Menteri Ni Dah Bagi "Warning" Kepada BERSIH 3.0...

Peserta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Pakatan (BERSIH) akan berdepan dengan tindakan jika mereka sekali lagi turun ke jalanan dan mengadakan himpunan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

NONE"Kalau ada yang turun lagi ke jalanan, mereka akan berdepan dengan tindakan undang-undang," kata Nazri pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan Selasa lalu yang  mengumumkan bahawa NGO itu tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Mengapa MB Ku Buat Kejutan Lagi Di Negeri Kedah Darul Aman Tercinta???


KUALA LUMPUR, 18 Jan: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata seorang pemimpin yang berintegriti sehingga menjadikan pendapatan negeri itu meningkat berkali ganda berbanding semasa Kedah berada di bawah BN dulu.

Disebabkan kebolehan dan kejujuran Azizan dalam mentadbir negeri, hasil balak di Kedah sahaja mencatatkan keuntungan berkali ganda, apabila ia ditangani dengan baik, sejajar dengan amanah yang diserahkan kepadanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Azizan seorang ustaz yang diragui kebolehannya untuk menjadi pemimpin oleh sesetengah pihak khususnya Umno BN, tetapi beliau kini ternyata seorang yang berkebolehan dan berintegriti.
 
Menurutnya, setelah Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, semua pihak telah tahu hasil balak di Kedah telah meningkat sehingga menyebabkan semua pihak tertanya-tanya ke mana perginya hasil balak semasa BN memerintah Kedah dulu.

"Semasa Umno BN perintah Kedah dulu, nampaknya balak dinilai dengan harga RM1,000 untuk satu ekar, tetapi setelah Datuk Seri Azizan menjadi menteri besar, satu ekar balak dinilai dengan harga RM19,000.

"Keluasannya sama, jadi mana perginya RM18,000 lagi semasa Umno BN memerintah Kedah dulu?" tanya beliau sinis sebagai mengulas perkembangan memberangsangkan bagi ekonomi Kedah setelah berada di bawah pemerintahan PAS atau Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, dengan perkembangan yang memerangsangkan itu, kini semua pihak boleh menilai betapa berbezanya sesebuah kerajaan itu apabila ia dipimpin oleh seseorang yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan bersikap jujur, berbanding mereka yang dikatakan bijak dalam memimpin tetapi tidak jujur, penuh rasuah dan sering melakukan penyalahgunaan kuasa.

Ketika berucap pada acara Ucapan Penggulungan Pimpinan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar, Kedah, Sabtu lalu, beliau turut menyebut perkara itu dan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 2,000 perwakilan.

Katanya, dengan peningkatan hasil negeri yang sedemikian tinggi, Azizan ternyata telah berkemampuan mematikan dakwaan tidak berasas pihak-pihak tertentu selama ini yang kononnya golongan agama, ustaz atau ulama tidak boleh menjadi pemimpin kerajaan.


"Malah dengan peningkatan hasil negeri setelah Kedah berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan, rakyat Kedah ternyata turut berbangga kerana akan dapat dibela dengan lebih menyeluruh berbanding semasa Kedah berada di bawah BN dulu yang hanya memberikan bantuan kepada kroni-kroni pemimpin parti itu sahaja," tegasnya yang juga Ketua Umum PKR.

Manakala dalam satu kenyataan, Datuk Seri Azizan berkata, Kerajaan Kedah di bawah Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan hasil balak hampir 205 peratus berbanding hasil yang dikutip oleh BN semasa pemerintahan mereka sebelum ini.




Harakahdaily pada 3 Januari lalu melaporkan Azizan berkata, pencapaian memberansangkan itu berlaku hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya memberi pulangan menggalakkan kepada negeri.

"Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu.

"Namun begitu pada tahun 2010 hasilnya premium balak berjaya mencecah sehingga RM50 juta," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Beliau berkata, hasil ketelusan dan sistem tender terbuka yang menjadi polisi kepada Kerajaan Kedah turut membuktikan bahawa gejala rasuah dan kronisme dapat dielakkan.

