Akhirnya SPRM Terima Afidavit Bala Setelah Puas Berdalih

Oleh Sidiqin Omar

PUTRAJAYA 23 Julai - Setelah drama yang dimainkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Jaya yang membatalkan sesi mengambil keterangan dari bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam di London awal Julai lalu, akhirnya agensi kontroversi tersebut terpaksa akur dan menerima respons kepada 52 soalan yang dikemukakan kepada Bala berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Semalam tiga peguam kepada Bala - Americk Sidhu, Manjeet Singh Dhillon dan Amerjit Singh - tiba di SPRM kira-kira pukul 2.45 petang dengan diiringi seorang pengawal peribadi untuk menyerahkan afidavit tersebut yang telah diakui dihadapan notari di London dan di bawa pulang oleh Manjeet malam Isnin lalu.

Americk bersama dua orang rakannya dilihat keluar daripada ibu pejabat SPRM hampir sejam kemudian.

"Kita telah hantar dokumen berkenaan dan mereka telah pun menerimanya. Ia merupakan satu pertemuan yang santai dan mereka kelihatan sangat berminat dan memaklumkan kepada kami bahawa mereka akan memberikan komitmen untuk menyelesaikan kes tersebut dengan secepat mungkin," kata Americk yang ditemui di perkarangan ibu pejabat SPRM.

Dokumen tersebut merupakan jawapan dalam bentuk afidavit kepada soalan yang dikemukakan kepada Bala yang dihantar melalui perkhidmatan kurier, selepas SPRM membatalkan rancangannya untuk ke London bagi menyiasat secara langsung penyiasat persendirian yang dijadual pada 5 hingga 7 Julai lalu.

Americk berkata semua saksi berkaitan kes tersebut telah disoal siasat, dan Bala merupakan saksi yang terakhir.
Beliau menjelaskan afidavit ini tidak ada kaitan dengan perjalanan kes siasatan komisyen pembelian kapal selam Scorpene di Perancis, tetapi pada masa yang sama mampu membantu SPRM dalam penyiasatan kes berkenaan.

"Kita ambil masa tiga hari untuk jawab soalan itu. Ia telah dijawab dan kita bahkan memberikan sedikit maklumat tambahan, berkenaan bayaran kepada Balasubramaniam," tambah Americk tanpa memberi butiran.

Ketika ditanya sama ada beliau akan dipanggil semula oleh SPRM bagi membantu perjalanan siasatan, Americk berkata kemungkinan susulan dari jawapan yang diberikan, Bala akan dihubungi melaluinya untuk memberikan butiran lanjut.

"Sebelum ini pun, SPRM ada menyimpan dokumen dan maklumat dari keterangan Bala, jadi ia terpulang kepada SPRM untuk tindakan lanjut. Kita tunggu dan lihat," kata Americk.

Ditanya samada Bala akan kembali ke Malaysia, Americk tidak menolak kemungkinan tersebut, namun anak guam beliau akan hanya kembali sekiranya keselamatan diri dan keluarganya terjamin.

Azmin Ali: Idea Parti Baru Cermin Ibrahim Ali Kolot 'Seperti Katak Bawah Tempurung'

KUALA LUMPUR, 23 Julai — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali seperti “katak di bawah tempurung” kerana masih mempunyai pemikiran yang ketinggalan zaman.

Dengan merujuk kepada idea terbaru Perkasa semalam agar Umno dan PAS dibubarkan lalu ditubuhkan parti baru, Azmin memberitahu, Ibrahim masih lagi mengamalkan pemikiran dan pendekatan yang kolot dan ketinggalan zaman.

“Saya kesal dengan kenyataan Ibrahim kerana saya lihat sebagai pemimpin beliau masih mempunyai pemikiran dan pendekatan yang kolot seperti pepatah Melayu ‘katak di bawah tempurung’.

“Saya tidak sangka masih ada pemimpin Melayu yang sikap perkaumannya masih lagi menebal sedangkan dunia sekarang sudah maju ke depan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sepatutnya sebagai seorang pemimpin kata Azmin, beliau perlu keluar daripada kotak pemikiran lama dan memikirkan cara untuk maju ke depan bukannya dengan berpegang kepada amalan perkauman seperti dahulu.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Ibrahim yang mengatakan sebuah parti Melayu yang baru perlu ditubuhkan sebagai pilihan terakhir jika kesemua usaha untuk menyatukan kerjasama PAS dan Umno gagal.

Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas ini berkata, parti baru ini seharusnya mengadaptasikan objektif kedua-dua PAS dan Umno.

“Saya tahu idea ini sesuatu yang provokatif, tetapi perlembagaan untuk satu parti Melayu yang baru, yang menggabungkan matlamat PAS dan Umno boleh dirangka oleh sebuah jawatankuasa pemandu,” kata Ibrahim.

Kata Ibrahim, ia adalah mekanisme menjaga air muka, sekali gus mengelakkan persoalan sama ada PAS harus menyertai Barisan ataupun sebaliknya tidak timbul sama sekali.

“Bubarkan PAS, bubarkan Umno dan semua sertai parti baru,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Perkasa semalam.

Azmin berkata apa yang diperlukan rakyat bukan sebuah parti yang bersifat perkauman tapi adalah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan Bumiputera.

“Parti politik pelbagai kaum ini akan memperjuangkan dasar negara dengan adil kepada semua rakyat Malaysia dan pada masa mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang negara selama ini.

“Apa guna sebuah parti Melayu sekiranya pemimpin di dalamnya bergelumang dengan rasuah, penyelewengan, tidak menghormati hak asasi manusia da sebagainya,” katanya.

