Popular Sungguh Dia Nie Ada Lebih 20 Juta Pengikutnya Di Twitter.. Presiden Amerika Pun Takleh Lawan Inikan Pula PM Hj Najib.. Jom Terjah!!!

lady gaga

LOS ANGELES – Penyanyi terkenal, Lady Gaga menjadi orang pertama di dunia memiliki lebih 20 juta pengikut di Twitter.

Dia mempunyai 20.12 juta pengikut pada hari Isnin lalu dalam akaun Twitternya, @ladygaga.

Penyanyi remaja, Justin Bieber berada di tempat kedua dengan 18.11 juta pengikut menerusi akaunnya, @justinbieber.

Seorang lagi penyanyi terkenal, Katy Perry berada di belakang Bieber dengan mempunyai 15.75 juta pengikut.

Penyanyi terkenal, Shakira berada di belakang Perry dengan 14.56 juta pengikut dan diikuti penyanyi kelahiran Barbados, Rihanna dengan 14.49 juta pengikut.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kelapan dengan 12.84 juta pengikutnya menerusi akaunnya, @barackobama

– AFP

Kejinya Ibu Ini Sanggup Rakam Aksi Anak Perempuannya Berusia 11 Tahun Dirogol Teman Lelaki Sendiri, Apa Pandangan Anda???


SHAH ALAM - Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu.

Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44.

Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.

Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang telah insaf dan menyesal.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan.

"Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum ini," katanya.

Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh.

"Setiap hari, mangsa akan tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak menyelamatkannya (dari kejadian rogol). Hanya disebabkan oleh nafsu kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya. Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak emosi," katanya.

Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya.

Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah sempena hari lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan terkutuk lelaki itu.

Isu Lynas - Nampak Dah Mereka2 Ni Semakin Bangang : Negara Mana Nak Terima Sisa Buangan Nadir Bumi Nie???

Syarikat perlombongan nadir bumi Lynas (M) Sdn Bhd bersetuju untuk menghantar ke luar negara bahan buangan dari kilang memproses bahan itu yang terletak di Gebeng dekat sini. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Lynas telah menghantar surat jaminan kepada kerajaan sebagai mematuhi sebahagian syarat yang dikenakan kepada syarikat itu ketika mereka menerima lesen beroperasi sementara dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) baru-baru ini.

Ini lawak bangang apa lagi ni yang nak dihidangkan kepada rakyat, negara mana lak nak terima sisa kilang ni, ni la lawak ngeri yang cuba dimainkan kepada rakyat. sebangang2 mana pun pemimpin negara miskin pun tak mungkin akan menerima risiko untuk menjahanamkan negara dia.

Sebelum ni kita telah lihat bagaimana kutu-kutu gila ni kata nak buang kat tempat yang jauh dari penempatan orang sekarang nak buang kat luar negara lak tetiba je nampak sangat dah kehabisan idea, lepas ni kalau menang mula wat cerita baru, kos buang keluar negara tinggi sangat,  tak ada negara yang nak terima la, last sekali buang juaga kat dalam sungai atau kebun. ini tektik lama yang biasa la beb.


Yang gua cukup heran siapa sebenarnya kat belakang Lynas ni, beria2 sangat kerajaan pertahankan syarikat ni,   mesti ada hal ni. Apa duk kalut ni. stop je la projek ni kan habis cerita, kalau kata perjanjian dah dibuat untuk projek ni batalkan je la, siapa suruh gatal2 pada mulanya bersetuju untuk buat kilang ni, kenapa tak fikir sentimen perasaan rakyat. nampak sangat selogan rakyat didahulukan hanya retorik, saja2 je nak perbodohkan rakyat

*************************************************************
[UNTUK YANG FAHAM MATEMATIK MUDAH SAHAJA!]
Hebat berita ini. Mereka yang taksub kepada projek Lynas dan penyokong neo-kolonialisme ekonomi pasti bersorak gembira mendengar berita ini. Berita yang dimaksudkan seperti keratan di bawah:

Berita ini menyebut, PM akan letak sisa Lynas ke lokasi jauh dari manusia. Agaknya, dekat mana lokasi di Malaysia yang jauh dari manusia?

