PRK Hulu Selangor: Zaid fail Petisyen Isytihar Keputusan Tak Sah

Calon PKR yang ditewaskan bagi kerusi pilihan raya kecil parlimen, Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan petisyen bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya itu tidak sah.

Belia
u mendakwa berlakunya amalan rasuah yang berleluasa oleh pencabarnya.

Petisyen itu difailkan dengan hujah calon BN, P Kamalanathan telah “secara langsung ataupun tidak” mengetahui tawaran yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa berkempen.

"Petisyen tertumpu kepada janji RM3 juta oleh Najib (kepada SRKJ (C) Rasa) dan tawaran-tawaran kepada peneroka Felda," kata peguam Zaid – Malik Imtiaz Sarwar semasa sidang akhbar di rumah Zaid di Petaling Jaya.

Petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pa

da sidang media sebelum ini, Zaid mendakwa jentera dan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat.

Katanya, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.

Pada pilihan raya itu, calon BN, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

Umno sasar 100,000 pengundi baru tawan semula Kedah. PAS Sasar Lagi Banyak, Mana Boleh Habaq, Hujung Minggu Ni Ada Kejutan??..

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Ketika ‘demam’ mendaftar pemilih semakin rancak di seluruh negara melibatkan pelbagai pihak, Umno Kedah meletakkan sasaran untuk menambah sekitar 100,000 pengundi baru dalam usaha merampas semula negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan sasaran itu dijanjikan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada pertemuan retreat Umno di Janda Baik dekat sini awal bulan ini.

Pemimpin-pemimpin Umno bahagian membentangkan laporan KPI enam bulan mereka kepada Perdana Menteri pada pertemuan itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Setiausaha Umno Kedah Datuk Ir Nawawi Ahmad tidak menolak perkara itu tetapi enggan memberikan angka tepat pengundi yang mereka sasarkan.

Beliau mengakui ada memberikan pendekatan dan strategi mereka untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Kedah, salah satu negeri yang tercicir dari penguasaan BN pada pilihan raya umum 2008.

“Kami sasarkan sekitar 10 peratus daripada jumlah (pengundi) yang ada sekarang,” kata beliau tanpa memberikan butiran atas alasan ia masih dianggap sebagai strategi pihaknya.

Berdasarkan perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 319,000 warga Kedah yang berumur 21 tahun dan ke atas masih belum mengundi sebagai pemilih.

Daripada 11.16 juta pengundi yang ada sekarang, seramai 881,525 orang merupakan pemilih berdaftar di Kedah.

Seramai 4.44 juta rakyat negara ini belum mendaftar sebagai pemilih.

Bagaimanapun Nawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Kuah memberitahu, pihaknya dalam proses menggerakkan usaha menambah keahlian parti dan pada masa yang sama mahu menjadikan mereka sebagai pengundi.

“Usaha ini perlu tumpu untuk menjadikan mereka ahli Umno dan pada masa yang sama menjad pengundi,” kata beliau.

Ditanya sama ada usaha itu membabitkan kerjasama komponen terutama MIC dan MCA, Nawawi tidak menolak kemungkinan itu.

Bagaimanapun katanya, tanggungjawab itu dipikul Umno memandangkan lebih 70 peratus penduduk Kedah merupakan orang Melayu.

“Kini kira-kira enam peratus penduduk merupakan orang India dan 16 peratus lagi orang Cina, yang kebanyakannya tinggal di kawasan bandar. Mereka beri tumpuan di kawasan-kawasan bandar.

“Oleh itu, untuk menarik baki majoriti penduduk sebagai pengundi, Umno akan menjalankan usaha ini,” katanya.

Sehubungan itu kata Nawawi, beliau merasakan usaha mendaftar pemilih ini penting memandangkan kira-kira lima kerusi Dewan Undangan Negeri dimenangi Pakatan Rakyat dengan majoriti keseluruhan hanya sekitar 1,463 undi berbanding 666,000 undi yang dibuang pada Mac 2008.

