Jangan Lakukan Sebegini: Detik Dagu Matador Ditusuk Tanduk Lembu

Sehari selepas matador terkenal dari Sepanyol, Julio Aparicio menunjukkan kehebatannya dengan memotong telinga dua ekor lembu-lembu jantan yang ditewaskannya, seekor daripada lembu jantan telah dapat membalas dendam dengan menikam matador itu dengan tanduknya menembusi kerongkongnya dan keluar ke mulutnya.


Matador Sepanyol, Julio Aparicio dirodok oleh seekor lembu jantan semasa satu laga lembu San Isidro Feria di arena laga lembu Las Ventas di Madrid.


Aparicio memegang mantel merahnya dan pedang terhunus keluar dia cuba untuk menjatuhkan binatang seberat 1,100-pound dinamakan Opiparo. Ketika matador hilang keimbangannya lembu jantan itu berupaya menusuk tanduknya pada matador.


"Tanduk melalui lidah dan menembusi lelangit, mematahkan tulang rahang atasnya", menurut laporan pasukan medik yang merawat Aparicio selepas kemalangan ngeri memberitahu AFP di Madrid.


Matador kelahiran Seville, yang berasal dari sebuah keluarga matador terkenal, berada dalam keadaan kritikal tetapi dijangka dapat bertahan semalam.

Hebat - Kes Tahanan Reman Lolos Dan Larikan Kereta Polis Sejauh 40km: 2 Polis Ditahan, Seorang Ditukar Kerana Cuai

KOTA BHARU: Dua anggota polis yang terbabit dalam insiden seorang tahanan lelaki berjaya melarikan diri di Pasir Tumboh di sini semalam telah ditahan kerja dan seorang lagi ditukarkan ke unit lain berkuatkuasa serta merta.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata mereka membabitkan dua anggota berpangkat Sarjan dan seorang lagi berpangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) kerana kecuaian sehingga menyebabkan tahanan itu melarikan diri.

"Dua anggota berpangkat Sarjan itu telah ditahan kerja secara serta merta pagi ini dan ditempatkan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan manakala pegawai berpangkat ASP itu ditukarkan ke bilik gerakan itu juga berkuatkuasa serta merta.

"Pegawai berpangkat ASP itu akan kita rujuk kepada Ketua Polis Negara untuk diambil tindakan selanjutnya seperti perintah tahan kerja atau sebagainya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, polis telah membuka kerta siasatan mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan terhadap suspek kerana melarikan diri daripada tahanan yang sah manakala anggota polis terbabit juga disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana cuai menyebabkan suspek berjaya melarikan diri.

"Saya juga mengakui ini adalah kecuaian anggota dan pegawai saya sendiri," katanya.

Abdul Rahim percaya suspek berumur 33 tahun itu masih lagi berada di sekitar Machang iaitu tempat terakhir suspek meninggalkan kereta Proton Waja milik polis yang dilarikannya dalam kejadian 3.30 petang itu.
Beliau meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan kepada polis sama ada menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan IPK Kelantan di talian 09-7470999 atau Rakan Cop jika mempunyai maklumat terhadap suspek berkenaan.

Polis turut mengedarkan wajah suspek yang dikenali sebagai Mohd Zaidi Majid yang beralamat di Kampung Pangkal Kalong, Kok Lanas, Kota Baharu dan Blok 1,110, Taman Makmur, Kok Lanas, Kota Bharu.

Abdul Rahim berkata, suspek berkenaan yang masih dalam tahanan reman sejak Khamis lalu itu sedang disiasat berkaitan beberapa kes kecurian motosikal dan kenderaan.

"Tempoh remannya sepatutnya tamat hari ini yang ditahan mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana disyaki terbabit dengan kes kecurian kenderaan bermotor di negeri ini," katanya.

Beliau berkata, operasi memburu suspek dilakukan sejak semalam dan berharap kerjasama orang ramai untuk membantu polis.

Dalam kejadian itu, suspek yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu berjaya meloloskan diri menggunakan kereta Proton Waja milik polis ketika ditinggalkan bersendirian dalam kenderaan dengan tangan bergari di Pasir Tumboh di sini.

Suspek dibawa ke lokasi itu bagi tujuan pengecaman tempat kejadian.

Ketika itu, dua daripada anggota berkenaan pergi ke sebuah bangunan berhampiran untuk menjalankan siasatan manakala seorang lagi mengawal suspek.

Bagaimanapun, anggota yang mengawal suspek itu keluar daripada kenderaan dan ketika itulah suspek mengambil kesempatan melarikan diri dengan kereta terbabit.

Suspek kemudiannya memandu hampir 40 kilometer sehingga ke Pulai Chondong, Machang sebelum meninggalkan kenderaan di situ. - Bernama

ADUN Kerdau Stabil Tapi Tak Boleh Bercakap - Kita Doakan Beliau Cepat Sembuh

Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur sudah mampu memberikan respon melalui komunikasi mata, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya, Zaharuddin bagaimanapun belum berupaya untuk bercakap dan keadaan beliau stabil.

Zaharuddin, 63, sebelum ini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh kerana penyakit ulser dan telah menjalani pembedahan.

Bagaimanapun doktor yang merawatnya turut mengesan beliau mengalami komplikasi jantung dan memindahkannya ke IJN pada 9 Mei lalu.

- Bernama

EXCO Melawat Mangsa Kebakaran Di Taman Wira, Mergong

















Ini adalah pemandangan rumah En Dorai di Blok D taman wira yang terlibat dengan kebakaran tempoh hari.

Hampir keseluruhan rumahnya dijilat api.Api yang bermula dari bahagian hadapan rumahnya telah merebak dengan cepat.Beliau yang tinggal dengan isteri dan dua orang mereka walaubagaimanapun sempat menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Dua rumah jiran dikiri dan kanan rumah En Dorai juga dijilat api yang merebak terlalu pantas.

Disamping sumbangan yang diberikan,Yb Dr Ismail akan membantu beliau dalam semua perkara yang diperlukan beliau.

Turut sama menziarahi En Dorai ialah kedua-dua MKK Taman Wira,En Kasmani dan En Ghani.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.