Ah ha! Yong dah jumpa! Di Sabah atau di Sarawak! Apa yang ada di sana? Lihat gambar:

SISA LYNAS HENDAK DIBUANG DISINI?

Di hutan Sabah dan Sarawak cuma ada orang utan, gajah dan anaconda (adik beradik dia). Di dalam hutan Sabah dan Sarawak juga cuma ada orang asal (contohnya Penan). Demer ni pun bukan pergi mengundi. Bukan menguntungkan BN. Apa BN nak kisah, kan? kan?

Jangan marah dulu! Cuba baca pulak dengan teliti fakta dalam jadual berikut:
JADUAL 1: PERBEZAAN SOSIO-GEOGRAFI CHINA, AUSTRALIA DAN MALAYSIA
Cuba bandingkan ANGKA2 yang ada dalam jadual di atas. Sengaja Yong pilih tiga negara yang relevan dalam kes yang dibentang.

Keluasan tanah China adalah 29 kali keluasan Malaysia. 9596,960 / 329,758 = 29.10304.

Keluasan tanah Australian adalah 23 kali keluasan Malaysia. 7692024 / 329,758 =23.32627.

Bagi yang tak faham matematik, Yong sertakan peta China, Australia dan Malaysia. Tengok sendiri besar mana negara2 tersebut. Jangan jadi bangang macam budak2 songkok tinggi Pulau Pinang.
PETA ASIA TIMUR
Keluasan gurun di Cina adalah 1,247,604 km persegi, iaitu 13% daripada keseluruhan tanah China. Bagi kedua2 negara ini keluasan gurun mereka adalah 3 kali ganda keluasan tanah Malaysia. Australia dengan keras tidak mahu sisa Lynas dibawa pulang ke negara tersebut, walaupun ada gurun yang luas dan bilangan penduduk yang sedikit. Kenapa agaknya ya? Sudah tentu kerana mereka sedar tentang kesan radioaktifnya. China pulak menutup beberapa operasi melombong dan memeroses nadir bumi, kerana masalah pencemaran alam sekitar. Malaysia pula hendak mencampakkan sisa Lynas ke mana?

INI RUPA GURUN DI CHINA

Malaysia tidak ada gurun. Yang ada cuma GURUN Kedah.
Jangan mengaji tinggi sampai PhD, tapi bangang.

http://yongsukakuning.blogspot.com/2012/03/sisa-lynas-buang-di-gurun-untuk-yang.html

Pendedahan!!! Exco Kedah Nafi MB Beri Kontrak Kepada Umno

ALOR SETAR: Dua Exco Kerajaan Negeri Kedah menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkeras mahu memberikan kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat yang mempunyai hubung kait dengan Umno.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Kedah, Abd Ghani Ahmad berkata, dakwaan berkenaan tidak benar kerana Azizan tidak pernah berbuat demikian.

"Pemberi projek mesti melalui tender terbuka dan semua syarikat tidak kira dimiliki oleh sesiapa pun boleh dipertimbangkan sekiranya memenuhi kriteria," katanya kepada The Star ketika dihubungi pada Selasa bagi mengulas mengenai laporan berita berkenaan.

Menerusi laporan itu mengatakan bahawa krisis di Kedah berpunca daripada keputusan Azizan yang mahu memberikan kontrak tersebut kepada syarikat terbabit.

Dinyatakan bahawa maklumat berkenaan disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi, iaitu salah seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menolak untuk dilantik semula sebagai exco.

Sementara itu Datuk Amiruddin Hamzah yang kini memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan berkata setakat ini tidak ada kontrak pembinaan jalan di Kedah bernilai RM600 juta seperti yang didakwa.

Namun beliau percaya kemungkinan laporan berkenaan sebenarnya merujuk kepada kontrak bernilai RM60 juta bagi memperbaiki jalan di Kedah untuk tempoh setahun.

Bagaimanapun Phahrolrazi enggan mengulas mengenai laporan portal berita berkenaan sementara Azizan gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.