KOTA BHARU: Kunjungan masyarakat luar Kelantan untuk bertemu dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melebihi aura sewaktu mula-mula menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan sekitar tahun 90-an.
Dengan situasi itu, hampir setiap hari rombongan pelancong luar akan ke Masjid Pulau Melaka tidak kurang tiga hingga lima buah bas sehari, khususnya pada hujung minggu, tidak termasuk kenderaan individu yang datang berkonvoi untuk tujuan yang sama.
Perkara itu diakui sendiri isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, ketika ditemui petang semalam di JKR 10 untuk menyelami perasaannya selepas Tuan Guru bersara sebagai Menteri Besar.
Menurutnya, walaupun Tuan Guru hanya Adun biasa, namun masjid dan kediamannya sering dikunjungi orang ramai termasuk masyarakat luar untuk bertemu dengan Tuan Guru.
“Kalau era 90-an ketika mula menjadi Menteri Besar, mereka datang bertemu Tuan Guru hanya pada majlis-majlis tertentu, kalau ada rezeki sempat bertemu.