Kartun Oman Hina PM Ku Haji Najib Yang Disiarkan Oleh Akhbar Times Oman... Jom Terjah!!!


Kartun Oman Hina PM Malaysia

Akhbar Times of Oman baru-baru ni telah mengeluarkan sebuah sketsa kartun yang amat jelas mengkritik dan menghina PM Najib. Isu yang cuba disampaikan dalam kartun tersebut jelas menunjukkan ketidakpuashatian Oman terhadap sistem perundangan negara, yang secara spesifiknya melibatkan kes liwat Anwar Ibrahim.

Bak kata Ameno World, “..Negara gua punya masalah, gua settle. Negara lue punya masalah lue settle. Nak lapor dan kritik biar membina. Tapi melalui kartun neh.. hahaha.. aku rasa kelakar kalau orang malaysia yang lukis, tapi ia jadi was2 kelakar bila orang luar yang lukis…“. Penulis sangat setuju, apahal pulak Oman nak sibuk-sibuk dengan masalah Malaysia ni. Cuba selesaikan masalah depa yang melambak dulu baru cari masalah lain. Okay? Di bawah merupakan kartun yang dikeluarkan oleh Times of Oman.

Sumber
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=327280530640157&set=a.215552238479654.59038.171309649570580&type=1&ref=nf

Video Penuh: Jom Rehatkan Minda Sambil Beramal - Hiburan Ini Paling Menghiburkan... Jom Pakat2 Ketawa Tapi Awas!!!



Saksikan video-video menarik dibawah semasa program bersama Ustaz Azhar Idrus menjelang 12 tengah malam tahun baru 2012 yang disambut secara Islamik dan mendapat jumlah kehadiran lebih 70 ribu penonton. ^_^

{Video & Gambar} Musibah Banjir Kilat Melanda Ibukota Kuala Lumpur... Kesian Mereka... Apa Tindakan Pihak2 Berkenaan!!!

 
 










KUALA LUMPUR: Ribuan kenderaan dan orang ramai terkandas di sekitar ibu kota akibat banjir kilat di beberapa jalan utama berikutan hujan lebat sejak lewat petang semalam.

TENGGELAM...seorang penduduk melihat keretanya yang ditenggelami banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, malam tadi.

Selain beberapa jalan utama di pusat bandar, turut dilaporkan kejadian pokok tumbang dan kemalangan kecil membabitkan kenderaan ringan akibat jalan dinaiki air.

Tinjauan Harian Metro mendapati, antara kawasan terjejas ialah Jalan Pudu, Jalan Istana, Jalan Bukit Bintang, Jalan P Ramlee dan beberapa kawasan di Ampang terutama Bukit Belacan dan Lembah Jaya dinaiki air sehingga ke paras pinggang akibat hujan lebat tanpa henti sehingga jam 9 malam tadi.

SESAK...kenderaan yang terkandas di Jalan Tun Razak.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, antara jalan yang terjejas teruk dalam kejadian banjir kilat ialah Jalan Travers, Jalan Bangsar-Mahameru, Jalan Silang manakala beberapa kawasan di Ampang termasuk Desa Pahlawan, Hiliran Ampang serta jalan Hulu Langat dinaiki air sehingga ke paras lutut.

Menurutnya, sebuah kereta dan motosikal terbabit kemalangan sebelum terhumban ke dalam longkang di hadapan Balai Polis Travers, bagaimanapun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku kerana kedua-dua pemandu dan penunggang motosikal diselamatkan.

Katanya, pihaknya sudah menghantar skuad bantuan ke semua kawasan termasuk meminta bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memutuskan bekalan elektrik di kawasan yang mengalami kejadian pokok tumbang seperti Jalan Silang bagi memudahkan proses pembersihan kawasan dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, hujan lebat di ibu kota menyebabkan Jalan Sultan Ismail ditutup kepada kenderaan ringan, namun kembali dibuka sepenuhnya mulai jam 10 malam tadi.

Beliau berkata, empat jalan utama mengalami kesesakan teruk sejak petang semalam iaitu Jalan Raja Chulan, Jalan Naga Sari, Jalan Dato’ Onn dan Jalan Sultan Ismail.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya sudah menggerakkan semua jentera bomba di kawasan terjejas teruk untuk menyalurkan bantuan bagaimanapun, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian terbabit. -hm


Kredit Foto: NST, BH & HM

Inilah Bukti Baawa Datuk Shamsubahrin Tidak Menipu Suami DS Shahrizat Jalil... Apa Episod Seterusnya?


PUTRAJAYA: Datuk Shamsubahrin Ismail pada Rabu telah menyerahkan telefon bimbitnya termasuk transkrip teks sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuktikan yang beliau tidak menipu Pengerusi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagaimana yang didakwa.

“Memang saya tidak bersalah. Sebab itulah saya datang ke sini (SPRM) untuk menyerahkan bukti bahawa saya tidak pernah menipu Datuk Salleh,” katanya kepada para pemberita ketika ditemui di luar bangunan Ibu Pejabat SPRM di sini.

Peguam Shamsubahrin, N. Surendran kemudiannya memberitahu pemberita, bukti yang diserahkan kepada SPRM adalah berkaitan dakwaan kononnya anak guam beliau terlibat dalam percubaan untuk merasuah anggota polis.

“Transkrip SMS itu akan membuktikan bahawa sebenarnya beberapa orang penting dalam NFCorp yang sebenarnya cuba merasuah anggota polis supaya kes tersebut dalam ditutup...,” kata peguam itu lagi.

Surendran yang juga naib presiden PKR berkata, bukti yang diserahkan oleh anak guamnya itu adalah satu bukti yang sangat kukuh dan boleh membuktikan juga yang dia tidak bersalah.

Pertemuan antara Shamsubahrin dengan pegawai-pegawai SPRM berlangsung selama lebih sejam dan perbualan mereka dirakamkan melalui perakam video.
Shamsubahrin telah didakwa Disember lepas kerana cuba menipu Mohamad Salleh, yang juga merupakan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebanyak RM1.76 juta.

Kesnya akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen 4 April depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.