Ingat senang-senang Umno nak biar hampa pancung tengkuk depa?

Bercakap mengenai judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010, Haji Mohamad Sabu berkata:
"Tak perlu ulas panjang-panjanglah, Cina MCA pun tak setuju" (lihat berita Harakah Daily 20/5/10 bertajuk "Najib mungkin dikenang sebagai Bapa Judi")
Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong. Berita Era Pakatan 18/5/10 bertajuk "Ah long pecah masuk rumah peminjam kerana gagal bayar hutang" memetik Chong berkata:
"Kebanyakan orang ramai yang membuat pinjaman dari ah long adalah untuk berjudi dan saya risau akan ramai lagi orang meminjam dengan ah long untuk berjudi semasa (pertandingan bola sepak) Piala Dunia bulan depan".
Berita Mingguan Malaysia hari ini bertajuk "Kerajaan teliti lesen pertaruhan Piala Dunia" melaporkan:
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, walaupun beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu secara umumnya, kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam.

"Secara jujurnya saya belum lagi dimaklumkan mengenai situasi tersebut tetapi kita (kerajaan) memang mengambil kira reaksi orang awam, Islam dan bukan Islam.

"Saya percaya kerajaan akan mengambil kira perkara itu (reaksi masyarakat tentang kelulusan lesen judi," katanya.
Riuh-rendah dah orang menentang judi tu, sedap mulut ja dia kata dia belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat. Kalau kita kata kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sebenarnya kerajaan buta dan pekak, tentulah pak yet-pak yet depa angin satu badan. Kata buta perut lagi la depa marah.

Hampa heran ka bila kepala-kepala Umno memberikan reaksi seperti itu? Jangan lupa berita Malaysiakini 20/5/10 lalu bertajuk "Judi, Perkasa: Najib membisu" melaporkan:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mengulas berhubung keputusan kerajaan memberikan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula Jun ini.

"We are not going to talk about that (Kita tidak akan membincangkannya)," kata Najib.
Awat lagu tu?

Laa, mudah ja. Sebahagian yang amat besar dari dana politik Umno dan BN datang dari tuan-tuan agung mereka termasuk si tauke judi Tan Sri Vincent Tan. Dalam posting bertajuk "Umno BN hendak jadikan negara ini negara kafir?", saya dah sebut:
...poster-poster, banner-banner, markas-markas serta apa saja yang hampa nampak hebat sangat yang ada pada Umno BN, sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan tauke-tauke judi seperti tuan besar mereka, Vincent Tan - sebahagian besarnya adalah sumbangan hasil perjudian seperti Empat Nombor Ekor Magnum, Toto, Damachai dan loteri. Yang tu hampa jangan lupa.
Sebab itulah, menentang judi bola sepak yang dilesenkan kepada kompeni tuan agung depa Vincent Tan tu sama seperti memancung tengkuk Umno - musnahlah saluran nafasnya. Dah musnah saluran nafas, jawabnya tak bernafas lagi la.

Hampa ingat dak cerita Perang Badr? Tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.'a.w.w. yang dikasihi hakikatnya memusnahklan laluan perdagangan puak musyrikin Makkah. Ia sama seperti memancung tengkuk depa.

Hari ini, dalam keadaan ia begitu berkuasa, hampa ingat senang-senang Umno nak biar hampa pancung tengkuk depa?
PB

UMNO No Way Berangan Nak Ambil Balik Kedah... Tunggu La PRU 13 La Pulak.. Tue Pun Belum Tentu??

Malam Noktah....


Semua yang hadir sudah jelas dan puas hati. Malam ini adalah noktah dalam isu lompat... tak ada takwil takwil lagi. Lepas ni kalau ada sapa-sapa jadi agen sebar sms atau surat khabar atau bloger yang dok kata ada lagi nak lompat di Kedah, sahlah dia tu pekak dan buta! Di kalangan pembangkang di Kedah, mereka mengharapkan DUN dibubarkan. Kalau bubar ada 'asyukkk! Malam ni tau la ada asyukkk ka tak dak asyukk.

Ini kata seorang kawan yang dok sebelah saya tadi.

