BN Kedah Akan Lancarkan Perang Saraf Baru dengan 'Tangan APCO'


Setelah psywar lompat dapat ditamatkan malam 22 Mei lalu, startegi baru UMNO/BN untuk melemahkan kerajaan dan membina persepsi buruk terhadap kerajaan Kedah akan memasuki fasa baru.

Kini, pemikir-pemikir UMNO/BN dari ibunegara telah dijemput memberikan idea dan strategi baru yang lebih efektif. Saya telah menulis perihal 'Tangan APCO Meraba Kedah' dalam posting yang lalu. daripada maklumat yang diterima hari ini, hal tersebut memang sudah dan sedang berjalan.

Siang tadi seorang Dato' Seri yang pernah menjadi Setiauaha Politik Perdana Menteri menelefon salah seorang EXCO dari PKR yang menyampaikan ceramah malam 22 Mei lalu untuk 'merisik' dan 'meraba'.

Akan datang satu 'grand design' dari BN/UMNO untuk menggoncang Kerajaan Kedah... dari segenap penjuru... sama seperti yang pernah dibuat di Kelantan 20 tahun dulu. Kalau waktu itu dikatakan Strategi Ghafar, Di Kedah akan dijalankan strategi APCO. Seluruh rakyat, pemimpin masyarakat, media, penulis, blogger, pemerhati di harap tidak melatah dan berjaga-jaga. Mungkin juga jarum yahudi itu masuk melalui penulisan, rungutan dan kritikan dan pendedahan kita tanpa kita sedari.

Untuk mengelak kita jadi talibarut grand design BN/UMNO, semua maklumat sewajarnya harus diteliti dengan cermat. Sebaiknya mendengar dan bertanya terus dengan tuan tubuh atau pihak yang terlibat. Mengkritik tidak salah, salahnya ialah bila kritikan itu menjadi fitnah!

Oleh: Bekas Calon DUN Belantik

Sekadar Ingat Mengingati: Jadikan Kita Yang Terbaik, Mari Berubah

MB KEDAH PERLU BUANG SIKAP EGOIS


oleh KedahLama

Pendedahan berani ADUN Kulim, YB Lim Soo Nee membuktikan bahawa pentadbiran Kerajaan Kedah yang diterajuim oleh PAS dikuasai oleh seorang sahaja, iaitu MB Kedah Ustaz Azizan Razak...Tindakan berani YB tersebut membuka mata banyak pihak terutama di Kedah bahawa cara kepimpinan MB Kedah banyak bersifat diktatorshio. MB Kedah dilihat teramat ego dan enggan menerima dan mendengar pandangan serta pendapat Exco dan ADUN-ADUN lain dalam Pakatan Rakyat.

Cara MB Kedah mengurus negeri nampak macam stabil dan tidak ada apa-apa yang bergolak. Tetapi hakikat sebenarnya, semua EXCO dan ADUN Pakatan Rakyat menyimpan rasa tidak puas hati yang terbuku sejak sekian lama di dalam hati. SIkap ego MB juga menjadikan terbitnya pelbagai spekulasi tentang lompat melompat ini. Sebagai ketuan kerajaan, sepatutnya setiap keputusan yang hendak dibuat perlulah dibuat dan dibincang secara musyawarah. Keputusan diambil adalah keputusan bersama. Perlu ada sikap memberi dan menerima. Kena terima pakai pandangan dan pendapat orang lain kerana ADUN semua adalah mewakili rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka melalui undi pilihanraya.

Pendedahan berani secara terbuka oleh YB Lim Soo Nee merupakan satu keputusan yang cukup bijak dan harus dipuji. Sepatutnya semua EXCO dan ADUN perlu ada sikap dan sifat sedemikian bagi memastikan perjalanan kerajaan negeri stabil dan telus.

Pada malam itu, saya sempat bertemu dengan beberapa orang rakan dari Kelab Penyokong PAS Kedah. Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan sikap dan perangai MB Kedah serta perangai EXCO Kanan Kedah, Ir Pharolradzi yang dilihat tidak profesional dan mengabaikan tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Mereka melihat EXCO Kanan ini kurang mengerti dan tahu tentang urusan pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri. Tidak tahu bidang tugas dan cara-cara menguruskan tugas sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai rakyat berbilang kaum.

