SMS pun jarang, call lagi la tak. Masa diperlukan je cari saya. Apa perlu saya buat ni?

Jawapan: Tinggalkanlah.

3. Hari-hari saya rasa nak tepon pasangan saya, SMS dia, bergayut, dating ngn dia. Orang kata serba-serbi lah nak buat ngn dia. Aduh macam mana ni? Saya study lagi ni, mana ada duit nak kawin lagi.

Jawapan: Menabunglah.

4. Pakwe aku tinggalkan aku lah. Sedih gile aku. Sampai ati dia curang dengan aku. Masalahnya aku takleh lupakan dia, rindu dia tiap masa. Tolong aku..sedih ni..sob sob..

Jawapan: Sabar & solatlah.

5. Hari-hari aku nak jumpa awek aku. Bila aku jumpa dia, aku nak pegang tangan dia..cium pp dia..ringan2 sikit..utk eratkan lagi perhubungan. Tapi aku tau benda tu tak baik, tapi kalo aku tak buat..aku rasa hubungan kitorang akan renggang lak. Ni cara utk dia tambah syg dengan aku..Camno weh?

Jawapan: Kahwinlah.

6. Hari-hari ada orang ngorat saya. Rimaslah saya. Camana ni? Muka saya lawa sangat kot.

Jawapan: Niqablah.

7. Aku tak boleh nak fokus keje aku wat lah. Study aku. Aku duk pk dia je. Aku jatuh cinta kot. Jatuh cinta ni boleh dalam Islam. Bla bla bla..dalil tu dalil ni..pot pet berbunga-bunga..bercinta sblm kawin haram..bercinta selepas kawin..halal...pot pet pot pet..

Jawapan: P minanglah.

8. Aku malu ah nak approach dia. Dah 8 bulan 10 hari aku pendam perasaan ini.

Jawapan: Bak no dia.

9. Aku dah lama tak solat. Dah cuba solat, tapi malas lik. Pastu aku tak solat terus. Camana nak rajin solat ni?

Jawapan: Jadi makmum aku.

10. Aku dah lama tunggu dia. Setia menanti dia. Aku akan menanti dia sampai bila-bila. Hati ini hanya utk dia. Dialah segala-galanya dalam hidup ni. Aku takleh hidup tanpa dia.

Jawapan: Mengucaplah. ( cuz dah macam syirik lak )

11. Serabut betullah aku tengok nasihat-nasihat suruh bertudung, tutup aurat ni. Aku tahulah benda tu. Nanti-nantilah, tunggu aku ready sikit dulu. Tunggu sampai seru. Apa la..nak tegur pun agak-agaklah..tahulah org tu dah tutup aurat, sibuk plak nak kisah hal org lain. Laser plak tu tegur org. Kan kan kan? ( ajak org mengumpat sekali )

Jawapan: Allahumma ameen! ( doa terus dalam hati supaya dilembutkan hati yg tak tutup aurat tu, bukan p redha je dengan kata2 dia )

12. Aduh! Mahal la plak keluarga belah pompuan nak. Aku bajet Rm10 ribu je. Dorang nak Rm20ribu. Nak grand2 buat kat hotel segala bagai lak. Nak outdoor2 photoshoots la plak. Camana ni bos?

Jawapan: Bincanglah. Kalo failed, cancel je la.

13. Hati aku tak tenang dowh. Akhir-akhir ni gelisah, resah je. Semangat pun down je. Adoiyai. Sedih plak tetibe.

Jawapan: Nah ( bagi youtube Syeikh Mishari Rasyid baca al-Quran )

14. Hati aku tak tenang gak la. Entah la nape ngn hati ni. Tak tenteram gile-gile.

Jawapan: Jom! ( bawak dia p ke masjid bersolat, dgr tazkirah dll..bukan bawak pi dangdut )

15. Gile ah politik tanahair. Situ rasuah, sini pecah amanah, sana pakai duit rakyat, situ caci-maki, sinun fitnah-fitnah, sunun kata mengata. Sana kata dia betul, sini kata aku betul. Semua nak menang. Pening aku!

Jawapan : Tukarlah!

