KUCHING 21 Nov. - Jabatan Agama Islam Sarawak diasak agar mengambill tindakan tegas dalam memastikan 5 peserta Muslim yang menyertai Pertandingan Ratu Cantik Borneo 2011 dibawa ke muka pengadilan.
Menurut Dewan Pemuda PAS Sarawak, ianya amat memalukan malah mengaibkan umat Islam Malaysia apabila wanita Muslim telah dibenarkan menyertai pertandingan yang telah dikaji bertentangan dengan hukum Agama.
“Mereka mendakwa bahawa diberi layanan yang baik oleh penganjur, ini bukanlah alasan untuk mereka ketepikan syariat Islam dalam menentukan pertandingan ratu cantik yang nyata mendedah aurat dan bercanggah dengan syarak.
Sessi kaunseling yang diadakan dari pihak Jabatan dengan mereka dilihat tidak mengubah pendirian kelima-lima peserta tersebut dan nekad untuk terus menyertai pertandingan itu.
“Kita juga tidak mahu Jais lesu dan lemah dalam menangani isu seperti ini. Dek kerana orang berlaku baik, kita sanggup gadaikan maruah agama kita? Kenapa pihak Jabatan tidak boleh bertindak dengan lebih tegas ke atas kes seperti ini?” kata Timbalan Ketua DPPNS, Ustaz Ahmad Solihin
Dewan Pemuda Pas Puchong hari ini telah membuat laporan polis, di Balai Polis Bukit Puchong ke atas Dato Satim Diman, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang.
Laporan polis dibuat atas isu penyelewengan penjualan tanah anugerah kerajaan negeri Selangor di Science Park 2, Cyberjaya pada tahun 2006. Dewan Pemuda Pas Puchong membuat laporan melalui Ketua Pemudanya, Sdr Mohd Rosharizan B Mohd Roslan yang juga merangkap Penyelaras Dun N29 Seri Serdang.
“ Kami berasa kecewa diatas apa yang telah dibongkarkan oleh YB Dato Menteri Besar Selangor ketika perbahasan Dewan Undangan Negeri Selangor yang lalu, dimana beliau telah mendedahkan Dato Satim Diman terlibat secara langsung dalam isu penyewelengan tanah di Science Park 2, Cyberjaya” katanya.
“Sebagai pemimpin dan juga wakil rakyat, seharusnya beliau menjaga harta, tanah atau apa sahaja aset kerajaan dengan baik, bukannya mengambil kesempatan begini untuk kepentingan peribadi. Dato Menteri Besar mendedahkan bahawa Dato Satim Diman adalah ahli Lembaga Pengarah dan juga pemegang saham terbesar di dalam syarikat Nikmat Inai Sdn Bhd”.
Pendedahan tersebut menyaksikan seorang lagi pemimpin BN Selangor terpalit dengan pelbagai penyelewangan. Tanah dilokasi Science Park 2 seluas 80 ekar di Cyberjaya itu dianugerahkan oleh kerajaan negeri kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Satim yang juga Ketua UMNO Bahagian Puchong, bagaimanapun telah menjual tanah tersebut kepada syarikat sendiri pada harga RM 1.80 sekaki persegi atau RM 6.5 juta.
Susulan itu, syarikatnya menjual semula kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada harga RM 5.30 sekaki persegi atau RM 19.2 juta sedangkan Nikmat Inai Sdn Bhd masih belum habis bayar lagi kepada PKPS.
Menurut Mohd Rosharizan lagi, “Kami mendesak supaya pihak polis menyiasat kes ini, dan sekiranya sabit kesalahan dan terbukti wujud penyelewangan dan salah guna kuasa, bawa beliau ke muka pengadilan dan beliau mesti didakwa. Begitu juga dengan pihak SPRM, kami mendesak supaya fail siasatan mesti dibuka dengan segera, dan heret beliau ke mahkamah sekiranya dakwaan Dato Menteri Besar ini jelas terbukti benar.”