“Sekiranya diambil dari sekitar 666,000 pengundi yang keluar mengundi, jumlah 1,463 bersamaan dengan sekitar dua peratus.

“Oleh itu kami merasakan jika dapat meningkatkan jumlah pengundi, kami yakin dapat menawan semula Kedah dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya dengan optimis.

Salah satu daripada lima kerusi yang BN tewas dengan perbezaan undi tipis ialah Tanjong Dawai. Wakil BN Arzmi Hamid kalah kepada calon PAS Abdullah Jusoh dengan perbezaan 79 undi.

SPR kini menyediakan pelbagai kemudahan untuk parti-parti politik mendaftar pemilih, antaranya melantik penolong pendaftar pemilih.

Setiap parti dibolehkan memilih dua wakil sebagai penolong pendaftar pemilih bagi setiap kerusi DUN.

Pengurusan kes Karpal SAMAN Utusan RM10juta, Mahkamah Tetapkan 1 Julai

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 1 Julai ini, pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dua tahun lalu.

Tindakannya itu berhubung artikel berbaur fitnah tentang komennya mengenai Islam.

Timbalan Pendaftar Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan tarikh itu dalam kamar hari ini.

Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili Karpal Singh yang juga adalah anggota parlimen Bukit Gelugor manakala M Mohana Kumar, pula mewakili Utusan Melayu.

Dalam kenyataan tuntutannya, Karpal Singh, yang juga peguam, mendakwa artikel bertajuk "DAP Diingat Jangan Bakar Perasaan Melayu", yang disiarkan pada 25 Ogos 2008, oleh Utusan Malaysia, menyebut bahawa beliau membuat kenyataan mengenai Islam dalam ucapan alu-aluannya pada Kongres Kebangsaan DAP kali ke-15 yang diadakan pada hari sebelumnya.

Karpal Singh mendakwa perkataan yang didakwa berbaur fitnah itu difahami membawa maksud, antara lain, beliau seorang ahli politik yang cenderung untuk mewujudkan pergeseran dalam kalangan masyarakat berlainan kaum di negara ini, sama sekali adalah palsu dan berniat jahat, serta bertujuan memusnahkan kerjaya profesional serta politik beliau.

Pengerusi DAP kebangsaan itu berkata beliau secara konsisten menegaskan dalam ucapan umum dan sebagai seorang Anggota Parlimen di Dewan Rakyat sejak 26 tahun lalu bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini seperti yang diperuntukkan mengikut Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau memohon RM10 juta ganti rugi umum, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Utusan Melayu, dalam kenyataan pembelaannya yang difailkan pada 3 Nov 2008, berkata pernyataan maaf yang disiarkan oleh akhbar itu diterima oleh Karpal Singh sebagai memenuhi surat tuntutannya.

Ia mendakwa perkataan yang dibantah oleh Karpal Singh itu dimuatkan dalam artikel berkenaan akibat salah faham/kekeliruan dan ia merupakan kesilapan yang tidak disengajakan.

Selain itu, ia turut mendakwa artikel berkenaan disiarkan dengan berniat baik dan ikhlas tanpa sebarang niat jahat terhadap Karpal Singh.

- Bernama

Memorandum: PAS Pohon Raja Melayu Campurtangan Dalam Isu Pemberian Lesen Judi



PAS hari ini menyerahkan memorandum kepada Raja-raja Melayu melaui Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bagi memohon campur tangan baginda dalam isu pemberian lesen judi bolasepak.

Memorandum berkenaan disampaikan kepada Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena, pemberian lesen bagi membolehkan pertaruhan bolasepak akan membawa padah kepada rakyat, khususnya golongan muda.

"Kelab bolasepak dan pemain mereka menjadi idola remaja, jadi kita bimbang tindakan kerajaan itu akan membawa padah kepada golongan muda,” katanya.

Menurut Mahfuz, alasan kerajaan pemberian lesen itu bertujuan menghindarkan kegiatan pertaruhan secara haram juga tidak dapat diterima.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.