SPRM Ambil Dokumen Syarikat Konsesi Balak Jabatan Perhutanan Kelantan, Lepaih Nie Kedah La Pulak... Negeri Lain Depa Tak Minat???

KOTA BARU: Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad mengambil dua dokumen membabitkan syarikat konsesi balak daripada Jabatan Perhutanan Kelantan.

Pasukan yang terdiri daripada empat pegawai SPRM dari Putrajaya itu tiba di Kompleks Kota Darul Naim, dekat sini kira-kira pukul 10 pagi dan keluar pada pukul 3.30 petang dengan membawa dokumen penting dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes pembalakan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Datuk Abdullah Sani Shaffie ketika ditemui berkata, pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada SPRM yang datang ke pejabatnya selama hampir lima jam setengah dengan menyediakan fail dan dokumen yang diperlukan SPRM.

"Mereka datang untuk mendapatkan dokumen penting (membabitkan syarikat pembalakan) dan tadi mengambil dua fail membabitkan dua syarikat konsesi balak," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa terbuka dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk membantu SPRM melaksanakan proses siasatan dengan memberikan maklumat diperlukan.

Bagaimanapun, Abdullah Sani enggan menjawab pertanyaan pemberita berhubung kes yang berlaku sehingga menyebabkan SPRM menjalankan siasatan itu.

"Pada saya, ini hanya prosedur biasa, kalau ada orang buat aduan, mereka (SPRM) tentu akan datang untuk menjalankan siasatan, saya tiada masalah jika SPRM datang, kami sentiasa memberikan kerjasama penuh seperti diminta. - BERNAMA

Sejarah Luar Biasa Tercatat: PAS Kawasan Batu Raikan Kemenangan DAP Di Sibu Dengan Jamuan Pulut Kuning

SUATU yang luar biasa. Bukan DAP yang beriya-iya menyambutnya tetapi kini PAS yang dulunya dikatakan seteru kuat parti itu. DAP cukup takut duduk semeja dengan PAS. Apatah lagi menghadiri program anjuran parti Islam itu.

Tiga hari selepas DAP yang mewakili Pakatan Rakyat menang, menumpaskan calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu, 16 Mei lalu, PAS Kawasan Batu merayakan kejayaan itu setelah gundah dengan kekalahan KeADILan di Hulu Selangor.

Ramai yang terkejut apabila PAS menganjurkan 'Majlis Kesyukuran Pulut Kuning Sibu', 19 Mei lalu jam 9 malam. Yang menang DAP, tetapi PAS pula yang merayakannya. Begitulah kata-kata aluan pengerusi majlis yang juga pengrah program, Tarmizi Mohd Jam.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr. Tan Seng Giaw sebagai pengucap utama, cukup terharu dengan sambutan PAS itu. Segala tembok yang mendindingi PAS-DAP sudah runtuh dan kedua-dua parti boleh bekerjasama dengan berkesan.

"Sudah terbukti di Sibu PAS tolong DAP. KeADILan juga. Tapi orang di sana boleh terima PAS dan saya boleh duduk majlis ini. Dulu-dulu tak boleh. Semua takut," tegasnya disambut gelak ketawa hampir 200 hadirin.

Selain Tan Seng Giaw, turut berkongsi analisa dan pengalaman tentang PRK Sibu dan Hulu Selangor dalam majlis itu termasuklah Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh; EXCO Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-JUndi; penganalisa politik, Subky Latiff; Pengarah Strategik KeADILan, Tia
n Chua dan Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin.

Secara simboliknya, kerjasama PAS-DAP kini cukup intim di mana-mana jua. Dan inilah yang ditunjukkan oleh jentera PAS di Sibu, hingga diberi kepercayaan DAP kepada PAS mengambil-alih kerja-kerja pilihan raya di UPU Kg. Hilir Nangka, tegas Aiman Athirah dalam perkongsian pengalamannya berkempen di Sibu.

"PAS belum ada (ditubuhkan) di Sibu. Tetapi masyarakat di sana tanya kami, bila PAS nak datang ke Sarawak? Mereka dah muak dengan Tok Uban (merujuk kepada Ketua Menteri Sarawak)," jelas beliau. Sebenarnya kemenangan PR di Sibu, mampu mengubati jiwa yang resah setelah melihat gelajat pemimpin BN yang melonggokkan duit lebih RM140 juta dalam pelbagai bentuk dan projek sepanjang PRK Hulu Selangor.