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini berkata rakyat sebenarnya mahu melihat pemimpin Melayu maju ke depan dengan mengamalkan prinsip-prinsip keadilan dan memartabatkan orang Melayu itu sendiri.

“Ini yang rakyat mahu lihat bukan seperti Perkasa yang dilihat seolah-olah gagal untuk meyakinkan orang Melayu tentang perjuangan mereka,” katanya.

Perkasa datang dengan idea ini ketika Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mahu Umno dan PAS mengambil langkah membincangkan kerjasama perpaduan.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak yakin bahawa pemimpin PAS mempunyai kebijaksanaan yang tinggi untuk menilai propaganda dan sandiwara yang dimainkan Umno.

“Saya yakin pemimpin PAS yang dipimpin Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan terperangkap dengan apa jua propaganda dimainkan Umno,” katanya.

-TMI

Isteri Sah Tentera berkahwin Lagi Satu Dengan Lelaki 17 Tahun, Palsukan Dokumen Disiasat

ALOR SETAR: Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) akan menyiasat dakwaan bekas tentera, Mohd Zaini Abdul Hamid yang mengaku masih suami sah kepada seorang wanita yang mendakwa sudah berkahwin dengan remaja berusia 17 tahun.

Pembantu Ketua Unit Penguat kuasa Jaik, Mat Nasir Md Dali, berkata pihaknya menerima maklumat pengadu yang enggan dikenali mengenai kes khalwat sepasang kekasih.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat itu, enam anggota penguat kuasa Jaik menyerbu sebuah rumah di Pokok Sena kira-kira jam 1.40 pagi pada 15 Julai lalu.

“Hasil pemeriksaan, kami mendapati seorang wanita berusia 26 tahun bersama seorang lelaki berusia 17 tahun di rumah berkenaan. Siasatan turut menemui seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipercayai anak wanita berkenaan.

“Wanita itu mendakwa sudah berkahwin dengan lelaki itu sambil menunjukkan sijil nikah dikeluarkan di selatan Thailand,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mat Nasir, pihaknya menahan pasangan terbabit dan kanak-kanak berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Pokok Sena untuk membuat laporan kes khalwat sebelum dibawa ke pejabat Jaik untuk siasatan lanjut.

“Wanita itu mendakwa sudah bercerai, tetapi apabila kami memintanya menunjukkan surat cerai, dia memberi alasan sijil itu hilang. Kami percaya wanita terbabit memalsukan maklumat pernikahan dikeluarkan di negara jiran,” katanya.

Program Mesra Rakyat di Daerah Bandar Bharu Bersama MB Kedah


Semalam kami wakil rakyat dari Negeri Kedah telah berkampong di Serdang bersama-sama dengan YAB MB dalam program Mesra Rakyat di daerah Bandar Bharu, kawasan Baling selatan di Kedah sempadan Perak dan Pulau Pinang.

Program bermula dengan peresmian oleh MB serta penyerahan geran tanah kepada pemohon yang telah lama memohon disamping penyampaian skim kafalah kepada mereka yang telah kehilangan ahli keluarga didalam daerah tersebut.


Apa yang menariknya adalah skim yang mula diperkenalkan pada tahun ini telah menyumbangkan sebanyak RM 900 ribu setakat ini meliputi seluruh rakyat yang berpendapatan kurang dari RM 720 sebulan atau perkapita RM 180 ringgit sebulan.

Tahun ini sahaja kerajaan Kedah telah memperuntukan sebanyak RM4 juta untuk skim kafalah ini.

Selepas majlis peresmian, program lawatan ke penternakan ikan kelisa ( arowana) di Sungai Tengas bersama MB.

Cukup menarik mendengar penerangan dari pengusaha tersebut yang mendapat tunjuk ajar daripada Jabatan Pertanian, segala teknik dan cara memelihara ikan arowana ini memerlukan penjagaan rapi kerana harganya yang agak mahal bagi arowana gold ,tetapi agak mampu dibeli bagi arowana silver. Harga bagi Gold boleh mencecah RM 2000 seekor dan bagi Silver hanya belasan ringgit sahaja.

Mengikut kiraan beliau, anggaran perolehan bagi satu kolam untuk gold boleh mencecah sejuta ringgit, tetapi modal juga besar, mungkin mencapai RM 500 ribu satu kolam.

Di sebelah petang kami dibahagkan kepada 4 kelompok mengikut mukim dan masing-masing akan mengikuti program di kampong yang dipilih, selepas satu majlis dialog yang diadakan di Dewan Sri Serdang bagi kumpulan ana bersama YB Ustazah Aishah Ghazali (EXCO Kebajikan dan Pembangunan Wanita). Apa yang menarik diberitahu semalam adalah kerajaaan negeri telah menaikkan bantuan kebajikan kebada warga yang memerlukan sebanyak RM2 juta lagi pada tahun ini menjadikan jumlah semua ialah RM16 juta berbanding 14 juta pada tahun lepas di samping RM4 juta untuk skim kafalah menjadikan kesemuanya RM20 juta pada tahun 2010 ini.

Sebelum bertolak ke kampong melihat usahawan kecil dan sederhana, beliau sudi memberikan bantuan kepada warga daif didewan tersebut.

Antara yang kami lawati pada petang semalam adalah Noor Daq Farm and Trading dan Ala Flinstone kreatif, apa yang menariknya adalah mereka ini adalah usahawan muda Melayu.

- Dari Blog MP Pendang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.