“ Kami juga meminta supaya Dato Satim Diman tampil mempertahankan diri dengan membawa bukti yang jelas, sekiranya beliau benar-benar tidak terlibat dalam isu penyewelengan tanah ini. Dewan Pemuda Pas Puchong melihat isu ini dengan serius kerana sebagai pengundi di Dun Seri Serdang, kami sangat “mengasihi” beliau dan tidak mahu lagi rakyat di Dun Seri Serdang tertipu dengan memilih pemimpin sebegini dalam PRU ke 13 akan datang.
“ Dewan Pemuda Pas Puchong juga mengucapkan takziah kepada beliau atas pembongkaran ini kerana selama ini Dato Satim Diman dilihat sebagai seorang pemimpin UMNO Selangor yang bersih dari segala bentuk keselahan dan penyewelengan sepanjang tempoh karier politik beliau” katanya.
ALOR GAJAH - Perubahan sikap yang berlaku ke atas seorang murid perempuan Tahun Enam di sebuah sekolah dekat sini, mendedahkan perbuatan kejam seorang lelaki warga emas yang didakwa merogol kanak-kanak terbabit sejak empat tahun lalu.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri (Operasi dan Risikan), Superintendan R Gunarajan berkata, kejadian itu berlaku sejak 2007 ketika mangsa berusia lapan tahun dan sedang bersekolah dalam Tahun Dua di sekolah terbabit sering diperkosa oleh suspek yang berusia 60 tahun sehingga penghujung 2010.
Menurutnya, difahamkan mangsa dirogol secara berterusan sejak 2007 dan perbuatan kejam itu disyaki dilakukan suspek berulang kali tidak mengira waktu sama ada di rumah atau di kebun jering berhampiran rumah mangsa di sebuah Felcra di daerah ini.
“Perubahan sikap mangsa itu disedari seorang guru kaunseling pada Selasa lalu yang melihat mangsa kemurungan sejak kebelakangan ini sebelum memujuk mangsa untuk menceritakan masalah yang dihadapi.
“Mangsa kemudiannya memaklumkan dia dirogol seorang lelaki yang juga jiran sebelah rumahnya ketika ketiadaan ibu bapanya di rumah,” katanya.
Gunarajan berkata, selepas itu guru kaunseling itu menemui ibu bapa mangsa dan menceritakan kejadian yang berlaku sebelum diarahkan membuat laporan di balai polis berhampiran serta menjalani pemeriksaan di klinik.
“Mangsa yang dilihat sugul dan murung dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk menjalani pemeriksaan dan hasil mendapati mangsa tidak mengandung,” katanya.
Katanya, suspek yang berusia 60 tahun itu ditahan di rumahnya pada petang laporan dibuat kedua ibu bapa mangsa dan suspek kini ditahan reman sehingga 22 November ini bagi menjalankan siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan memperkosa gadis bawah umur dan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Seksual dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) untuk siasatan lanjut,” katanya.
JAKARTA, 21 Nov — Malaysia menambah enam pingat emas pada hari ke-10 temasya, menjadikan kutipan keseluruhan 53 emas, 45 perak dan 70 gangsa sebelum Sukan SEA di Indonesia melabuhkan tirainya esok.
Malam ini perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia menjadi tumpuan.
Perlawanan akhir akan berlangsung pada pukul 7 petang waktu tempatan (8 malam di Malaysia) di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan.
Pingat emas itu diraih dari acara wushu (dua), tenpin boling (satu) dan berbasikal trek (satu) yang dipertandingkan di sini dan renang berirama (dua) yang dijalankan di Palembang.
Semalam, tuan rumah Indonesia secara rasmi bergelar Juara Keseluruhan temasya edisi ke-26 selepas mengumpul 150 emas, 125 perak dan 116 gangsa dan jumlah kutipan emas ini tidak mampu digugat oleh juara bertahan dari edisi lepas, Thailand yang berada di tangga kedua.
Keseluruhannya 542 pingat emas ditawarkan di sepanjang temasya ini untuk rebutan 11 kontinjen.
Thailand mengutip 95 emas, 81 perak dan 105 gangsa dan diikuti oleh Vietnam di tangga ketiga dengan 84 emas, 83 perak dan 89 gangsa.
