PKWR Alor Mengkudu: EXCO Sendiri Berikan Rawatan Kesihatan Percuma Pada Setiap Jumaat



Rawatan Kesihatan Percuma yang diberikan oleh YB. Dr. Ismail Salleh di PKWR Alor Mengkudu pada hari Khamis, kini dipindahkan pada setiap hari Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

Perubahan itu terpaksa dibuat memandangkan selaku Exco Kerajaan Negeri Kedah YB Dr Ismail seringkali mempunyai program rasmi kerajaan pada hari Khamis. Apabila bertembung dengan program rasmi kerajaan atau NGO, maka program rawatan terpaksa ditiadakan pada hari tersebut.

"Setelah berbincang dengan PKWR, saya membuat keputusan untuk memindahkan program rawatan ke hari Jumaat kerana ia adalah hari cuti mingguan," ujar YB. Dr. Ismail.

Pensyarah: Saya Dijemput Temui PM, Tapi Tak Sertai Umno

Hosni menafikan laporan dia merupakan antara 40 ulama muda menyertai Umno Jumaat lalu.

SHAH ALAM, 2 Julai — Seorang ulama muda, Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, yang mendakwa dirinya “diperdaya” agar memasuki Umno minggu lalu menegaskan, dia tidak pernah mengisi borang menyertai parti tersebut sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

Bagaimanapun Hosni mengakui kehadirannya dalam program Jumaat yang berakhir dengan penyerahan borang adalah kerana diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu bertemu dengan mereka yang pernah belajar di Timur Tengah.

“Saya hadir ke program ini kerana diberitahu oleh seorang tokoh agama Umno bahawa Perdana Menteri mahu menemui pelajar-pelajar yang pernah belajar di Timur Tengah.

“Jadi apabila diberitahu begitu saya tanpa syak wasangka bersetuju untuk mengikut tokoh agama menghadiri program itu.

“Namun apabila sampai ke sana lain pula jadi apabila mendapati ramai wartawan dan jurukamera berada di situ sebelum dimaklumkan Perdana Menteri akan hadir untuk menerima borang keanggotaan Umno,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada program ceramah Ulama Muda Masuk Umno dekat sini.

Hosni, 27, mendakwa dia tidak pernah melihat dan mengisi sebarang borang keanggotaan Umno.

“Saya pegang borang pun tidak macam mana nak isi? Jadi bagaimana boleh kata saya masuk Umno?

“Lagipun saya memang tiada niat untuk masuk Umno... belajar agama tinggi nak masuk Umno buat apa?” kata pensyarah Maahad Tahfiz Integrasi Sains Teknologi Selangor itu.

Sambil menjelaskan dia juga bukan ahli PAS, Hosni berkata, dirinya menggunakan ceramah malam tadi untuk menjelaskan kedudukan dalam isu semasa ini.

Hosni berkata dia tidak mahu orang salah faham dengan apa yang berlaku Jumaat lalu.

Difahamkan selain Hosni terdapat tiga orang yang mendakwa diri mereka “diperdaya”.

Bagaimanapun dakwaan mereka telah dinafikan oleh bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan jurucakap kumpulan 40 ulama muda yang menyertai Umno.

Selasa lalu, jurucakap kumpulan 40 ulama itu, Fadlan Mohd Othman menafikan empat orang yang mendakwa diri mereka “diperdaya” untuk memasuki parti BN itu sebagai ahli kumpulan tersebut.

Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Najib sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Sehubungan itu, Fadlan berkata keempat-empat nama mereka yang mendakwa telah diperdaya memang tiada dalam senarai 40 borang yang dikemukakan kepada Najib.

“Nama mereka itu memang tiada dalam senarai saya, saya pun tidak kenal mereka... memang tidak ada.

“Saya sendiri tidak pernah jumpa mereka,” kata Fadlan.

Senarai 40 nama itu merupakan kumpulan pertama ulama menyertai Umno.

Dakwaan mereka diperdayakan muncul sehari selepas kumpulan 40 itu menyerahkan borang permohonan keahlian menyertai Umno.

Ketika mengulas lanjut, Hosni berkata dakwaan yang dikatakan dia dan tiga orang ulama muda itu tidak diundang adalah tidak benar sama sekali.

“Kalau saya tidak diundang saya tidak akan datang tapi ini diundang sebab itu saya datang.

“Selain itu ketika berada di sana Shahidan melayan saya dengan baik sekali, kalau tidak diundang kenapa tidak sahaja suruh kami pergi,” katanya.

Kerana Nafsu, Pasangan Kekasih Maut di Bahu Jalan

SAO PAULO 2 Julai - Pasangan kekasih yang memberhentikan kereta di bahu jalan untuk mengadakan hubungan seks maut selepas kereta itu dilanggar sebuah trak, kata polis.

Jurucakap polis, Liliane Nascimento berkata, ketika melalui jalan berkenaan, pemandu trak itu tidak dapat melihat kereta pasangan itu di bahu jalan kerana kabus tebal.

Kedua-dua pasangan itu mati serta-merta di tempat kejadian. - AP

Bekas Diplomat & Pensyarah, Abdullah Al-Asy’al mengutuk sikap Mesir terhadap HAMAS

Seorang bekas diplomat dan pensyarah dalam bidang sains politik di beberapa buah universiti Mesir, Abdullah al-Asy’al (gambar) mengkritik cara Mesir mengambil pendirian terhadap isu sekatan yang dikenakan ke atas Genting Gaza dan terhadap HAMAS yang memerintah genting tersebut.

Dalam kenyatan yang diberikan kepada al-Quds Press, beliau menegaskan Kaherah adalah rakan kongsi utama dalam sekatan terhadap Gaza. Ia adalah pihak yang memihak kepada Presiden Mahmud Abbas yang sentiasa menghalang daripada tercapainya apa sahaja perdamaian nasional. Beliau juga berkata: “Di Mesir, isu Gaza mempunyai dua sudut. Pertama pintu sempadan Rafah yang berhubung dengan sekatan yang dikenakan terhadap Genting Gaza, yang Mesir turut serta dalam menutup pintu sempadan tersebut. Dengan tindakan tersebut, Mesir menunjukkan keikhlasannya kepada Israel sekalipun pelbagai amaran telah diberikan. Dengan itu juga, Mesir mewujudkan pertelingkahan dengan HAMAS kerana Kaherah mengaitkan penutupan pintu sempadan itu dengan penjagaan kepentingannya.”

Beliau juga menolak kemungkinan perdamaian di antara HAMAS dan Fatah dengan berkata: “Pada pendapat saya, perdamaian antara HAMAS dan Fatah tidak akan berlaku. Perbezaan antara keduanya amat besar. Kedua-duanya mempunyai agenda sendiri. Agenda HAMAS berbentuk nasiolis Islam bagi membebaskan Palestin dan tidak mengiktiraf regim Zionis. Sementara Mahmud Abbas pula tidak akan kekal berkuasa melainkan dalam dakapan Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir
dipetik dari: Palestinkini.info
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.