16. Aku dah lama jadi org tak baik. Aku berdosa. Aku banyak buat salah. Aku ada wat dosa besar. Aku rasa Allah takkan terima dah diri aku ni. Baik aku terus je wat dosa dan masuk neraka. Tu mmg layak utk aku. Aku ada suka someone ni, tapi dia lebih baik dari aku dan aku tak layak utk dia. Ko rasa2 aku layak tak dapat dia. Dapat tak aku jadikan dia pasangan aku?
 

Debat Anjuran Wikileaks: Anwar Sudah Terima, Bagaimana Pula Dengan PM Haji Najib?


KUALA LUMPUR 22 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia berdebat dengan blogger kontroversi, Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran pengasas Wikileaks Julian Assange.


Beliau berkata, Assange telah menghubunginya melalui twitter untuk menganjurkan debat antara Raja Petra dan Najib yang akan dianjurkan sendiri oleh Wikileaks.

“Saya berkata saya bersetuju dengan debat yang ingin dianjurkan itu. Sebelum ini saya diwawancara Julian Assange tetapi Raja Petra mahu menumpang. Saya kata kepada Julian saya hanya bersetuju dengan permintaan asal sahaja.

“Oleh kerana Julian Assange melihat Raja Petra dan Najib seolah-olah berminat, beliau ingin menganjurkan debat antara kami bertiga,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum ini Anwar diwawancara Julian Assange dalam Forum di Kent, England bagi membincangkan senario politik global.

Selepas Anwar bersetuju dengan wawancara itu, beliau diberitahu blogger Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara itu.

Anwar kemudiaanya menyatakan persetujuan untuk permintaan asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange.

Isu mula timbul apabila Raja Petra mendakwa Anwar takut berhadapan dengannya dalam forum tersebut.

Raja Petra turut disokong oleh Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mendakwa Anwar tidak konsisten dan penakut kerana didakwa enggan berdebat dengan bloger itu.

Anwar berkata, debat yang akan dianjurkan oleh Wikileaks itu akan diadakan secara terbuka dan akan disiarkan secara langsung seluruh dunia.

Bagaimanapun beliau berkata, tarikh untuk program debat itu masih belum ditetapkan kerana Julian Assange perlu mendapatkan maklum balas daripada Najib dan Raja Petra terlebih dahulu.

“Kalau kedua-dua mereka bersetuju saya bersedia berdebat pada bila-bila masa,” kata Anwar - Keadilandaily


*******************************************

WikiLeaks invites Najib, Anwar, Raja Petra to live discussion over Malaysia’s future

KUALA LUMPUR - Whistleblower site WikiLeaks made an invitation to Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to join a discussion on the future of Malaysia with Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and political blogger Raja Petra Kamaruddin, moderated by WikiLeaks founder Julian Assange.

A press release published Thursday morning by the WikiLeaks twitter account stated, 'In response to the recent controversy over Anwar Ibrahim and Raja Petra and following Prime Minister Najib Razak's comments on the matter, we have formally invited Prime Minister Najib Razak to discuss the future of Malaysia together with Mr. Ibrahim, moderated by Mr. Assange. We now extend our invitation to Mr. Najib to debate Mr. Raja Petra and Mr. Ibrahim together, or in isolation. If accepted, the filmed discussion will be seen by up to 600 million people and will be available online.'

Anwar, who heads the opposition Parti Keadilan Rakyat, had originally been invited to a WikiLeaks forum in Kent, England.

He then turned down the invitation after the addition of Raja Petra, whose Malaysia Today website had launched scathing attacks on the Penang-born politician and the opposition coalition of Pakatan Rakyat.

In response to the spat between Anwar and Raja Petra, Prime Minister Najib commented that Anwar's unwillingness to debate Raja Petra was inconsistent with Anwar's stand on practising democracy and openness.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin had dared Anwar to 'be man enough' to face Raja Petra, suggesting that Anwar's assertion to have Raja Petra removed from the political global forum had been out of fears that Raja Petra would reveal secrets about the opposition leader.

Anwar accepted the invitation in a public tweet addressed to WikiLeaks. He later told reporters at Parliament today, 'Julian Assange has agreed to host the debate between Najib, RPK and me and I have said yes.'

At time of publication, Najib had not responded to the debate.


Msn News
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.