Sebelum ini Ketua Audit Negara telah melaporkan Kedah berjaya meningkatkan pendapatan dari hasil balak sebanyak 205 peratus pada tahun 2010 jika dibandingkan dengan tahun sebelum 2008 semasa pemerintahan BN dengan mendapat pulangan dalam lingkungan RM8 juta sahaja.

Gambar2 Angkat Sumpah!! Akhirnya Jawatan EXCO Agama Selangor Terjawab... Bukan Pesuruhjaya PAS Selangor Yang Dilantik, Tapi....

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/400911_10150532516903901_38012338900_8792568_753099611_n.jpg

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/405818_10150532495468901_38012338900_8792540_1044002532_n.jpg
ADUN Sijangkang YB Dr. Yunus Ahmad Hairi mengangkat sumpah sebagai Ahli Exco yang baharu di hadapan DYMM Sultan Selangor di Istana Kayangan pagi ini.


SHAH ALAM, 18 Jan: Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.

Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana
Bukit Kayangan, Shah Alam.


Turut berada di majlis ini adalah Adun Meru Dr Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan pimpinan kerajaan negeri yang lain.


Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali. Di bawah portfolio ini, Dr Ahmad Yunus banyak membantu Halimah dalam urusan Briged Amal, Gems dan lain-lain projek di bawah Exco ini.

Dr Yunus juga menjaga urusan belia negeri Selangor yang portfolionya dipegang oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.

Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor berdasarkan kouta kerusi ini adalah milik PAS.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi.

Dalam pilihan raya umum 2004, Abdul Fatah mengalahkan Dr Ahmad Yunus di kerusi Dun yang sama.

Perawakan
Dr Ahmad Yunus berperawakan lemah lembut namun tegas dan mengutamakan perkhidmatan kepada masyarakat.

(Gambar: Dr Ahmad Yunus menerima watikah perlantikan dari Tuanku Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan.)

Semasa menjadi Pembantu Exco kepada Dr Halimah, beliau banyak melibatkan diri dalam pembangunan belia.

Ketegasannya boleh dilihat melalui tindakannya menyaman Datuk Abdul Fatah Iskandar yang didakwanya memfitnah beliau melalui Berita Harian beberapa hari menjelang pilihan raya umum tahun 2004 lalu.

Ekoran itu, Mahkamah Sesyen Klang merekodkan persetujuan Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepadanya.

Persetujuan itu direkodkan oleh pihak yang terlibat iaitu Dr Ahmad Yunus sebagai plaintif melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin dan para defendan iaitu Datuk Abdul Fatah Haji Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press (Malaysia) Berhad.

DS Anwar Beri Tempoh 48 Jam Kepada Utusan Malaysia Tuntut Utusan Tarik Balik Laporan Palsu Dan Mohon Maaf Perlu Siarkan Di Muka Depan, Jika Utusan Gagal Penuhi, Gantirugi RM50juta Bakal Dituntut..

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ketua pembangkang itu “menghalalkan homoseksual” dalam terbitan hari ini.
Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.
Hasan berkata pendirian Anwar tersebut bukanlah baru kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Ketua Umum PKR itu.
Justeru beliau menggesa rakyat menolak perjuangan  Anwar kerana  kegiatan tidak bermoral  itu jika  dihalalkan  boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan  dalam masyarakat serta kekacauan  dalam negara.
Menurut Naib Presiden PKR N. Surendran (gambar), laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia itu berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik.
Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguanUtusan Malaysia baru-baru ini mendakwa  Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan ketua pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.
Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.
“Laporan-laporan yang disiarkan itu adalah fitnah, tidak benar, bermotifkan politik dan menunjukkan etika kewartawan yang rendah,” kata Surendran yang juga peguam Anwar.
Jelas peguam hak asasi ini, semasa temubual bersama BBC Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”
“Ini jelas menunjukkan apa yang dilaporkan Utusan Malaysia tidak benar,” katanya.
Dalam pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada pengurusan Utusan Malaysia, Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam untuk melaksanakan tuntutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Anwar menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.
Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.