MB umum malam ni, ini tempoh untuk kerajaan take-off, kalau diibaratkan kapal terbang. Hujung bulan ni akan dilancarkan pembinaan rumah kos rendah besar-besaran untuk menyediakan kediaman kepada 23,000 ribu keluarga yang memohon rumah kos rendah. Sana sikit sini sikit, lama-lama cukuplah rumah untukrakyat. Inilah yang menjadi keutamaan kerajaan sekarang. Kita akan mulakan projek SULIHH September nanti. Kita sudah ada pemaju yang sanggup bina rumah kos rendah secara besar besaran. kita sudah dapat lampu hijau untuk memulakan SULIHH. Kita nak pikiaq macam mana kemajuan ekonomi rakyat dapat dicapai. Kita nak fokus taraf kehidupan rakyat dapat ditingkatkan. Pendek kata, masa untuk repair kapal sudah selesai, ini masa membawa rakyat Kedah keluar dari kepungan sistem pemerintahan BN dulu.

DUN akan bubar, tapi bubar bila sudah sampai tempohnya..paling tidakpun, bersekali dengan Parlimen di PRU13! Jadi sapa-sapa dalam BN yang dok berangan nak jadi calon, jadi EXCO jadi MB, sabaqlah sat, tak lama dah. Dua tahun saja lagi. Itupun kalau rakyat mau lagi kat BN!

TekaanKu Meleset Belaka.. HAMPA BELAKA... Kerajaan Kedah Makin Kukuh.. Tak Jadi Bubar, Terus Mantap


ADUN Sidam YB. Tan Show Kang (PKR)




ADUN Bukit Selambau YB. S. Manikumar A/L Subramaniam (PKR)




ADUN Kulim YB. Lim Soo Nee (PKR)




ADUN Kota Darulaman YB. Lee Guan Aik (DAP)




ADUN Sidam YB. Tan Show Kang dan ADUN Kulim YB. Lim Soo Nee


ADUN Kota Darulaman YB. Lee Guan Aik, ADUN Bukit Selambau
YB. S. Manikumar dan YAB. Dato' Seri Haji Azizan Bin Abdul Razak
MB Kedah



Sebagaimana yang telah dirancangkan bagi mematahkan semua spekulasi tentang ADUN-ADUN dari PKR dan DAP yang akan melompat Parti sekaligus mengulang Tragedi Rampasan Kuasa di Perak, hari ini tepat jam 9.00 malam bertempat di Kompleks PAS Kedah, KM13 Jalan Alor Setar -Sungai Petani kesemua mereka telah hadir dan berdiri di atas pentas menjawab semua spekulasi tersebut.

PM Najib Lagi Pening La.. Nak Kena Bagi Bonus 2 Bulan, Ekonomi Baik Sgt2 Tahun Ini.. Cukup Ka Duit Nak Bagi Bonus Nie... Kita Tunggu...

Cuepacs Minta Dua Bulan Bonus

PULAU PINANG 22 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) masih menaruh harapan kerajaan akan menimbang semula pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam selepas ekonomi negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Presidennya Omar Osman berkata beliau berharap rayuan pemberian bonus itu akan dipertimbangkan tahun ini.

"Kami faham bahawa pada tahun lepas, ekoran kegawatan ekonomi global kerajaan terpaksa menolak permintaan tersebut tetapi kami berharap kerajaan akan
menimbang semula permintaan kami tahun ini kerana ekonomi negara semakin pulih," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa ekonomi negara telah merekodkan pertumbuhan sebanyak 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini, Cuepacs berharap permintaan bagi pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam akan dapat dipenuhi.

Omar berkata Cuepacs juga mahu kerajaan menimbangkan semula cadangan memanjangkan tempoh cuti bersalin kepada 90 hari berbanding 60 hari ketika ini.

"Tempoh 60 hari cuti bersalin sedia ada jelas tidak memadai kepada pekerja wanita kerana kebanyakan daripada mereka cenderung mengambil cuti tanpa gaji
untuk menjaga anak dan menguruskan hal-hal keluarga yang lain," katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu menimbangkan cadangan tersebut dan walaupun ia telah dibentangkan banyak kali pada masa lalu, tiada sebarang keputusan dibuat sehingga hari ini.

"Jika kerajaan fikir tempoh 90 hari terlalu lama, kita harap mereka akan dapat mencari alternatif yang lebih baik daripada tempoh 60 hari cuti bersalin
sedia ada," katanya.

Beliau juga menggesa kerajaan supaya mengkaji semula elaun perumahan sebanyak RM80 yang diberikan kepada penjawat awam.

"Saya telah berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung cadangan menaikkan elaun perumahan kepada RM300 dan kami masih menanti maklum alas daripada mereka," katanya.

Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.