Malaysia, yang telah pun melepasi sasaran maksimum 45 emas kelmarin terus kekal di tangga keempat dengan mengumpul 53 emas, 45 perak dan 70 gangsa, diikuti Singapura (41, 43, 71), Filipina (25, 47, 67), Myanmar (11, 23, 27), Laos (8, 6, 35), Kemboja (3, 11, 20), Timor Leste (1, 1, 4) dan Brunei (0, 2, 7).
Dalam acara Wushu, atlet Malaysia meraih kedua-dua emas bagi acara lelaki dan wanita disiplin gandingan Nan Dao dan Nan Gun.
Kevan Cheah Peng Heng meraih emas acara lelaki dengan memperolehi 9.71 mata dari acara Nan Dao and 9.71 mata dari acara Nan Gun untuk mengumpul keseluruhan 19.41 mata.
Rakan sepasukan, Koo Chee Zhong meraih perak, mengutip 9.70 mata dari Nan Dao dan 9.69 mata dari Nan Gun untuk keseluruhan 19.39 mata. Gangsa dimiliki Wai Phyo Aung dari Myanmar dengan keseluruhan 18.37 mata.
Emas kedua dari wushu disumbangkan oleh Tai Cheau Xuen dari acara Nan Dao dan Nan Gun wanita.
Tai mengutip 9.70 mata dari Nan Dao dan 9.65 mata dari Nan Gun untuk mengumpul keseluruhan 19.35 mata.
Seniornya, Diana Bong sekadar berpuas hati dengan gangsa selepas mengutip keseluruhan 18.97 mata, di belakang pemenang pingat perak, Dessy Indri Astuti dari Indonesia dengan keseluruhan 19.05 mata.
Adrian Ang menutup tirai acara tenpin boling dengan meraih emas kelima buat skuad boling negara.
Beraksi dalam kategori lelaki Masters, Adrian meraih emas dengan 431 jatuhan pin, berbanding pencabarnya Frederick Ong dari Filipina yang melakukan 390 jatuhan dalam pusingan akhir “stepladder” lelaki.
Rakan sepasukan, Muhd Syafiq Ridhwan pula mendapat gangsa sementara Zandra Aziela Ibrahim Hakimi meraih gangsa dari acara Masters wanita.
Muhamad Adiq Husainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Mohamad Akmal Amin dan Mohd Harif Salleh turut menyumbang satu emas menerusi acara 4,000m kejar mengejar berpasukan dalam acara berbasikal.
Malaysia turut memperoleh satu lagi gangsa dari Ong Shi Chuan menerusi acara Daoshu dan Gunshu lelaki dengan mengutip mata keseluruhan 19.40.
Kontinjen negara turut menambah pingat gangsa, dari acara bola keranjang wanita negara dan Mohamed Ezzat Mohamed Noor yang bertanding dalam acara judo, kategori 81 hingga 90 kilogram.
Pada hari ini, hari ke-11 temasya, sehari sebelum berakhirnya Sukan SEA di Indonesia ini, sebanyak 41 pingat emas ditawarkan.
Tinju menawarkan lima emas, bola sepak (satu), bridge (satu), berbasikal (tujuh), renang sirip (lima), golf (dua), gimnastik (dua), tenis (tiga), lumba bot tradisional (dua), angkat berat (tiga) dan wushu (10).
Antara kedua-dua pasukan ini,masing-masing mempunyai visi dan misi tersendiri.Malaysia sudah tentu ingin mempertahankan kejuaraan pingat emas yang di’raih 2 tahun yang lalu,manakala Indonesia pula memburu pingat emas yang di’idam-idamkan selama ini.Apa yang pasti pertembungan final ini menjanjikan satu perlawanan yang menarik.
Perlawanan ini juga akan di’siarkan secara langsung di’kaca tv melalui saluran RTM1,TV3 dan juga Astro Arena.Bagi yang tidak dapat menonton di’kaca tv.Anda juga boleh boleh menyaksikan di’internet,melalui kemudahan aplikasi video Live Streaming