Kontroversi Penyanyi Popular Indonesia, Kris Dayanti Hamil Sebelum Nikah, Kini Telah Bersalin Secara Pembedahan

PENYANYI popular Indonesia, Kris Dayanti, 36, selamat melahirkan seorang bayi perempuan, Amora Arianna Lemos melalui pembedahan pada pukul 3.21 petang (waktu Malaysia) di Rumah Sakit Mitra, Jakarta.

Ini merupakan anak pertama hasil perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Raul Lemos. Mereka berkahwin pada bulan Mac lalu.

Difahamkan, Raul amat lega kerana isteri dan anaknya itu melalui proses kelahiran dengan selamat.

Malah, Raul turut berkongsi kegembiraannya kepada semua dengan menghantar gambar anaknya sendiri kepada pihak media yang berada di hospital tersebut.

Sebelum ini, Kris telah pun memiliki seramai dua orang anak iaitu Titania Aurelie Hermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Anang.

KD mencetuskan kontroversi sebelum ini kerana membuat pengakuan berani yang dia telah hamil sebelum bernikah.

Heboh Giler!!! Ally Iskandar Merisik Student Korea... Ayunya Wajah Budak Nie....

Khabar angin bertiup kencang mendakwa pengacara TV popular Ally Iskandar telah mendapat pengganti kekasih hatinya yang telah terputus. Malah baru-baru ini, dia juga dikatakan telah pergi merisik seorang gadis manis yang berasal dari Terengganu.

Menurut sumber gosip tersebut, gadis Terengganu yang dinyatakan itu adalah seorang pelajar yang pernah belajar di Korea. Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada beliau sudah tamat belajar atau belum.

Ketika majlis merisik tersebut, sayugia dinyatakan olehnya... Ally dilihat memakai baju Melayu warna putih purple cream. Disebabkan itu, ramai yang berteka-teki mengatakan bahawa gadis tersebut kemungkinan adalah Farah Lee, memandangkan mereka berdua pernah bergambar bersama.

Lebih menguatkan dakwaan, latar belakang sekeping gambar Ally yang berada di rumah gadis tersebut sama dengan latar belakang rumah Farah. Benarkah begitu? Jawapannya, hanya Ally sahaja yang mampu mengetengahkan rahsia tersebut..!!

Sedikit mengenai Farah Lee -
Birthday: March 12, 1989
About: Live for Allah. Die for Allah
Description: A Caliph of Allah. An ummah of Rasullullah. A Da'ie. A third year Mechanical Engineering student in South Korea.
General Information: I am pleased with.. Allah as my Lord, Islam as my religion, Muhammad as my Prophet.

Sedikit mengenai Ally Iskandar -
Nama penuh: Ally Iskandar Mohd Mardzi
Pekerjaan: Pengacara dan penerbit TV3
Info: Dilahirkan pada 13 Januari 1976 di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Gong Badak,Kuala Terengganu serta menetap di Petaling Jaya, Selangor. Merupakan anak kedua daripada 7 orang adik beradik. Memegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat



Klik untuk imej besar...





Farah... amat menyukai kanak-kanak...







Gambar atas: Latar belakang merah jambu dan tikar getah (anak panah) yang didakwa sama dengan latar belakang dalam gambar Ally merisik (gambar bawah)...


Bila Mana Mat Sabu Dipijak-pijak Gambarnya Oleh Geng Gerombolan


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu sekitar peristiwa Bukit Kepong dan sejarah prakemerdekaan. Dengan sinis, Mohamad berkata beliau tidak menolak pelawaan itu sebaliknya kedua-dua sayap PAS dan Umno itu lebih sesuai berbuat demikian. "Saya tidak tolak (berdebat). (Tetapi) biar Pemuda dengan Pemuda (berdebat) kerana mereka layak," katanya lagi.

Menurutnya, Pemuda PAS Johor 'layak' berdepan Khairy kerana peristiwa serangan yang diketuai bekas pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) Muhammad Indera itu berlaku di balai polis Bukit Kepong, di negeri itu.
"Saya serah kepada Pemuda PAS. Dia (Khairy) seorang yang bijak dan saya hormati. Biar dia berdepan dengan Pemuda PAS," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.