BN jadi BENGONG bila PAS tahaluf dengan DAP

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu telah membuat kajian ketika menyertai BN sebelum ini dengan mengambil kira tindakan Nabi Muhammad SAW dalam membuat perjanjian dengan penduduk Yahudi Madinah.

Kontrak yang dikenali dengan nama Perjanjian Hudaibiah itu "lebih teruk kerana Nabi banyak beralah," kata menteri besar Kelantan itu ketika menyampaikan amanat di kongres Angkatan Muda Keadilan di Kota Bharu hari ini.

Namun, demi menjaga keselamatan, baginda tetap menyetujui perjanjian bertulis tersebut, kata Nik Abdul Aziz lagi.

"Kita berkongsi dulu dengan BN, (kita) dapat tubuh kerajaan. Dengan (Semangat) 46 dulu pun dapat buat kerajaan dan sekarang dalam Pakatan pun dapat buat kerajaan.

"Oleh itu gangguan yang dibuat oleh Melayu Umno terhadap PAS tentang unity government memang ada asas.

"Tapi BN jadi bengong bila kita tahaluf dengan DAP... Sedangkan DAP pun Cina, MCA pun Cina," katanya lagi.

Dalam ucapan ringkas selama kira-kira lima minit itu, beliau turut mengambil peluang mengkritik BN kerana sering menggunakan undang-undang ISA dalam memenangi persaingan politik.

"Tapi jangan marah, jangan guna ISA. Guna ISA ini tanda orang mati akal," katanya lagi.

Di Alor Setar Pukul 5.18pm Hari Ini: Pakat Semak Arah Kiblat Kita.. Betul Ka Tak...


Fenomena ISTIWA matahari adalah salah satu tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Ilahi. Fenomena ini juga dikenali Istiwa A'dzam (Istiwa Agung) terjadi apabila matahari berada tegak di atas Kaabah, iaitu tepat di titik Zenith semasa Istiwa (rembang / tengahari). Peristiwa ini berlaku dua kali dalam setahun (16 Julai 2010).

Pada ketika itu, bayang-bayang objek tegak yang terhasil di seluruh dunia akan membetuli arah kiblat, lantas memberi peluang kepada umat Islam menyemak arah kiblat dari tempat masing-masing. ikutilah panduan berikut untuk menentukan arah kiblat premis anda pada pukul 5.18 petang nanti.

1- pilih satu tempat yang hendak disemak arah kiblatnya dan pastikan ia tidak terlindung daripada sinaran matahari.
2- pacakkan satu tiang di kawasan itu dan pastikan ia tegak (90 darjah) dan lurus
3- pada waktu yang dinyatakan, tentukan arah bayang yang terhasil daripada tiang tersebut
4- arah kiblat anda adalah arah yang bertentangan dengan bayang yang terhasil daripada tiang itu.

TARIKH : 28 MEI 2010 ( 14 JAMADIL AKHIR 1431)
MASA : 5.18 petang

Anwar: Ada bukti kukuh wakil rakyat keluar ditawar RM2 juta

KOTA BARU, 28 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihaknya mempunyai bukti kukuh menunjukkan wakil-wakil rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat ditawar RM2 juta dan kontrak lumayan sebagai ganjaran.

“Kini kita telah memperoleh keterangan kukuh bahawa ahli Parlimen ditawar RM2 juta dan ada juga yang mendapat kontrak kerajaan berjuta ringgit nilainya,” kata Anwar (gambar)dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata selama ini acapkali “kita mendakwa wakil-wakil rakyat Pakatan yang “melompat” dan bersekongkol dengan Umno-BN di atas nama ‘wakil bebas mesra BN’ diberikan ganjaran wang dan kontrak.”

Katanya. Selama itulah mereka belum memberikan sebarang penafian tegas, sebaliknya berdolak dalih mengalih pandangan massa.

Bagaimanapun tegas Penasihat PKR itu, kini pihaknya sudah memperoleh bukti berkenaan.

Selasa lalu The Malaysian Insider memetik sumber daripada kalangan pemimpin parti itu melaporkan PKR bercadang untuk mendedahkan perkara itu dengan terperinci dalam Kongres Nasional Keenamnya bermula semulama.

Sejak awal tahun 2009, 10 orang masing-masing lima Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah keluar PKR dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Tanpa menyatakan bila maklumat itu diperolehi, Anwar berkata, bukti kukuh itu akan dimaklumkan dalam waktu terdekat.

“Maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat insha-Allah,” katanya.

Anwar akan menghadiri Kongres Nasional Keenam peringkat pusat yang bermula esok.

Bagaimanapun dalam kenyataan itu Anwar tidak menjelaskan sama ada pendedahan melibatkan Ahli Parlimen atau ADUN ataupun kedua-duanya sekali.

Beberapa pemimpin yang ditemui The Malaysian Insider awal minggu ini berkata mereka menunggu “lampu hijau” pucuk kepimpinan untuk membuat pendedahan ketika Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru.

“Kami mengarah ke sana, sekarang tunggu lampu hijau daripada (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, bila dan siapa yang perlu membuat pendedahan... kemungkinan ketika Kongres Nasional kali ini... sama ada Datuk Seri Anwar sendiri ataupun pemimpin kanan yang lain,” kata seorang pemimpin kanan parti itu, tetapi enggan namanya didedahkan atas alasan parti masih memikirkan strategi pendedahan.

Menurut pemimpin itu, pendedahan mereka akan memfokus terhadap lima Ahli Parlimen yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.

Kecuali Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang telah dipecat oleh PKR, empat lain mengumumkan keluar parti atas alasan kecewa dengan kepimpinan dalaman PKR dan juga Pakatan Rakyat.

Ketika sesi perbahasan di Parlimen pertengahan Mac lalu, lebih sebulan selepas keluar PKR, Ahli Parlimen Bayang Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli telah mendedahkan sedikit sebanyak gerak-geri Anwar termasuk rancangan 16 September 2008 mahu mengambil alih kerajaan pusat.

Tiga Ahli Parlimen lain ialah Bagan Serai, Nibong Tebal dan Wangs Maju.

Zulkifli pula mendedahkan isu berkaitan pembunuhan wanita Mongolia.

Zulkifli mendedahkan telah ditawarkan ganjaran lumayan untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lalu.

Ekoran pendedahan itu, Najib mengadakan pertemuan dengan kedua-dua mereka di Washington ketika lawatan ke Amerika Syarikat.

Tindakan Gila Samy Vellu Dipertikai Oleh Setiausaha MIC Sendiri...


PETALING JAYA 28 Mei — Setiausaha Agung MIC S. Murugesan menyertai kumpulan yang mempertikaikan Datuk Seri S. Samy Vellu yang telah menggunakan kuasa presiden untuk memecat empat pemimpin dalam dua minggu lalu.

“Kuasa presiden untuk memecat hanya harus digunakan sebagai langkah terakhir dan bukannya sebagai opsyen pertama,” kata beliau dilantik ke jawatan itu September lalu.

Beliau juga merupakan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang dilantik.

Bagaimanapun Murugesan enggan menyatakan sama ada beliau menyokong gesaan agar Samy Vellu juga perlu berundur segera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.