Di Sibu, BN tidak mencurahkan sebesar itu duit kerana mereka percaya,
pengundi tidak akan undi DAP sebaliknya akan terus mengundi BN. Itu kawasan BN, dan BN hanya mempertahankan sahaja, malah mereka yakin, pengundi Sibu 'tidak cerdik', usik Subky Latiff.

Syed Ibrahim pula terus mengkritik SPR yang dianggap gagal menambahbaik badan itu, khususnya dalam kerja-kerja pendaftaran pemilih dan undi pos.

"Kalau SPR sudah berpengalaman lama, kenapa masih banyak pihak mempersoalkan isu-isu yang sepatutnya sudah diselesaikan seperti daftar pemilih, undi hantu, undi pos malah ada orang yang sudah berumur lebih 100 tahun pun tersenarai sebagai pengundi lagi," bidas beliau sinis.

Akhirnya, makan pulut kuning mencecah jam 12 malam. Sepatutnya jam 10.30, tetapi ramai tetamu yang berucap, ghairah dengan fakta dan pengalaman, menjadikan waktu berucap lanjut. Tian Chua yang tiba lewat, menutup majlis dengan ucapan ringkas. Beliau yakin, tsunami politik di Sarawak sudah dibuka pintunya di Sibu, dan ini amat menakutkan Perdana Menteri.

Hampir 200 hadir menjamu selera pulut kuning dan mee goreng pada majlis penuh santai yang diadakan di perkarangan rumah Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin, Kg. Bandar Dalam.

SPRM: Aduan Politik Wang Di Pilihan Raya Sibu, Hulu Selangor

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menerima aduan mengenai politik wang ketika pilihan raya kecil parlimen di Sibu dan Hulu Selangor, kata Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Katanya, SPRM akan menyiasat semua aduan itu dan apa saja yang berkaitan dengan rasuah.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan sebuah buku bertajuk "Reforming Political Financing in Malaysia" yang diterbitkan oleh Tranparency-International Malaysia di Petaling Jaya, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, semua aduan itu diterima daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

"Kami akan mengambil tindakan mengenainya (aduan-aduan). Kami akan memanggil saksi untuk memberi keterangan dan sesiapa saja yang berkaitan kes dari kedua-dua pihak itu," katanya.

Bag

aimanapun, beliau berkata, sama ada terdapat kes untuk dibawa ke mahkamah, semuanya bergantung kepada keputusan Pejabat Peguam Negara.

Mengulas isu kerugian Sime Darby, Mustafar berkata, SPRM belum merekodkan keterangan daripada mana-mana pihak mengenai isu Sime Darby Bhd yang mengalami kerugian sebanyak RM964 juta.

- Bernama

30 tahun Samy Jadi Presiden, 100,000 Ahli Dah Dipecat - S. Subramaniam

Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S Subramaniam, berkata beliau bersimpati dengan timbalan ketua Pemuda MIC Malaysia yang baru dipecat, V Mugilan tetapi menafikan mereka bekerjasama menubuhkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).

"Tuduhan ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) MIC yang baru dilantik, S Vell Pari yang juga adalah anak Samy Vellu dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil hari ini bahawa kami bekerjasama menubuhkan GAS adalah berniat jahat," kata Subramaniam.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun Kuil Sri Subramaniar di Serdang, dekat sini, hari ini, Subramaniam berkata, sejak berkecimpung dalam arena politik beliau tidak pernah "menikam orang dari belakang".

Katanya, beliau sedang berbincang dengan peguamnya kemungkinan menyaman Vell Pari.

Subramaniam yakin usaha Mugilan menubuhkan GAS mendesak Samy Vellu berundur akan mendapat sokongan kuat daripada akar umbi MIC di seluruh negara.

"Bukan saja pimpinan MIC peringkat bawahan yang mahu Samy Vellu berundur malahan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir dua tahun lalu pernah menasihat Presiden MIC itu berundur," katanya.

Subramaniam mendakwa, Samy Vellu telah memecat kira-kira 100,000 ahli parti selama lebih 30 tahun beliau menjadi presiden.

"Lagi cepat pertukaran kuasa berlaku lagi baik untuk MIC," katanya.

- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.