Noh Sifatkan Kerajaan Selangor Biadap Dan Tidak Menghormati Institusi Raja

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan Kerajaan Selangor yang tidak memperdulikan keberangkatan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ke satu majlis di negeri itu pada bulan lepas sebagai biadab dan tidak menghormati institusi diraja.

Beliau berkata kegagalan kerajaan negeri memohon maaf sehingga hari ini juga dianggap tidak wajar dan seolah-olah terlalu mengikut telunjuk sekutunya, DAP yang cenderung tidak menghormati kaum Melayu dan institusi diraja.

"Saya percaya perkara ini timbul bukannya salah kerajaan negeri, tetapi budaya yang dibawa oleh DAP, budaya yang tak hormati orang Melayu, institusi Diraja, kalau budaya orang Melayu, bila pemimpin datang kita akan hormat ada wakil kita.

"Kalau faham Perlembagaan negara, mesti hormatinya," katanya ketika mengulas insiden itu yang menyaksikan kerajaan negeri tidak membuat persediaan sewajarnya semasa menyambut keberangkatan Raja Permaisuri Agong ke Festival Lagu-Lagu Islam Antarabangsa di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam pada 4 Julai lalu.

N
oh yang ditemui pemberita selepas ceramah Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan di Kuala Lumpur malam semalam juga berpendapat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya lebih arif tentang protokol dalam majlis yang dihadiri orang-orang kenamaan.

Bagaimanapun apabila isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor merujuk dirinya sebagai “wanita pertama” atau "first lady", tiada pemimpin Umno, termasuk Noh yang membuat sebarang teguran.

Malah, Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulisnya kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen menjelaskan bahawa ungkapan 'wanita pertama' yang digunakan bagi merujuk kepada isteri beliau, tidak bererti bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada Seri Paduka Permaisuri Agong.

Menu

rut pembangkang rujukan Rosmah sebagai 'wanita pertama' dilihat tidak wajar kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.

Isu berkenaan timbul berikutan iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, April lalu yang mengucapkan tahniah kepada “Rosmah, Wanita Pertama Malaysia” sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.