Mereka memuji cara dan pendekatan yang dilakukan oleh ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa dan ADUN Tanjung Dawai, Dr Hamdan Mohd Khalib. Kedua-dua ADUN ini nampak lebnih terbuka, mesra rakyat dan menggunakan pendekatan secara profesional dalam menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat. Kaum Tionghua dan India amat kagum dengan kedua-dua ADUN ini yang sekaligus menjadi tunjang kekuatan dan sokongan bukan Islam kepada PAS....

Mereka juga mempertikaikan nama-nama berikut yang selalu mencampurin urusan Kerajaan Negeri, antaranya Che Had Dali, Cikgu Roslizan dan Sanusi.....semoga muhasabah dapat dilakukan segera bagi menghubah minda, perangai, sikap dan pendekatan kepada rakyat sebelum rakyat muak dengan sikap kita yang terlampau ghairah setelah menjadi Kerajaaan.

“Biar Tuhan mengadili Datuk Seri Samy Vellu" 2 CWC Dipecat - Cantasan Samy

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Datuk Seri S. Samy Vellu meneruskan tindakan mencantas penentangnya dengan memecat dua lagi pemimpin hari ini — kali ini membabitkan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang dipilih.

K.P. Samy dan G. Kumar Aamaan dikeluarkan surat pemecatan daripada Presiden MIC hari ini.

Dengan keputusan drastik itu, Samy Vellu yang menggunakan kuasa sebagai presiden untuk memecat mereka, empat orang telah dipecat dalam dua minggu ini.

Dua yang dipecat sebelum ini ialah Ketua MIC Bahagian Petaling Jaya Selatan V. Subramaniam atau lebih dikenali sebagai Bharat Maniam dan Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan.

Mugilan dipecat Khamis lalu.

Samy Vellu memecat Samy dan Kumar ketika Bharat Maniam membuat rayuan berhubung pemecatannya hari ini.

Mugilan juga memutuskan untuk membuat rayuan hari ini.

Ketika dihubungi 6 petang tadi, Samy mengesahkan menerima surat pemecatan.

“Saya baru sahaja menerima surat... saya dipecat atas alasan membuat kenyataan meminta Datuk Seri Samy Vellu berundur segera,” kata Samy, ketua cawangan Shah Bandar, Selangor.

Samy (gambar) akan mengadakan sidang media tengah hari esok berhubung tindakan terbaru Samy Vellu ini.

“Saya memang telah menjangkakan tindakan ini. Tindakan Datuk Seri Samy Vellu kini membawa parti ke arah kehancuran, biar ahli membuat penilaian akan tindakan beliau,” kata Samy, antara beberapa pemimpin yang lantang bersuara dalam mesyuarat CWC.

“Saya sedih dengan tindakan Datuk Seri Samy Vellu ini... ini menunjukkan beliau bertindak seperti seorang diktator, tiada siapa yang boleh memberi pandangan dan bersuara,” kata Kumar.

Anggota CWC penggal pertama ini berkata, walaupun Samy Vellu mengendakan tindakan, “kami sudah mendapat tempat dalam hati rakyat.”

“Biar Tuhan mengadili Datuk Seri Samy Vellu dan biar Perdana Menteri ambil tindakan sewajarnya ke atas presiden MIC ini,” kata Kumar lagi sambil menambah, beliau telah menerima surat pemecatan kira-kira 7:15 petang ini.

Samy dan Kumar merupakan antara lima anggota CWC daripada kalangan bukan puak direstu Samy Vellu memenangi pemilihan CWC September lalu.

Samy Vellu mengambil tindakan ini dua hari selepas memberi amaran pada Konvensyen MIC Pahang di Genting Highlands bahawa beliau tahu “bagaimana hendak berurusan dengan budak-budak kecil” yang mula membuat kacau dalam parti.

Sehari selepas Samy Vellu mengumumkan pelan peralihan kuasa iaitu suku ketiga tahun depan, Mugilan membuat kenyataan terbuka meminta pemimpin veteran itu berundur segera ataupun selewat-lewatnya 31 Disember ini.

Samy dan Kumar membuat kenyataan yang serupa Jumaat lalu.

Jawatankuasa Aduan SPRM selesai siasat kematian Teoh

Jawatankuasa Aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyelesaikan siasatan dalaman terhadap pegawai SPRM berhubung kematian Teoh Beng Hock tahun lalu, kata pengerusinya, Datuk Mohd Noor Abdullah.

Jawatankuasa itu ditubuhkan bagi menentukan sama ada SPRM mematuhi langkah atau prosedur siasatan ketika menyoal-siasat Teoh pada awal pagi 16 Julai lalu.

Pembantu politik itu kemudiannya dijumpai mati pada hari itu, dipercyai jatuh dari ibu pejabat SPRM di Shah Alam.

Pada sidang media di Putrajaya hari ini, Mohd Noor mengesahkan siasatan pihaknya sudah selesai tetapi enggan mengulas.

"Jawatankuasa telah menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada ketua pesuruhjaya. Kerja kita selesai di sini dan terpulang kepada suruhanjaya itu untuk bertindak,” katanya.

Sementara itu, menurut Bernama Mohd Noor juga mencadangkan SPRM supaya mewujudkan bilik khas bagi pemeriksaan saksi dan rakaman pernyataan, yang mempunyai kelengkapan kamera litar tertutup (CCTV), supaya proses siasatan dapat dijalankan dengan lebih selesa.

Katanya, mereka juga perlu mengenal pasti dan menggariskan kriteria tertentu bagi menetapkan keperluan siasatan dari segi penetapan masa, keselesaan saksi dan pegawai tanpa memudaratkan siasatan.

Cadangan penambahbaikan itu adalah antara lapan cadangan yang terdapat dalam laporan pemeriksaan prosedur siasatan berkaitan kes kematian Teoh.

Mohd Noor yang mempengerusikan jawatankuasa aduan itu adalah juga bekas hakim Mahkamah Rayuan.

Jawatankuasa yang ditubuhkan sejak Februari tahun lalu itu turut dianggotai bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Muhammad Mohd Noor, bekas Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Peguamcara dan Peguambela dari Tetuan Chooi & Co Chooi Mun Sou serta Peguamcara dan Peguambela dari VM Ravi & Associates V Ravindran.

Laporan tersebut turut mencadangkan agar proses siasatan mengambil kira faktor kesihatan, keselesaan dan keselamatan saksi serta tanggungjawab pegawai terhadap saksi tersebut sehingga saksi meninggalkan premis SPRM.

SPRM juga perlu membangunkan aspek keselamatan fizikal seperti kelengkapan pagar, pemasangan jeriji, pengawal keselamatan dan kelengkapan CCTV bagi menjamin keselamatan pejabatnya, selain menambah peralatan dan keperluan logistik dari segi kemudahan komputer sehingga cadangan pembinaan kompleks SPRM bagi menjamin aspek keselesaan, keselamatan dan kerahsiaan.

Selain itu, SPRM disaran agar memperbaiki kelemahan dan mengemaskini Perintah-Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya mengenai prosedur mengendalikan saksi dan merakam pernyataan sesuai dengan keperluan siasatan, serta menyemak, mengkaji dan mengadaptasi prosedur pemeriksaan saksi dari agensi penguatkuasaan undang-undang luar negara seperti Hong Kong.

SPRM juga perlu mengadakan kursus komprehensif dan latihan intensif kepada pegawai bagi membentuk kemahiran dan kepakaran dalam pelaksanaan siasatan, menurut laporan itu.

Laporan itu diserahkan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, bersama-sama dengan Laporan Tahunan Jawatankuasa Aduan SPRM 2009, di Putrajaya hari ini.

Pemeriksaan prosedur siasatan yang dijalankan sejak Julai tahun lalu itu turut menetapkan lapan terma rujukan iaitu menyemak sama ada SPRM mempunyai garis panduan mengenai aspek mengendalikan saksi dan merakam pernyataan, serta memutuskan sama ada pegawai telah mematuhi garis panduan mengendalikan saksi dan merakam pernyataan dalam kes tersebut.

Ia juga menyemak sama ada SPRM mempunyai garis panduan dalam melaksanakan pemeriksaan saksi (soal siasat), menyemak sama ada undang-undang membenarkan pegawai memeriksa dan mencatatkan jawapan saksi sebelum proses sebenar merakam pernyataan, serta menilai keterdesakan siasatan dalam merakam pernyataan saksi
sehingga lewat pagi.

Ia turut menentukan sama ada saksi yang mendapat kebenaran balik ke rumah tetapi memilih untuk berada di premis SPRM masih dalam tanggungjawab SPRM, menilai tahap keselesaan saksi menjalani proses siasatan di premis SPRM serta menyemak kelengkapan logistik dan menilai tahap keselamatan fizikal premis SPRM.

Ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed juga tidak mahu menghurai lanjut tetapi berjanji akan bertindak berdasarkan dokumen lapan perkara berkenaan.

Ditanya sama ada laporan itu akan dikeluarkan semasa inkues kematian Teoh, Abu Kassim berkata ia akan dilakukan jika ada permintaan bagi berbuat demikian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.